Soalan
assalammualaikum,saya seorg istri da sdah punya 2 org ank,saya ada knl
seorang lelaki ini dlm fb,dan dia amt suka pda sya biarpun sya sudah ada
suami,pda minggu lpas dia tlah mengajaksya nikah batin secara dlm
facebook,dia ckp saya mengiyakan saje dan dia bgi tau kami nikah batin
ni kerana ALLAH,dan sesudah nye dia ckp pda sya,dia da menikah batin sma
saya dan suami sya cma dapat tubuh saya sahaja,dn lelaki 2 pon da
anggap sya sbgai isteri dia,saya runcing,tolong bantu saya
Jawapan
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuhPertamanya pohon keampunan kepada Allah kerana berdasarkan situasi yang diceritakan, puan telah nusyuz bermaksud derhaka dan tidak mentaati perintah suami dan mencemarkan maruah suami dan keluarga. Puan masih mempunyai suami dan wajib puan untuk mentaatinya selagi suami puan tidak menyruh puan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Taala. Firman Allah bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” (Surah an-Nisa’, ayat 33).
Tindakan dilakukan puan yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan.” (Surah al-Isra, ayat 32)
Tidak salah untuk melayari facebook asalkan tidak melakukan perkara yang dilarang. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji teman facebook kerana andai tidak berhati-hati, kita semua akan mudah terpedaya seperti mana yang dilaporkan di akhbar dan menjadi mangsa penipuan, cabul , rogol dan sebagainya.
Nasihat kami kepada puan. Mohonlah taubat kepada Allah dan meminta maaf daripada suami dan menjauhi kenalan di facebook tersebut dan pelihara keharmonian keluarga dengan sinar Islam untuk rumahtangga bahagia.
No comments:
Post a Comment