Soalan
adakah air mani itu suci???saya terbaca 1 artikel manyatakan bahawa air mani itu suci dan bukannaya najis....
Jawapan
Waalaikumussalam,
Air mani itu tetap suci,jika tidak suci sepatutnya baginda saw akan menukar kain yang beliau gunakan untuk menunaikan solat fardu.Sebaliknya menurut sirah baginda saw hanya mengikis bekas air mani yang telah kering melekat pada kain yang sering baginda gunakan untuk menunaikan solat.
Berdasarkan situasi ini menunjukkan bahawa air mani itu memang suci dan samalah apa yang telah dihuraikan dalam artikel tersebut.
Cuma yang menjadi kebimbangan panel ialah jika sebelum air mani keluar ia dimulai oleh air mazi, air mazi ini memang najis dan ia perlu disucikan terlebih dahulu dengan membasuhnya dengan air jika mazi berkenaan terkena kain.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment