Saturday, June 9, 2012

Sah Atau Tidak Solat Jika Tiada Bacaan Tayhatul Akhir?


Soalan

salam ustaz,saya ingin bertanya,adakah saya perlu ganti semula solat saya kerana saya tidak mengetahui membaca tahyatul akhir adalah wajib..

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam mana-mana solat fardu dan sunat terdapat 13 rukun solat,jika kita tidak melaksanak salah satu daripada rukun tersebut maka tidak sahlah (terbatal)  solat yang didirikan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, jika tidak  baca tahiyyat akhir perlu ganti atau tidak? Memang solat tersebut batal.Ini  kerana anda telah meninggalkan  salah satu daripada 13 rukun solat.
Justeru panel nasihatkan agar anda mendirikan solat baharu bagi menggantikan solat yang terbatal kerana tidak baca tahiyyat akhir.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment