Saturday, January 19, 2013

Aqiqah Kan Anak Lelaki Guna Lembu Berapa Bahagian

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya anak sy lelaki setahu sy kalau kambing adalah 2 ekor.kalau sy ingin menggunakan lembu berapa bahagiannya.ada yg bg tau hanya 1 bahagian.lagi satu bolehke aqiqah kambing seekor akan dtg lg seekor.blehke menjawab.terima kasih.wasalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang anak lelaki disunatkan untuk menyembelih dua ekor kambing yang sebaya umurnya di dalam pelaksanaan Aqiqah untuk anak tersebut.
Oleh yang demikian, jika satu bahagian lembu tersebut anda nilaikannya seperti seekor kambing, maka bolehlah anda mengambil dua bahagian sebagai langkah untuk mendapatkan pahala sunat dalam pelaksanaan Aqiqah bagi anak lelaki anda.
Oleh yang demikian, anda diharuskan untuk mengambil dua bahagian daripada lembu tersebut bagi pelaksanaan Aqiqah anak lelaki anda.
Mengenai pelaksanaan Aqiqah separuh-separuh (sembelih seekor kambing dahulu, kemudian seekor lagi), cara seperti ini adalah bersalahan dengan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Ringkasnya, Aqiqah dilakukan hanya sekali sahaja bagi setiap individu. Ibadat ini dilakukan adalah kerana melahirkan rasa kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian ni'mat (anak yang dilahirkan). Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”.
(riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Berasaskan kepada hadis di atas, sudah cukup jelas menunjukkan bahawa sembelihan Aqiqah yang dilakukan adalah bersempena dengan kelahiran seorang anak dan ia dilakukan hanya satu kali sahaja. Wallahu 'alam.

10 comments:

  1. Salam ustaz, perkara ini sudah beberape kali sy tujukan soalan kepada beberape imam masjid dan pernah juga menujukan soalan ini kepada salah seorg ustaz melalui online.jawapan yang saya dapat sama yakni ; Pahala aqiqah paling sempurna bagi anak lelaki ialah dua ekor kambing (berumur 2 tahun). Sabda Nabi saw: "Diaqiqahkan untuk anak lelaki 2 ekor kambing yg sebanding dan utk anak perempuan 1 ekor. Tidak mengapa yg jantan atau yg betina" (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah: 25241). Namun dgn seekor sahaja sudah terhasil sunnah aqiqah (yakni memperolehi pahala aqiqah). Nabi saw sendiri hanya beraqiqah seekor kambing sahaja utk cucunya Hassan (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah: 24234). Menurut ulamak: harus juga dimulai dgn seekor, kemudian dgn seekor lagi bila mampu.
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya ustaz ade orang cakap anak lelaki kalau lembu boleh 1 bahagian betul ke??

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya ustaz ade orang cakap anak lelaki kalau lembu boleh 1 bahagian betul ke??

    ReplyDelete
  4. Sedang termotivasi tuk belajar ilmu agama.

    ReplyDelete
  5. x jumpa mana dalil yg kata boleh aqiqah dgn binatang selain kambing? kalau ade qias atau ijmak, mohon share kitab2 ulama yg membolehkan aqiqah dgn binatang selain kambing. sdgkan aqiqah ni sunnah (sunat) shj jika mampu. jika tidak, kumpul duit utk beli kambing.
    saya mohon share dalil jgk aqiqah diambil dari bahagian binatang qurban. setahu yg saya belajar, qurban itu ibadah wajib (jika mampu), manakala aqiqah adalah sunnah. mana boleh dijamakkan (digabungkan / dikongsi) yg wajib dgn sunat? inikan ilmu ASAS ibadah qurban. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  6. Tarikh bila Yg sesuai untuk aqiqah ni...

    ReplyDelete
  7. Tarikh bila Yg sesuai untuk aqiqah ni...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustaz..sy nak bertnya..ank sy dua org lelaki...seorg 3tahun dan seorg 1tahun 6bulan..brpa bahgian lembu yg boleh d qurban untuk ank sy.ini dkira akikah atau mkn selamat.. Trima ksih..

    ReplyDelete