Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin tahu perbezaan antara adat dan syariat
tentang hantaran perkahwinan . Saya mempunyai tugasan untuk mencari
perbezaan adat dan syariat tentang hantaran dalam perkahwinan. Segala
penjelasan saudara amat saya hargai.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, hantaran perkahwinan adalah satu adat sahaja dan ia tidak ada kaitan dengan rukun atau syarat sah perkahwinan di dalam Islam.
Namun begitu, apa yang penting di dalam perkahwinan Islam hanyalah mas kahwin ataupun mahar kerana ia adalah pelengkap kepada rukun nikah yang menjadi asas kepada sesuatu perkahwinan di dalam Islam.
Walaupun begitu, dengan adanya adat yang tidak bersalahan dengan hukum Syara', ia akan melengkapkan lagi kehidupan seorang insan di dunia ini. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment