Soalan
Assalamualaikum. Suami saya pernah menyebut " Pergi kau balik ke rumah
ibumu" (suami berkata dlm keadaan marah sebanyak 2 kali). Adalah lafaz
tersebut merupakan lafaz kinayah?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, lafaz tersebut berkemungkinan boleh dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Akan tetapi, hanya suami anda sahaja yang mengetahui status lafaz tersebut.
Oleh itu, ia perlu disiasat. Ringkasnya, jika suami anda hanya menyatakan bahawa dirinya hanya sekadar menyuruh anda balik ke rumah ibu anda sahaja dan tidak mengaitkannya dengan lafaz atau niat talaq, maka tidak ada sebarang talaq yang akan terjatuh ke atas diri anda.
Oleh itu, perkara ini perlu dibawa berbincang dengannya. Anda dinasihatkan supaya menggunakan kata-kata dan cara yang baik dan lemah lembut semasa berbincang dengannya. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memelihara ikatan perkahwinan anda dengan suami. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment