Tuesday, June 12, 2012

Puasa Nazar Dan Bayaran Fidyah

Soalan

Assalamualaikum wbt.. Saya ada 2 soalan:
1) Saya ada pernah berniat untuk puasa nazar pada satu masa dulu.Tetapi saya masih belum tunaikan puasa nazar tersebut. Saya sudah lupa sebab saya bernazar dan berapa hari untuk puasa nazar.Apakah yang perlu saya buat?
2) Saya ingin membayar fidyah jikalau masih ada lagi puasa ramadan yang saya tidak gantikan (seingat saya sudah ganti semuanya).Bagaimanakah perkiraanya?bagaimana pula dengan puasa?Berapa hari yang saya perlu puasa?
Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Hukum melaksanakan nazar adalah wajib. Oleh itu, sekiranya anda telah terlupa mengenai puasa yang telah anda nazarkan, anda perlu membayar kifarah nazar bagi menebus nazar tersebut.
Kifarah nazar adalah seperti berikut:
a.  Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau
b.  Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau
c.  Memerdahekakan seorang hamba yang mukmin, atau
d.  Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila rujuk kepada Pusat Pungutan Zakat atau Baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran tersebut.

2.         Jika puasa tersebut telah diqadha’kan sebelum tiba bulan Ramadhan yang baru, maka anda tidak dikenakan dengan apa-apa fidyah.
Mengenai bilangan hari yang perlu diqadha’kan, ia adalah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tertinggal 3 hari, maka wajib mengqadha’ sebanyak 3 hari juga. Ringkasnya, bilangan hari yang perlu diqadha’kan tidak akan berganda sekalipun selepas 4 atau 5 tahun ditinggalkan tetapi masih belum mengqadha’nya lagi. Walau bagaimanapun, yang digandakan hanyalah bayaran fidyah sahaja (1 hari 1 cupak beras). Sila dapatkan maklumat lanjut mengenainya di Baitulmal atau di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan. Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. adakah boleh memilih untuk berpuasa sahaja sebagai kaffarah nazar sedangkan saya mampu untuk memberi makan kepada fakir ?

    ReplyDelete
  2. Saya telah menggantikan puasa yg say tinggal ketika drjh 6 semasa saya tingkatan 2 . Tetapi ibu saya terlupa utk mmbayar fidyah sehinggalah saya berumur 16 tahun . Adkah saya perlu qada semula puasa saya kerana ibu saya terlupa mmbyr fidyah

    ReplyDelete