Soalan
adakah kanak/ bayi boleh dibawa melawat jenazah dan apa kesannya...
Jawapan
Waalaikumussalam,
Dalam agama Islam tidak terdapat sebarang nas yang jelas melarang umatnya untuk membawa kanak-kanak atau bayi semasa melawat jenazah.Malah jika anda bawa mereka hukumnya adalah harus.
Cuma kadangkala mengikut kepercayaan masyarakat melayu, mereka bimbang ada makhluk halus akan mengganggu kanak-kanak tersebut.Justeru para ibubapa akan rasa fobia untuk membawa anak-anak ketika menziarahi jenazah. Sebenarnya perkara ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya secara saintifik.Ini kerana kepercayaan ini telah sebati di jiwa mereka sejak turun temurun.Malah ada yang percaya bahawa anak mereka telah diganggu apabila anak tersebut meracau-racau dan demam.
Panel nasihatkan agar ibubapa semasa bawa anak-anak ke tempat jenazah, mereka perlulah baca beberapa ayat al-Quran sebagai pendinding untuk diri dan anak yang dibawa.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment