Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya...jika saya masuk solat maghrib
yang sedang bejemaah ketika imam dalam rokaat yang ketiga sebelum rukuk,
berapakah jumlah yang saya perlu ganti dan tolong terangkan cara2 nak
laksanakanya? ...terima kasih
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda adalah makmum yang masbuk ataupun makmum yang masuk lambat untuk bersama mengerjakan solat berjema’ah. Oleh sebab itu, selepas imam memberi salam anda perlu niat mufarrakah dari imam dan bangun untuk menyempurnakan Solat Maghrib tersebut.
Ringkasnya, anda perlu menambah 2 raka’at lagi bagi menyempurnakan solat Maghrib tersebut.
Sebagai panduan, berikut dijelaskan mengenai proses yang perlu anda lakukan untuk menyempurnakan Solat Maghrib tersebut:
1. Setelah imam memberi salam, niat mufarrakah dan bangun untuk menambah raka’at kedua.
2. Lakukan sebagaimana biasa dan seterusnya ruku’, sujud, duduk di antara dua sujud dan buat tahiyat awal.
3. Bangun untuk raka’at ketiga - lakukan seperti mana biasa, ruku’, sujud, duduk di antara dua sujud, tahiyat akhir dan beri salam.
Nota:
Apa yang pasti, di dalam solat ini setiap raka’at anda akan membaca tahiyat (raka’at pertama dan kedua tahiyat awal/raka’at ketiga tahiyat akhir) dan beri salam untuk tamatkan Solat Maghrib tersebut.
Semoga jawapan di atas dapat menjawab kemusykilan anda. semoga solat anda akan bertambah mutunya dan khusyu’nya selepas ini, Insya-Allah. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment