Soalan
Assalamualaikum ustaz...saya ada kemusykilan...dlm keadaan marah suami
telah melafazkan cerai dgn talak 1 terhadap saya..Sedangkan selepas itu
dia mnyatakn tujuan mgertak sahaja dan dia sempat beristigfar dalam hati
dan tidak berniat utk lafazkan kata cerai tersebut..adakah sah lafaz
tersebut, ustaz?tetai tiada ayat rujuk kembali dilafazkan daripada suami
kepada saya...berapa tempoh masa yang perlu dirujuk selepas lafaz cerai
diucapkan?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika lafaz talaq yang diucapkan oleh suami anda adalah lafaz yang sarih (Aku ceraikan engkau dengan talaq satu), maka talaq adalah telah terjatuh.
Walau bagaimanapun, sila rujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan mengenai lafaz talaq tersebut.
Urusan rujuk juga boleh dibuat di mahkamah tersebut. Wallahu 'alam.

salam ustaz saya ingin bertanya ..adik ipar saya bergaduh dengan suami nya kerana si isteri ingin pergi ke hospital melawat ibu nyer .suami berang lalu melafazkan " kalau mama pergi hospital malam nie jatuh talak " .. tetapi si isteri dengan ego keluar rumah juga petang itu sampai pagi entah pergi ke mana tapi yang pasti malam itu tak pergi hospital ..tetapi pada pukul 4 pagi si isteri telah pergi ke hospital pergi berjumpa ibu nya ..persoalan nya jatuh @ tak talak itu ..
ReplyDelete