Wednesday, January 16, 2013

Minta Pendapat Bomoh

Soalan

sy ingin tanya, akak sy berkwn dgn suami org, mak sy rujuk dgn bomoh perempuan yg bole melihat, dia menyatakan bahawa lelaki pilihan akak sy tu sekadar nak main2kan je. bolehkah dipercayai? akak sy melafazkan dgn nama Allah di tikar sejadah akak sy terima segala keburukan lelaki tu dgn seadanya sbb tiada manusia sempurna. sblm ni pun kesemua kawan akak sy mak rujuk pd bomoh ni. bl dgr tu akk sy tawar ati, tp kali ni,akak sy b'tekad utk teruskan hub sbb gerak ati kuat utk lelaki itu.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut hadis baginda saw yang bermaksud:
"Seseorang islam yang pergi berjumpa bomoh lalu membenarkan apa juga yang diperkatakan oleh bomoh tersebut maka Allah tidak akan terima solatnya selama 40 hari."
Dan hadis kedua Baginda saw yang bermaksud
",Sesiapa yang berjumpa,jururamal,juru telik dan tenung nasib lalu ia percaya kepada apa juga yang diucapkan oleh mereka maka mereka seolah-olah telah kufur terhadap apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Cuba bayangkan jika sekali jumpa bomoh 40 waktu solat, Allah tidak terima,andaikata berkali-kali cuba anda darab dan jumlahkan sendiri.Memang banyakkan.?
Panel nasihatkan agar ibu anda kena bertaubat Nasuha kepada Allah (sungguh-sungguh) Ini kerana sudah berumur tapi kurang kesedaran terhadap agama Islam.Nabi telah tunjukan supaya rujuk  kepada al-Quran dan hadis bukannya rujuk bomoh dan  terus percaya.Malah tiada dalam rukun iman supaya rujuk bomoh untuk tentukan jodoh atau rezki kakak anda.
Justeru jika kakak anda telah buat solat istikharah jika alamatnya baik dan memihak kepada kakak, panel rasa eluk diteruskan kerana yang datang selepas solat itu merupakan petunjuk Allah SWT.Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. sedikit pembetulan
    tentang hadis di atas

    Yang pertama,

    Sesiapa pergi jumpa bomoh/tukang tilik lalu dia membenarkan kata-kata mereka maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

    Yang kedua,
    Sesiapa yang pergi jumpa bomoh / tukang tilik tetapi dia tidak membenarkan kata-kata mereka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

    ReplyDelete