Saturday, June 9, 2012

MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS SEBELUM BERKAHWIN


Soalan

APAKAH HUKUM MELAKUKAN HUBUBGAN SEKS SEBELUM MENDIRIKAN RUMAHTANGGA KERANA SAYA TELAH MELAKUKANNYA SEBELUM BERKAHWIN,KERANA SAYA TERDESAK DAN SEKARANG PEREMPUAN ITU TELAH MENGANDUNG.....MINTA PERJELASAN USTAZ

Jawapan

Hukum melakukan hubungan seks sebelum berkahwin adalah haram. Ia dikira sebagai satu perbuatan zina dan zina adalah perbuatan yang amat keji dan dilarang di dalam Islam.
Oleh sebab bakal isteri anda telah mengandung, anak tersebut jika lahir tidak boleh dinasabkan kepada diri anda. Hal ini adalah disebabkan ikatan nasab anda dengan anak tersebut tidak diiktiraf oleh Syarak. Dalam hal ini, anak tersebut hendaklah dinasabkan (dibin/bintikan) kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).
Perkara ini jelas dinyatakan oleh rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadithnya yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda maksudnya; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr"
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.).

Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment