Soalan
SEORANG SAHABAT TELAH MEMENANGI SEJUMLAH WANG LOTERI (4D), KEBETULAN
PULA DIA BERHUTANG SEJUMLAH WANG DENGAN SAYA DAN INGIN MEMBAYAR
HUTANGNYA. APAKAH HUKUJM SAYA MENERIMA BAAYARAN ITU SEDANGKAN WANG
BAYARAN ADALAH HASIL DARI JUDI.
Jawapan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Dalam kes ini, wang tersebut harus untuk anda terima dan hukumnya adalah halal sekalipun ia berpunca daripada sumber yang haram iaitu loteri.
Ringkasnya, wang tersebut dihukumkan haram hanya kepada kawan anda tersebut (yang menang judi) sahaja tetapi tidak kepada anda kerana wang tersebut anda perolehi bukan daripada hasil perjudian tetapi ia adalah bayaran hutang dari kawan anda. Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment