Wednesday, October 3, 2012

Masalah Kentut Dalam Solat Dan Wuduk

Soalan

Saya sering mengalami kentut semasa menunaikan solat dan ini menganggu solat dan wuduk saya. Bolehkah pihak panel memberi apa-apa tips untuk saya mengatasi masalah ini ? Sekian, terima kasih.

Jawapan

dalam persoalan yang berkaitan dengan kentut, ia akan membatalkan wudhu’ dan hal ini juga akan menyebabkan solat yang sedang didirikan terbatal.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sering terkentut semasa bersolat perlu mengenal pasti terlebih dahulu status kentut yang dialami itu. adakah ia kentut yang membatalkan wudhu’ ataupun sebaliknya.
Dalam isu ini Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dalam masalah ini anda perlu kenal pasti sama ada angin yang anda sangkakan kentut itu benar-benar keluar dari dubur anda ataupun berpunca daripada sumber yang lain.
Selain itu, adakah anda terhidu bau yang busuk selepas itu. Jika ada terbau jelaslah bahawa anda telah terkentut dan hal ini telah menyebabkan solat anda terbatal kesan daripada terbatalnya wudhu’ anda.
Namun begitu, jika tidak terbau ini bermakna ia bukannya kentut dan anda boleh teruskan solat tersebut kerana ia bukan kentut. Wallahu 'Alam.

22 comments:

  1. ya allah akhirnya terjawab sudah persoalan sy ! syukran jazilan. mohon copy di blog sy ya ustaz :)

    ReplyDelete
  2. dan bagaimana pula kita rasa seperti kita nak kentut.. dan dalam masa yang sama kita menahan kentut itu.. sehinggalah kita seperti merasakan seperti angin kentut tu sudah keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang 2 ini godaan syetan ada syetan yg kerjanya meniup niup aliran kentut hingga seseorang mendapati perasaan was was,menayan kentut dlm sholat makruh,

      Delete
    2. Alhamdulillah.terjawab akhirnya

      Delete
  3. macam mana nak pastikan yang ianya terkeluar daripada sumber yang lain padahal ianya hanya berlaku sekali sahaja dan ianya membuatkan kita ragu-ragu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya mengalami masalah kentut yang selalu keluar bukan hanya di dalam solat tetapi ketika di luar solat juga. tiap kali mengambil wudhuk dan solat saya akan menahan kentut dari keluar. pergerakan terbatas dan saya akan cuba untuk selesaikan solat secepat mungkin. kadang2 saya terpaksa meneruskan solat kerana terlalu kerap mengambil whuduk yang baru. saya yakin bukan hanya mainan perasaan kerana saya turut mengidap buasir yang menyebabkan selalu kentut (sedikit2).pernah terfikir untuk meninggalkan solat. tapi saya takut azab Allah. ada ketika saya solat sekadar ambil syarat menunaikan kewajipan walaupun tahu, whuduk saya telah terbatal.
    Mohon pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon mengalami masalah yang sama

      Delete
    2. Jika sudah ambil wudhuk istigfar banyak banyak kepada Allah...Alhamdulillah dengan istigfar rasa nak terkentut hilang dengan izin Allah

      Delete
    3. Jika memang penyakit dan sukar dikawal,keluarnya tanpa mengira waktu dan sangat kerap hingga xde ruang utk solat
      Iti dikira orang yang menanggung hadas.
      Caranya masuk je waktu solat,cpt2 ambil wuduk dan segerakan solat.jika masih keluar angin ketika solat,dimaafkan.cuma wuduk tu hanya boleh utk satu solat fardhu sahaja.masuk waktu lain,ulang langkah yg sama.

      Delete
    4. Terima kasih atas pandangan Puan. :)

      Delete
  5. Oh i see. At last terjawab jugak. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Tapi kalau yg kentut Tanpa berbau ustaz?? Mcm mana nak tahu yg itu kentut atau sebaliknya, ustaz?? Maafkan saya jika soalan saya ini kurang sopan..

    ReplyDelete
  7. Kalau baru sahaja mengambil wuduk batal x kalau terkentut...ke same je dgn mase sembahyang tu..(batal) jugk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga. Sebenarnya, solat kita batal disebabkan wudhuk kita batal oleh sebab terkentut.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Saya ingin bertanya ... Jikalau selepas mengambil wuduk dan sblum nk solat rasa terkentut tp tak berbau dan tk berbunyi .. Sy masih ragu , dan sy truskn angkat takbir utk solat , adakah solat sy dirikan itu sah ? ._.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Bgi ssiapa yg ada mslah miss v trutama angin/Kentut bleh wsp Nurul ya.01120989931

    ReplyDelete
  11. Adakah terbatal solat kita apabila terbatal wudhu semasa tahiyat akhir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batal solat jika masih belum beri salam pertama.kerana dlm solat ada 13 rukun .tahiyat dan salam pertama adalah rukun solat.salam kedua sunat.

      Delete
  12. sy ingin btanya..kalau sy mmg dh pasti yg angin tu kluar dari dubur tp tidak berbau dan tidak berbunyi,adakah solat sy batal??

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.. nk btanye sy mmg slalu asik tkentut msalahnye dlm solat pon slalu ad rase nk tkentut tp dtahan shingga rase mcm dia tklua sdiri tp tdak bbau mcm mne ustaz..

    ReplyDelete
  14. sy ingin btanya..kalau sy mmg dh pasti yg angin tu kluar dari dubur tp tidak berbau dan tidak berbunyi,adakah solat sy batal??

    ReplyDelete