Soalan
Assalammualaikum.. Saya seorang yang malas nak solat.. selalunya selepas
solat saya ingin melakukan solat qada' yang saye pernah tinggal.. kalau
saya nak solat qada' cara duduk.. boleh tak? atau pun saya jama' dalam
10 waktu tapi semua dalam cara duduk..
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, solat yang ingin anda qadha’kan adalah solat fardu. Solat fardu mesti dilakukan secara berdiri kerana ia menjadi salah satu daripada rukun solat ini. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, maksudnya:
“...dan dirikanlah solat...”
(Surah al-'Ankabut 45)
Di dalam Al-Quran, semua ayat yang berkaitan dengan kewajipan mengerjakan solat akan digabungkan dengan kalimah “dirikanlah” (aqimu) dan ini menunjukkan bahawa semua solat fardu wajib dikerjakan secara berdiri melainkan mereka yang tidak boleh berdiri. Ringkasnya, solat fardu mesti dikerjakan secara berdiri bagi mereka yang mampu. Oleh itu, solat qadha’ juga mesti dikerjakan secara berdiri sebagaimana solat fardu yang dikerjakan di dalam waktunya.
Mengenai menjamakkan beberapa solat qadha’ di dalam waktu yang sama adalah diharuskan. Hal ini adalah kerana solat qadha’ sudah tidak mempunyai waktu yang khusus. Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment