Soalan
Assalamualaikum wbt Ustaz. Saya ingin bertanya, adakah si mati akan
terus mendapat dosa akibat dari perbuatan yg dilakukannya semasa hidup
yg masih berterusan sehingga sekarang. Contohnya jika si mati
mengusahakan perniagaan menjual arak, dan kedai arak beliau masih
menjalankan perniagaan adakah beliau akan tetap mendapat dosa hasil dari
penjualan arak tersebut? terima kasih.
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.tSaudara yang dirahmati Allah swt
Kubur itu salah satu menjadi lubang ke neraka atau taman-taman syurga. Bagi si mati yang mana saat hidupnya dahulu beramal soleh maka kuburnya dirahmati Allah dan dijauhi dengan siksa kubur sehingga ke hari kiamat.
Berbeza dengan si mati yang mana sepanjang hidupnya bergelumang dengan dosa, maka dia akan diseksa sehingga ke hari kiamat.
Sekiranya si mati sempat bertaubat dan kembali ke jalan Allah, dan perusahaan tersebut tidak diteruskan serta segala perbuatan yang dilarang oleh syarak dijauhi maka dia dijauhi dari seksa kubur
No comments:
Post a Comment