Saturday, June 9, 2012

Mimpi Digigit Lipan Yang Banyak


Soalan

Tanda apa mimpi digigit lipan ini ?

Jawapan

Mimpi ada kalanya lintasan yang pernah dikhayalkan pada masa lalu. Ada kalanya kurniaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ada pula yang datang daripada syaitan. Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam maksudnya:
“Jika seorang di antara kamu bermimpi yang menyukakan, ia adalah daripada Allah. Sebab itu pujilah Allah kerana mimpi tersebut dan bolehlah diceritakan kepada orang lain. Jika sebaliknya (mimpi yang dibenci), ia adalah daripada syaitan. Mohonlah perlindungan kepada Allah dan janganlah diceritakan kepada seseorang pun kecuali mimpi tersebut tidak mmendatangkan bahaya kepada kamu.”
(Hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abi Sa’id).

Oleh itu, berasaskan kepada maksud hadith di atas jelaslah bahawa mimpi tersebut adalah gangguan daripada syaitan yang ingin mengganggu diri anda.
Oleh yang demikian, anda perlu lebih berhati-hati dengan  membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi kerenah syaitan ini. Antara amalan yang boleh anda lakukan ialah membaca Al-Quran dan jadikan amalan membaca ayat Kursi sebelum tidur. Pohonlah perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada gangguan dan ancaman syaitan. Wallahu 'alam.

5 comments:

  1. Seandainya anak perempuan saya ingin berkahwin, sah atau tidak bapanya menjadi wali kerana bapanya seorang gay dan tidak pernah meninggalkan perbuatan tersebut walaupun pernah ditegur sejak 20 tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Salam saya ingin bertanya... Saya bermimpi lipan 2ekor(sepasang mungkin) Cuba gigit anak jari kaki saya.. Tapi saya Cuba tarik kaki saya.. Dan saya terbangun... Apakah maksud mimpi itu yea.. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. sama. saya terus terbgun. saya sudah digigit oleh anak lipan, di jari kaki. lepas tu ada ibu dia pulak. masa lari daripada ibu dia terus terbgun��

    ReplyDelete