Tuesday, June 26, 2012

Menggunakan Duit Haram Untuk Membaiki Kereta

Soalan

Saya telah membaiki kereta saya menggunakan duit yg haram yg tlh diberikan oleh seseorang..adakah saya perlu melupuskan kereta milik saya itu?

Jawapan

Dalam masalah yang berkaitan dengan wang yang dihukumkan haram, ia tidak boleh digunakan untuk memenuhi keperluan peribadi dan juga keperluan orang yang berada di bawah tanggungannya. Akan tetapi wang tersebut perlu disalurkan/dibelanjakan untuk keperluan/kepentingan orang ramai ataupun cara yang paling mudah ialah dengan menghantar wang tersebut ke Baitulmal yang berdekatan.
Oleh sebab anda telah menggunakan wang yang dihukumkan haram untuk memperbaiki kereta anda, ia perlu ditebus dengan menggantikan jumlah wang yang telah digunakan untuk tujuan tersebut dan menghantarnya ke Baitulmal.
Ringkasnya, kereta tersebut tidak perlu untuk dilupuskan kerana wang haram yang telah digunakan untuk memperbaikinya boleh digantikan dengan wang lain dan memasukkannya ke Baitulmal.
Semoga dengan keperihatinan anda dalam isu ini menyebabkan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memayungi diri anda sekeluarga. Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,boleh sy tanya...boleh tak sy gunakan duit haram utuk buat pelaburan dan selepas dapt hasil pelaburan tu msti ada untung sikit jd..mcm tuan ckp,tebus semula di baitulmal..nk tebus tu..adakah kita perlu bayar jumlah duit haram yg kita guna utk pelaburan atw semua duit hasil pelaburan tu?

    ReplyDelete