Saturday, January 26, 2013

Waktu Qada Solat Fardhu

Soalan

solat qadaan boleh dilakukan walaupun dalam waktu haram.soalan saya

1.boleh tak saya buat qada 5 waktu sekali gus bila masa pun misalnya dalam waktu dhuha atau lepas
solat isyak atau bila2 ada masa.
2boleh tak saya buat qadaa fardhu subuh dan zohor sebelum atau selepas solat subuh dan solat lain
selepas asar
3. adakah wajib qadaan mesti dibuat dalam waktunya iaitu beriringan dengan solat fardhu berkenaan

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Anda boleh mengerjakan solat qadha’ tersebut pada bila-bila masa yang anda kehendaki. Ringkasnya, ia tidak terikat dengan masa dan waktu.

2.         Kedua solat tersebut boleh anda kerjakan pada bila-bila masa sahaja. Ia sudah tidak terikat dengan waktu yang khusus kerana ia sudah dikira sebagai satu hutang yang perlu dijelaskan pada bila-bila masa yang anda mampu menyelesaikannya.

3.         Tidak diwajibkan kerana solat qadha’ sudah tidak ada waktu yang khusus baginya.
Ringkasnya, waktu untuk mengerjakan solat qadha’ ialah pada waktu kita masih hidup lagi. Selepas kematian kita, waktu untuk mengerjakannya sudah tamat. Oleh itu, bersiap sedialah kita untuk menanggung azab dan seksaan kerana lalai, cuai, abai dan leka untuk mengerjakannya semasa hidup dahulu. Wallahu 'Alam.

5 comments:

  1. As slm saya ada kemuskilan sedikit berkenaan dengan solat qada..setelah selesai melakukan solat qada,perlukah kita membaca doa?

    ReplyDelete
  2. Sekiranya kita tertinggal solat subuh, zohor , asar. Yang mana satu kita kena dahulukan

    ReplyDelete
  3. Bolehkah solat qada di lakukan secara berjemaah apa bila ada 3 org yg sama telah tertinggal solat

    ReplyDelete
  4. Bolehkah solat qada di lakukan secara berjemaah apa bila ada 3 org yg sama telah tertinggal solat

    ReplyDelete
  5. Bolehkah saya, menqada solat subuh pada waktu syuruk?

    ReplyDelete