Soalan
Saya ingin mengeluarkan zakat tanaman atau zakat padi kepada saudara
saya (adik / abang) dengan niat utk membantunya supaya dia dapat ke
tanah suci. Dalam keadaan manakah zakat ini dikira sah ?
Jawapan
Dalam masalah ini, anda tidak boleh membayar zakat pertanian yang
dikenakan ke atas anda kepada adik-beradik anda sendiri sekiranya mereka
tidak tergolong di dalam golongan yang berhak menerima zakat, iaitu:
1. Golongan Fakir.
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.
2. MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya.
3. AMIL
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
4. MUALLAF
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu:
Beragama Islam
5. Riqab (Orang-Orang Yang Memerdahekakan Hamba) – pengamalannya sudah tidak berlaku lagi pada hari ini.
6. Orang Yang Berhutang.
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
7. Orang Yang Berada Di jalan Allah (Fi Sabilillah).
8. Ibnu Sabil (mereka yang terputus bekalan di dalam perjalanan).
Ringkasnya, zakat pertanian yang hendak anda keluarkan kepada mereka adalah dikira sah apabila mereka adalah salah satu daripada 8 golongan di atas. Wallahu 'alam.

- baru memeluk agama Islam
- ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
- ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
5. Riqab (Orang-Orang Yang Memerdahekakan Hamba) – pengamalannya sudah tidak berlaku lagi pada hari ini.
6. Orang Yang Berhutang.
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
7. Orang Yang Berada Di jalan Allah (Fi Sabilillah).
8. Ibnu Sabil (mereka yang terputus bekalan di dalam perjalanan).
Ringkasnya, zakat pertanian yang hendak anda keluarkan kepada mereka adalah dikira sah apabila mereka adalah salah satu daripada 8 golongan di atas. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment