Tuesday, June 5, 2012

Hukum Mandi Wajid Jika Ada Kesan Liquid Paper

Soalan

assalamualaikum..di sini saya ingin menanyakan perihal mandi wajib selepas haid,setelah saya selesai mandi wajib..sy ingin menunaikan solat zohor,kemudian baru saya perasan ada sedikit liquid paper yg terlekat di tangan sy..adakah tidak sah saya punya mandi wajib?adakah saya perlu mandi wajib sekali lagi sedangkan semasa saya mandi wajib sebelum itu saya benar2 tidak perasan akan liquid paper yg terkena kat tangan sy..?d harap ustaz dpt menghuraikannya..terima kasih..wassalam

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara/ri yang dirahmati Allah swt
Mana-mana anggota wudhuk jika terdapat sesuatu yang menghalang air darinya maka wudhuk itu tidak sah.
Begitu juga  dengan mandi wajib yang mana air itu perlu melalui seluruh anggota tubuh badan. Saudara/ri perlu membersihkan terlebih dahulu sebarang kotorang yang mengahalang air.
Panel menasihatkan agar melakukan semula mandi wajib dan menunaikan solat dengan lebih sempurna agar segala amal ibadah mendapat keberkatan dari Yang Maha Kuasa.
Wallahu'lam

No comments:

Post a Comment