Soalan
saya ada beberapa kemusyikalan agama iaitu,1.Adakah air ribena itu haram
atau halal 2.Boleh atau tidak kita membeli barang dapur di kedai Cina
seperti sayur-sayuran dan sebagainya 3.Adakah gula-gula hacks itu halal
atau haram.Terima kasih...
Jawapan
1. Mengenai status air Ribena, ia perlu dilihat terlebih dahulu mengenai bahan kandungannya. Jika tidak terdapat di dalamnya sebarang jenis bahan campuran yang dilarang oleh Islam, maka ia adalah produk minuman yang halal.Dalam hal ini, anda dicadangkan supaya mengutamakan dan menjadikan logo halal Malaysia sebagai panduan di dalam mengenal pasti produk yang sudah terjamin status halalnya.
2. Hukum membeli barangan dapur seperti sayur-sayuran dan sebagainya di kedai cina adalah diharuskan.
3. Gula-gula Hacks yang tidak bercampur dengan bahan-bahan yang dilarang oleh syara’ adalah dihukumkan halal. Dalam perkara ini, para pengguna Islam dinasihatkan supaya mengutamakan produk makanan yang terdapat padanya Logo Halal Malaysia semasa memilih makanan. Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment