Tuesday, June 5, 2012

Terkentut Ketika Mengambil Wuduk

Soalan

Sah atau tak kalau kita terkentut semasa kita sedang mengambil wuduk. Perlu ke kita ambil wuduk sekali lagi?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Wuduk akan dikira sah jika tiada angin(kentut) semasa anda sedang mengambil wuduk.Sebagai contoh semasa membasuh muka tiba-tiba angin keluar,maka ketika itu anda hendaklah membasuh muka semua.Begitu juga jika kita sedang membasuh kaki,didapati angin terkeluar maka ketika itu kita wajib ulangi semula wuduk  dari mula iaitu dengan niat baharu diikuti dengan membasuh muka sehingga selesai.
Perlu panel tegaskan bahawa jika anda  tidak diulangi  wuduk maka anda masih dikira dalam hadas kecil yang mengakibatkan anda tidak boleh menunaikan solat fardu,membaca dan menyentuh al-Quran dan seumpamanya.Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment