Sunday, June 17, 2012

Perlu Samak Atau Tidak..?

Soalan

sy br membeli sebuah kereta terpakai dan pemilik dulu bukan seorang islam......sy tidak berapa pasti sama ada pemilik dahulu pernah membawa anjing dlm kereta itu.. adakah wajib untuk sy menyamak kereta itu?...bagaimana pula caranya sekiranya kereta itu perlu disamak..?mohon nasihat ustaz...terima kasih

Jawapan

Dalam kes ini, anda tidak perlu untuk sertu kereta tersebut malainkan jika terdapat di dalamnya benda-benda yang dihukumkan najis seperti bulu haiwan tersebut ataupun najisnya.
Jika terdapat bulu haiwan tersebut atau kesan najisnya seperti bau, warna ataupun terdapat sesuatu yang dikhuatiri seperti najisnya, maka dalam keadaan ini ia perlu disertu. Cara untuk sertu bahagian dalam kereta:
1.         Bagi bahagian yang boleh dicuci/dibasuh hendaklah dibasuh dengan menggunakan air tanah sebanyak satu kali basuhan dan dibilas dengan enam kali basuhan yang lain dengan menggunakan air mutlak biasa (air paip).

2.         Bagi bahagian yang tidak boleh dicuci/dibasuh, cukup sekadar anda lap bahagian permukaannya dengan menggunakan kain yang dibasahi dengan air tanah. Kemudian dilap semula sebanyak enam kali dengan menggunakan kain yang telah dibasahi dengan air paip.

Semoga jawapan ini dapat memberi jalan keluar kepada anda daripada masalah ini. Wallahu 'alam

1 comment:

  1. jika terjumpa sehelai bulu contohnya dalam kereta tersebut, contohnya di bawah tempat duduk penumpang sebelah pemandu, dan kita was-was sama ada ia bulu anjing atau tidak, lepas tu kita ambik keputusan untuk samak.adakah hanya perlu samak di kawasan yg kita jumpa bulu itu sahaja, atau kena samak seluruh bahagian dalam kereta tersebut? pohon jawapan. tq

    ReplyDelete