Wednesday, November 21, 2012

Masalah Kentut Dalam Solat Dan Wuduk

Soalan


Saya sering mengalami kentut semasa menunaikan solat dan ini menganggu solat dan wuduk saya. kadang2 sy tpaksa tangguhkn solat. supaya hilang kentut tu. kemudian bru solat semula. Bolehkah pihak panel memberi apa-apa tips untuk saya mengatasi masalah ini ?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Kentut ketika solat sekiranya berbunyi dan jelas maka ia membatalkan solat dan anda perlu memperbaharui wudhuk. Apa yang dibimbangkan ialah itu hanyalah perasaan mengenai keluarnya angin dari dubur sahaja. Sekiranya ini timbul maka anda boleh meneruskan solat selagi mana anda tidak mendengar bunyikentut tersebut.
Adalah lebih baik sebelum mengambil wudhuk anda tidak perlu membuang air besar atau air kecil bagi mengelakkan angin akan keluar selepas dari itu.
Wallahua'lam

1 comment:

  1. assalamu'alaikum.. pasal kentut dalam solat.. saya ada masalah dengan nya.. kadang kentut tu hanya datang ketika hendak solat jew ( diluar solat pun ada, tapi tak sekerap kentut didalam solat ).. sehingga saya berasa kurang yakin dengan sah solat itu.. apakah patut saya lakukan?

    ReplyDelete