Soalan
Soalan saya :
1. Adakah patut kita menyertu jika terpijak najis / tahi anjing yang sudah kering?
2. Bagaimana pula kalau tempat najis kering tersebut basah atau kena air hujan adakah kita diperlukan menyertu kalau kita melalui atau terpijak najis tersebut.
3. Perlukah kita perlu menyertu kawasan laluan bilik air ketika kita ingin menyertu kasut atau selipar najis / tahi tersebut ?
sekian

Jawapan
1. Dalam masalah ini, jika semasa memijak najis tersebut kaki anda juga berada di dalam keadaan yang kering, maka anda tidak perlu untuk melakukan sertu/samak kerana ia tidak dihukumkan najis.
2. Jika kawasan najis tersebut basah dan najis tersebut juga berada dalam keadaan yang sama, maka kaki anda perlu disertu kerana ia adalah najis.
3. Laluan tersebut tidak perlu untuk disertu kecuali jika terdapat/tercicir najis tersebut padanya.
Ringkasnya, jika najis tersebut kering dan kaki anda juga kering, ia tidak perlu disertu jika terpijak/tersentuh dengannya.
Jika najis tersebut kering tetapi kaki anda basah, maka anda perlu sertu kerana ia dihukumkan najis. Begitu juga jika sebaliknya. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment