Saturday, June 9, 2012

Terjumpa Duit Di Jalan


Soalan

Assalamualaikum Warahmatullahibawabaratuh..
Ustaz,
Saya ada terjumpa duit, lalu saya hendak memberi kepada pemunya tersebut tetapi tidak jumpa orangnya.Pada awalnya saya ambil duit tersebut hanya tidak mahu orang lain jumpa lalu dicuri orang.kerana tidak menjumpai orang yang tercicir duit tersebut.Lalu saya niat untuk mendermakan di Masjid.Bolehkah saya dermakan di masjid?Salah ke saya buat macam tu Ustaz?
Pohon penjelasan ustaz.

Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum anda berbuat demikian adalah tidak salah malah ia amat disyorkan kepada semua orang Islam supaya berbuat demikian.
Ringkasnya, semua barang yang ditemui dan tidak dapat dikenal pasti siapa pemiliknya hendaklah disedekahkan pada jalan Allah dan cara yang paling mudah ialah dengan memasukkan wang tersebut ke dalam tabung masjid ataupun surau. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment