Soalan
Assalamualaikum ustaz, Bolehkah saya berdoa dengan berkata "..... saya
memohon melalui berkat dan keramat wali.......... supaya saya
diberi......... dengan nama Allah dan kerana Allah SWT. "
Nasihatkan saya cara untuk berdoa yang dibolehkan mengikut hukum. Sekian
terima kasih, wassalam.
Jawapan
Waalaikumussalam Warahmatullah.
Semoga Puan dirahmati Allah.
Berdoa dengan bersandar atau bergantung kepada sesuatu disebut sebagai Tawassul. Sebaik-baik Tawassul ialah dengan menyandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan inilah juga yang diajar oleh para ulama'. Oleh itu, antara ciri-ciri doa yang dimakbulkan ialah 1. Dimulakan dengan "Hamdalah" iaitu Memuji-muji kebesaran Allah seperti Alhamdulillahi rabbil alamin. 2.Berselawat kepada Nabi seperti Allahumma Solli Wasallim ala Muhammad. 3.Doa memohon kebahagiaan didunia dan akhirat seperti rabbana Atina Fiddunia Hasanah.........dan seterusnya.
Terima Kasih.

Orang yang beri‘tiqâd bahawa perantara itu dapat mendatangkan manfaat dan mudarat seolah-olah seperti Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan atau tanpa kemahuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sesungguhnya orang seperti ini telah musyrik. Oleh itu, hendaklah difahami bahawa tawassul itu bukanlah suatu kemestian dan bukan juga suatu yang sangat perlu. Terkabulnya sebuah doa tidaklah tergantung kepada perantara itu, tetapi yang pasti, doa secara mutlak ialah kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
ReplyDeleteTafsirnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala) perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah Al-Baqarah: 186)