Soalan
Assalamualaikum.saya baru sahaja beli kereta.kereta second hand.penama
sebelumnya adalah pemilik orang cina.saya kurang yakin tentang kereta
tersebut.patutkah saya samak kereta tersebut kerana takut juga pemilik
dahulu membawa anjing atau daging babi dalam kereta ini.dan bagaimana
caranya.
sekian,
sekian,
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam kes ini, jika tidak kelihatan sebarang benda atau objek yang dapat dikesan tentang status kenajisannya seperti bulu, najis atau sebagainya, maka tidak perlu untuk anda lakukan sertu ke atas kereta tersebut.
Namun, jika anda masih was was dan ragu-ragu mengenai status kereta tersebut, maka lakukanlah sertu ke atasnya. Semoga dengan cara itu dapat menenangkan dan meyakinkan hati anda tentang kesuciannya.
Berikut adalah proses yang dicadangkan kepada anda untuk sertu dalaman kereta tersebut daripada najis mughallazah. Antara perkakas yang perlu anda sediakan ialah:
a. Span/kain buruk.
b. Sebaldi air yang dicampurkan dengan tanah.
c. Air paip yang tidak bercampur/dicampur dengan sebarang campuran.
Proses pelaksanaannya ialah:
1. Masukkan span/kain buruk ke dalam air campuran tanah tersebut dan perah sekadarnya.
2. Lap/sapukan semua permukaan di dalam kereta tersebut menggunakan span/kain buruk yang telah diperah sedikit setelah dikenakan air tanah tadi.
3. Kemudian, bersihkan span/kain buruk tersebut daripada air tanah atau gunakan span/kain buruk yang lain.
4. Masukkan span/kain buruk tersebut ke dalam air mutlak (air paip) yang baru.
5. Lap/sapu permukaan dalaman kereta yang telah dilap/disapu menggunakan air tanah tadi.
6. Ulang sebanyak enam kali lap/sapu.
7. Pastikan span/kain buruk tersebut dibilas dengan air paip yang baru setiap kali selesai sapuan dilakukan.
8. Kusyen kereta tersebut perlu direndam dengan air tanah dan dibilas sehingga bersih.
Setelah selesai proses di atas, siaplah proses penyertuan kereta tersebut dan ia sudah kembali suci. Wallahu 'alam.

Kalo kusyen kereta plak mcm mana cara nak basuh???
ReplyDelete