Soalan
Apakah hukum menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan yang
perkara halal. Contohnya minum arak. Seseorang itu minum arak tapi tidak
mabuk jadi dia cakap tidak haram.
Jawapan
Dalam persoalan ini, hukum mereka yang melakukannya adalah berdosa
besar, malah ia juga boleh menyebabkan dirinya terkeluar daripada Islam
kerana telah melakukan perbuatan yang bercanggah dengan aqidah Islam.
Ringkasnya, perbuatan menghalalkan perkara yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala haramkan dan mengharamkan perkara yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala halalkan adalah termasuk di dalam perbuatan yang syirik dan dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar”.
(Surah Al-Nisa’ 04: 48)
Oleh yang demikian, mereka yang bersikap seperti itu perlu mengubah pendirian dan pegangannya sebelum terlambat. Ringkasnya, arak adalah salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ia telah disebut dengan jelas di dalam al-Quran dan juga hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Antaranya:
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
1. "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
(Surah al-Baqarah 2: 219)
2. "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".
[Surah al-Maedah 5: 90]
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
1. Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)”.
(Hadith Riwayat Muslim: no. 3733)
2. “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit”.
(Riwayat Ibnu Majah).
Oleh yang demikian, berasaskan kepada ayat dan hadith di atas jelaslah bahawa hukum mengambil arak adalah diharamkan sekalipun dalam kuantiti yang sedikit. Ringkasnya, sekalipun tidak memabukkan, mengambilnya adalah dihukumkan haram ke atas setiap mukallaf.
Dari itu, berubahlah dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat.
Semoga dengan rasa bersalah dan kembali bertaubat kepadanya menyebabkan kita bersama mendapat rahmat dan kasih sayang darinya, Insya-Allah. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment