Showing posts with label Samak. Show all posts
Showing posts with label Samak. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Perlukah Menyamaknya

Soalan

Assalamualaikum...... Terima kasih kepada panel yang menjawab soalan saya tempoh hari..... Saya ada satu soalan iaitu,rumah pangsa flet saya diduduki melayu india dan cina,bangunan rumah saya sedang diperbaiki,terdapat kebocoran di dapur saya,didapati ada minyak masak dan air,selain daripada itu saya tidak tahu apa lagi yang ada..saya membersihkannya dan terkena dikaki saya,pelukah saya menyamaknya atau tak perlu ?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak perlu kita menyamaknya kecuali setelah kita meyakini najis (najis mughallazah) tersebut

Saturday, August 3, 2013

Perlu Samak Ke Tidak

Soalan

satu ketika isteri saya terpegang kunci rumah di dalam kotak yang sayarasa dalam kotak tu ada beberapa helai bulu anjing. Dia kemudian menggunakan kunci itu untuk membuka pintu rumah. Persoalannya perlukah disamak tombol pintu yang dipegang dan jika saya dan anak-anak telah memegang tombol pintu itu, perlukah saya menyamak tangan yang memegangnya? sedangkan setelah memegang tombol tersebut, saya telah memegang banyak benda- benda lain termasuk anggota badan termasuk makanan..

Jawapan

Tidak perlu disamak

Sunday, April 14, 2013

Pelaksanaan Samak

Soalan

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya adakah dalam pelaksanaan samak atau sertu, kita boleh menggunakan sabun taharah dan air sahaja tanpa menggunakan tanah.?

Jawapan

Waalaikumusalam,
PADA PANDANGAN PANEL,Sebaik-baiknya  jika najis mughallazah itu banyak  eluklah digunakan air tanah yang asal.|Sekiranya najis mughallazah itu tidak banyak memadai dan harus anda menggunakan sabun taharah tersebut.
Perlu panel nyatakan agar anda jangan terkeliru antara sertu dan samak
Sertu tertentu kepada kulit bangkai sahaja  Manakala samak tertentu kepada dua jenis binatang iaitu anjing dan babi.Wallahu a'lam

Terlanggar Bangkai Anjing

Soalan

assalamualaikum ustaz.apa hukumnye membasuh motor yang pernah melanggar bangkai anjing di kedai-kedai carwash

Jawapan

Waalaikumusalam,
Jika anda pasti motor anda terlanggar bangkai anjing,sekiranya dibasuh di kedai carwash  ia dikira belum  bersih lagii ini kerana basuhan tersebut belum menepati dengan kehendak samak.
Justeru panel nasihatkan agar anda menyamak sendiri  tayar motor menggunakan air yang bercampur tanah dan 6 kali lagi dengan air mutlak,baharulah tayar motor andabersih dan  suci.Wallahu a'lam.

Tuesday, March 19, 2013

Yang Mana Patut Dibuat Dahulu ? Samak Atau Mandi Wajib ?

Soalan

Assalamualikum kepada ustaz ustaz dan ustazah. Kalau kita ber " Friendly " dengan anjing and at the same time saya tak mandi wajib. Sekian lama berbuat demikian saya dah terbuka hati nak kembali ke jalan yang benar tetapi saya tak tahu mana yang patut saya buat dulu. Perlu kah saya Mandi Wajib dulu atau Samak dahulu ? Terima Kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bersyukurlah ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana telah mengurniakan taufiq dan hidayahnya  kepada diri anda.
Mengenai persoalan ini, Panel merasakan anda perlu melakukan sertu badan anda terlebih dahulu menggunakan air yang dicampur dengan tanah dan dibilas dengan enam kali bilasan yang lain menggunakan air yang mutlak seperti air paip atau sebagainya.
Setelah tubuh badan anda suci daripada najis mughallazah tersebut, barulah anda melakukan mandi wajib yang selama ini anda tinggalkan.
Setelah diri menjadi suci dan bersih daripada segala bentuk najis dan hadas, mulakan perubahan dengan melakukan taubat di atas segala dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan sebelum ini.
Panel doakan semoga taubat yang anda lakukan adalah taubat nasuha. Semoga kebahagiaan akan menanti anda di akhirat nanti. Wallahu 'alam.

Nota:
Samak -           Proses pembersihan kulit bangkai haiwan selain daripada anjing, babi dan keturunannya.

Sertu -Proses penyucian najis mughallazah dengan menggunakan air campuran tanah dan dibilas dengan enam kali bilasan menggunakan air yang mutlak seperti air paip atau sebagainya.

Wednesday, November 28, 2012

Samak Diri Tekena Jilatan Anjing

Soalan

Assalamualaikum..ustaz saya nak bertanya satu soalan,saya dah lama nak pendam soalan ini,harap ustaz dapt tolong saya soalan saya begini,3 tahun lepas saya melepak di rumah kawan saya..tanpa saya sedari anjing peliharaan kawan saya menjilat tangan,kaki dan bahagian badan saya,semenjak itu saya hiraukan pun masalah ini..dan saya telah lupa dibahagian mana anjing itu menjilat saya dan sampai sekarang saya belum pasti bahagian mana harus samak,adakah satu tubuh dari hujung rambut hgga hujung kaki?

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Oleh kerana perkara sudah lama berlalu dan ingin menghilangkan keraguan maka adalah lebih baik anda sertu kawasan yang dirasakan pernah dijilat anjing.

Wednesday, November 21, 2012

PERLUKAH SAMAK KERETA

Soalan

Assalamualaikum,1)sy terlihat seekor anjing lalu betul2 tepi kereta sy. Perlukah sy samak kereta sy? Boleh tak sy anggapkan anjing dan kereta sama2 kering n tak perlu di samak kerana sy tak pasti anjing tu betul2 kena pada kereta atau tidak. Hal sebegini sudah beberapa kali terjadi dan amat menyukarkan sy untuk menyamak.2)Perlukah di samak tangan jika kita mengutip sampah yang bersepah yang berkemungkinan disebabkan anjing tersebut wpun kita tak melihat ia dilakukan oleh anjing tersebut.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudara/ saudari yang dirahmati Allah swt
Kereta anda tidak perlu disamak kerana anjing dan kereta itu berada dalam keadaan kering.
Tangan anda tidak perlu disamak kerana anda tidak menyentuh anjing secara direct.

Saturday, November 17, 2012

NAJIS MUGALAZAH

Soalan

1) APAKAH HUKUMNYA JIKA SAYA MEMEGANG TOMBOL PINTU YANG PERNAH DI PEGANG OLEH ORG BKN ISLAM YANG MEMEGANG ANJING?ADAKAH SAYA PATUT BERSAMAK?
2) KILANG BERBAU KENCING ANJING.ADAKAH SAYA PATUT BERSAMAK WALAUPUN SAYA MEMAKAI SELIPAR DI KILANG?
3)JIKA SAYA MENYAMAK SINKI YANG DIGUNAKAN OLEH ORG BKN ISLAM KERANA MEMANDIKAN ANAK ANJING,TAPI AIR SAMAKAN TERSEBUT KADANG-KALA MEMERCIK & TERKENA PAKAIAN SAYA,ADAKAH SAYA PATUT MENYAMAK PAKAIAN TERSEBUT?

Jawapan

1.         Dalam keadaan tersebut, anda tidak perlu untuk menyertu tangan anda melainkan padanya terdapat kesan najis daripada haiwan tersebut.

2.         Tidak perlu melainkan anda pasti yang anda telah melanggar air kencing haiwan tersebut.

3.         Dalam keadaan ini juga anda tidak perlu untuk menyertu pakaian yang terkena percikan air tersebut.
Wallahu 'alam.

Nota:
Samak - Proses penyucian kulit bangkai yang halal dimakan agar ia boleh digunakan untuk kegunaan seharian seperti pakaian, kasut dan lainnya.

Sertu - Proses penyucian najis mughallazah dengan menggunakan air tanah dan bilasan 6 kali air mutlak biasa.

Tuesday, October 23, 2012

Berkenaan Samak Kereta

Soalan

Assalamualaikum. sy telah meletakkn kereta ditepi jalan, tiba2 trnampak beberapa ekor anjing datang, belum sempat sy mengalihkn kereta, tetiba seekor anjing meluru dari belah pemandu dan sy dr arah penumpang.Sy tak pasti anjing itu atau lidahnya ada trkena kereta sy atau tidak dan terus masuk ke dalam kereta. Sy juga mungkin memijak bekas tapak kaki anjing tersebut kerana ia lalu dibahagian pemandu. Perlukah sy samak kereta sy dan apa2 yang tersentuh dgn kereta tersebut seperti pakaian & lain2?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Bekas atau tempat laluan anjing tidak perlu disertu kerana ia adalah perkara umum al-balwa yang menyusahkan orang ramai dari sentiasa membersihkan kawasan tersebut setiap hari. Kenderaan anda tidak perlu di sertu kerana anjing itu dalam keadaan kering. Sekiranya anda tidak pasti berkenaan dengan air liur anjing tersebut maka anda tidak perlu sertu kereta anda

Monday, October 1, 2012

PERLUKAH SAMAK KERETA

Soalan

Assalamualaikum.. ketika memandu kereta, sy terlihat bangkai anjing tepi jalan dan mengelak tapi tak pasti masih terkena bangkai anjing dan darahnya atau tidak. Sy takpasti keadaan jalan basah atau tidak. Esuknya abang sy telah memegang tayar kereta tersebut dan kemudian menyentuh kereta dan memegang pembuka pintu kereta. Perlukah sy samak kereta tersebut dan adakah sy perlu menyamak tangan sy jika tersentuh kereta dan memegang pembuka pintu kereta sy. ? terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk sertu kereta tersebut kerana status najisnya masih belum dikenal pasti.
Oleh sebab status najisnya masih belum dikenal pasti, ia dihukumkan tidak najis kerana sebelum disyaki ia bernajis keadaannya adalah suci daripada najis tersebut.
Dari itu, oleh sebab kereta tersebut berada di dalam keadaan yang suci daripada najis sebelum abang anda memegangnya, maka ia masih dihukumkan sebagai benda yang suci sehinggalah ditemui terdapat najis padanya barulah ia dihukumkan najis.
Dari itu, ia tidak perlu untuk disertu. Wallahu 'alam.

Monday, August 27, 2012

Perlu Sertu/samak

Soalan

Assalamualaikum ustaz..sekadar menambah ilmu mengenali sertu/samak... pg td sy prgi ke pasar ikan.. kita semua tahu di pasar ikan keadaan persekitaraan lantai yang basah.. persoalan yang saya nak ajukan ialah adakah kita perlu sertu/samak selepas kita ke tempat tersebut. hal ini kerana tempat2 tersebut kemungkinan besar antara tempat anjing selalu pergi untuk mencari makanan..kerana antara 1 punca kita perlu sertu/samak ialah anjing basah dan tempat itu kering... mohon penjelasan. wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk lakukan sertu ke atas kaki atau anggota anda yang lain kerana lantai di pasar tersebut hanyalah dikategorikan sebagai kotor dan najis sahaja dan tidak sampai ke tahap najis mughallazah. Lagi pun alasan yang anda nyatakan tidak akan menyebabkan lantai di pasar tersebut menjadi najis pada keseluruhannya.
Ringkasnya, anda hanya perlu membersihkan diri anda daripada kekotoran dan najis yang lain dengan menggunakan air mutlak sahaja dan tidak perlu untuk melakukan sertu kerana ia hanyalah najis biasa sahaja dan bukannya najis mughallazah. Wallahu 'alam.

Sunday, July 29, 2012

Samak Dan Sertu

Soalan

asslamualaikum ya ustz, sy k tnye, apakah perbezaan antara samak dan sertu. saya kurang faham perbezaan diantara dua perkara ini. bahkan saya juga tidak pernah mendengar perkataan sertu itu sendiri

Jawapan

Samak ada dua makna 1)- Samak kulit - untuk dibuat kasut dll 2)- Sertu. Jesteru disinilah kekeliruannya. Sertu adalah cucian dgn 7 kali air dan salah satu darinya dengan tanah.

Kesan Tanah Tapak Kaki Anjing Yang Sudah Kering

Soalan

assalammualaikum ustaz/ustazah,saya mempunyai masalah dimana saya mengesyaki kereta saya telah dimasuki oleh anjing ketika berada di bengkel untuk baikpulih dan terdapat kesan tanah tapak kaki anjing yang sudah kering.adakah saya perlu samak kawasan yang terdapat kesan tapak kaki anjing tersebut dan sekiranya perlu disamak bgaimana saya hendak samak kerana dalam kereta tidak boleh dicuci dengan air..

Jawapan

Ianya tak perlu di samak sebab kering. Cukup di bersihkan cara biasa sahaja yang sesuai dengan kereta seperti vakum dll.

Wednesday, July 25, 2012

Terpegang Makanan Berintikan Babi

Soalan

Tolong saya ustaz..saya ada rakan sekerja berbangsa cina..beberapa minggu lepas dia mempelawa saya makan kuih yang diletakkan dalam bekas....ada 2 jenis kuih,yang pertama kuih tart nenas dan yang kedua kuih pau goreng..saya suka makan pau goreng..masa saya nak ambik kuih tu,tiba2 rakan cina saya ni beritahu yang pau goreng tu berintikan daging babi..saya cepat2 alihkan tangan saya..tetapi kuku saya sempat terkena pau goreng tu (yang bahagian luar,bukan bahagian dalam inti babi)..perlukah samak?

Jawapan

Saudari tak perlu samak dalam keadaan di atas. Sebab tiada sentuhan langsung.

Monday, July 23, 2012

Bekerja Dikebun Yg Dicemari Babi Hutan

Soalan

salam ustad..
soalan saya..apa hukum berkerja dikebun sendiri yg selalu dicerobohi babi hutan..seperti mengutip hasil pertanian dan menebas semak...apakah pakaian dan alat-alatan pertanian perlu disamak setiap hari..
untuk rujukan saya berkerja dikebun setiap hari.

Jawapan

Dalam kes saudara tidak perlu di samak kecuali jika tepijak ain babi seperti bangkai atau tahinya maka itu yang perlu di samak.

Tuesday, July 17, 2012

Perlukan Samak?

Soalan

perlukan samak jika telah berbulan lamanya tidak menyamak disebabkan terlupa?

Jawapan

Dalam keadaan ini telah dikira termasuk dalam perkara yang di maafkan di sisi syarak. Memandangkan ada khilaf ulamak dalam masaalah ini dan keadaan saudari yang benar-benar lupa di atas maka ianya adalah di maafkan di sisi sayarak. Cuma lebih baik jika di buat samak apabila teringat sebagai tanda "pengabdian / Taabudi" kepada Allah dan Rasulnya. Walau bagaimana pun tidak perlu samak semua perkara yang lain seperti pinggan, meja dll yang bersentuhan.

Thursday, July 12, 2012

Perlukah Disamak Jika Anggota Badan Terkena Asap Dari Kain Yang Terkena Khinzir Yang Dibakar


Soalan

dua minggu lepas kenderaan yang kami naiki terlanggar khinzir. suami telah samak bahagian kereta yang terkena khinzir dengan menggunakan sarung tangan dan kain basah yang dicelup dengan air tanah untuk tujuan menghilangkan kesannya beserta 6 kali air bersih.kain tersebut dibuang dibelakang rumah dan kemudian saya telah membakarnya bersama-sama sampah yang lain. yang menjadi tanda tanya ialah adakah asap kain yang dibakar itu yang terkena baju dan anggota badan saya perlu disamak?

Jawapan

Ianya tidak perlu di samak dlm keadaan di atas.

Tuesday, June 26, 2012

Terpegang Tulang Khinzir

Soalan

salam ustad, apa yg perlu saya lakukan sekiranya saya pernah terpegang tulang khinzir sebelum ini dan sehingga sekarang belum melakukan apa2 .. ? terima ksih

Jawapan

Jika kering tak perlu samak, Jika tak pasti juga tak perlu samak. Dalam keadaan saudara ianya dimaafkan sebab ada khilaf ulamak di sini dan Islam tidak menyusahkan ummatnya

Friday, June 22, 2012

Was-was Terhadap Najis Berat

Soalan

saya ad mengalami perasaan was-was.pd mulanye saya yakin saya tdk terkena najis berat, tetapi perasaan was-was datang balik.jadi saya sertu bahagian yang yang kena najis berkenaan.ap hukumnye terhadap pakain ataupun barang-barang yang pernah bersentuhan dengan bahagian yang yang terkena najis berkenaan semasa saya belum lagi sertu bahagian tersebut?

Jawapan

Selagi tiada zat, rasa dan bau najis berat maka tak perlu samak.

Was-was Tentang Status Najis

Soalan

saya dalam perjalanan menaiki motosikal dan dalam perjalanan saya terserempak dengan anjing dan saya merasakan macam terkena sedikit percikan dari badan anjing tersebut.pd mulanya saya yakin yg itu bukan dri anjing tersebut, jadi saya tidak sertu kaki saya dalam masa terdekat tersebut.tetapi lama-kelamaan perasaan was-was datang.jadi saya sertu kaki saya setiah sekian lama. persoalanye, apakah hukum bagi barang-barang ataupun pakain yang pernah terkena bahagian kaki saya selama saya belum sertu?

Jawapan

Tidak perlu di sertu.