Saturday, June 9, 2012

Air Mani Terkena Pada Pakaian


Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya sikit ni. Kalau air mani terkena pakaian atau cadar perlu ke kita basuh. Walaupun air mani tu dah kering.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum air mani adalah suci. Oleh itu, air mani yang terkena pada cadar jika tidak dicuci adalah tidak mengapa. Hal ini berikutan daripada riwayat hadis yang menyatakan bahawa rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tidak membasuh atau mencuci jubahnya yang telah terkena air mani tersebut, diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa dia berkata:
“Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam pernah menghilangkan bekas mani pada pakaiannya dengan kayu kemudian mengerjakan solat dengan memakainya. Bila air mani itu mengering, Baginda menggosoknya kemudian mengerjakan solat dengan memakainya.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Oleh yang demikian, cadar tersebut jika tidak dibasuh/dicuci sekalipun adalah tidak menjadi masalah. Hal ini adalah kerana berasaskan kepada maksud hadis di atas jelas menunjukkan bahawa rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tidak membasuh kesan air mani yang terdapat pada jubah/pakaian yang hendak dibawa bersolat. Dari itu, cadar adalah lebih utama jika tidak dibersihkan kerana ia tidak dibawa untuk beribadat. Wallahu 'alam.

14 comments:

  1. saudara menyatakan bahawa hukum air mani itu adalah suci. Soalan saya.. sekiranye kite baring atas cadar yg terkena air mani tersebut, perlukah kite mandi wajib atau tidak perlu? :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saudara menyatakan bahawa hukum air mani itu adalah suci. Soalan saya.. sekiranye kite baring atas cadar yg terkena air mani tersebut, perlukah kite mandi wajib atau tidak perlu? :)

    ReplyDelete
  4. Mandi wajib jika kita keluar air mani..terkena air mani tidak perlu mandi wajib

    ReplyDelete
  5. Boleh kah kita pakai pakaian solat kita duduk dan baring di atas cadar yang ada air mazi y sudah kering? Selepas duduk dan baring, kita guna lagi untuk bersolat. Boleh ke?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Satu lagi, kalau pakaian solat kita dalam keadaan basah dan lembab, kita duduk dan baring di atas cadar yang ada air mazi yang sudah kering..

    ReplyDelete
  8. perlukah kita mandi wajib jika kita mencuci pakaian(sentuh air mani)?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.jika pakai yang terkena air mani kita basuh guna mesin.bolehkah kita membuat untuk solat kembali?atau kena basuh guna tangan?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nk tanya kalau letak pakaian yang bersih di atas pakaian yang terkena air mani. Adakah perlu mandi wajib

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nk tanya kalau letak pakaian yang bersih di atas pakaiam yang terkena air mani tapi sudah kering. Adakah perlu mandi wajib

    ReplyDelete
  12. Boleh x kalau basuh guna tangan pakaian yang terkena air mani

    ReplyDelete