Soalan
salam....adakah jatuh hukum zihar apabila suami membayang beliau
bersetubuh dengan wanita bukan muhrim (cth artis, kawan) ketika
bersetubuh dengan isteri..
Jawapan
Waalaikumussalam,
Zihar berlaku apabila suami menyamakan anggota isteri dengan anggota tubuh badan ibu kandung suami sendiri.Oleh kerana semasa melakukan persetubuhan si suami membayangkan bersetubuh dengan artis ia tidak akan membawa kepada zihar.
Walau bagaimanapun perbuatan si suami itu tetap dianggap berdosa.Ini kerana semasa bersama (bersetubuhpun) si suami sanggup membayangkan wanita lain yang tiada kena mengena dengan persetubuhan yang sedang anda dilakukan bersama isteri yang sah.Jika sekiranya ketika bersetubuh itu isteri anda tahu yang anda sedang membayangkan tubuh orang lain alangkah kecewa hati,cuba-cubalah fikirkan yang positif?
Panel nasihatkan supaya anda segera mohon maaf kepada isteri dan mohon keampunan kepada Allah SWT atas kejahilan hukum selama ini.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment