Monday, May 27, 2013

Bolehkah Qada Solat Fardhu Orang Yang Telah Meninggal Dunia.

Soalan

Assalamualaikum wbt.

Soalan:
Bolehkan seseorang itu melakukkan qada solat Fardhu untuk insan yang telah menniggal dunia?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk makluman anda antara ibadat yang jelas boleh diqada oleh orang lain bagi pihak si mati, ialah ibadat puasa dan haji.Perkara ini disebut dalam pelbagai riwayat hadis. Antara hadis yang menyentuh mengenai qada puasa bagi si mati ialah sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesiapa yang meninggal dunia dan masih terhutang puasa, maka hendaklah walinya (warisnya) berpuasa bagi pihaknya. ( HR Bukhari dan Muslim)."
Mengenai ibadah haji pula, sabda Baginda kepada seorang wanita yang bertanya mengenai ibunya yang tidak sempat menunaikan haji, sedangkan beliau telah bernazar untuk berbuat demikian yang bermaksud:
"Laksanakanlah haji untuk ibumu. (HR Muslim dan Ahmad)."
Mengenai qada solat, tidak terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW memerintahkan supaya solat yang ditinggalkan oleh seseorang diqada oleh orang lain.
Berdasarkan kedudukan ini, jumhur ulama menyatakan bahawa solat tidak boleh diqada oleh orang lain sama ada oleh anak dan sesiapa saja lebih-lebih lagi apabila membabitkan bayaran tertentu.
Antara fatwa semasa yang menyokong pandangan ini ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa Al Azhar dan Mufti Saudi Almarhum Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Justeru panel harap anda faham tentang perkara tersebut walaupun ada sehabat yang membolehkan  qada' solat  tetapi hujahnya tidak berapa kuat.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment