Showing posts with label Nikah. Show all posts
Showing posts with label Nikah. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Saudara Baru Yang Ingin Berkahwin

Soalan

saya sudah bertunang dengan seorang saudara baru. dia telah 3 tahun memeluk islam dan sedang mengikuti kelas pengajian agama di perkim. sebelum memeluk islam dia pernah berkahwin dan tidak bercarai semasa memeluk islam. jadi, jika dia mahu berkahwin dengan saya, perlukah dia bercerai dahulu dengan bekas isteri atau kami boleh berkahwin mengikut prosedur seperti biasa.dan adakah nanti akan berlaku apa-apa masalah dengan perkahwinan kami ini. minta penjelasan

Jawapan

Dari segi syarak seseorang yang memeluk Islam secara automatik terpisah dengan suami/isterinya yang bukan Islam dan ia boleh berkahwin dengan orang Islam dengan tidak terikat dengan mana-mana ikatan dengan bekas suami/isteri yang bukan Islam kecuali yang berkaitan dengan hak penjagaan anak dan harta benda pemilik termasuk harta sepencarian.  Tetapi dalam kes-kes tertentu pasangan yang bukan Islam itu boleh membuat apa-apa tuntutan melalui mahkamah sivil tentang apa-apa perkara yang ada hubung kait dengan perkahwinan tersebut termasuk juga membatal perkahwin dalam Islam kerana ia belum menceraikannya (isteri/suaminya).  Jika ia mempunyai anak maka anak tersebut tidak boleh diislamkan secara perundangan sehingga anak tersebut mencapai umur 18 tahun kecuali kedua-dua ibu bapa tersebut memeluk Islam.  Oleh yang demikian sebaik-baiknya uruskanlah penceraian (dengan suami dahulu yang tidak Islam) terlebih dahulu supaya ia tidak berbangkit dikemudian kerana suami berhak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sivil.  Dalam sistem perundangan di Malaysia undang-undang sivil lebih mengatasi dari undang-undang syarak/syariah.  Kes sebegini pernah berlaku dan ia amat menyukarkan untuk menyelesaikannya.  Penal mencadangkan anda perlu mendapat nasihat dari pakar-pakar perundangan atau mana-mana mahkamah sivil dan syariah

Nikah Gantung Dalam Islam

Soalan

Salam Ustaz, saya berniat untuk Nikah Gantung pada Mac 2014. Selepas akad nikah selesai, maka saya akan duduk dengan family saya dan isteri saya akan duduk dengan ayahnya. Jadi soalan saya:

1. Adakah boleh saya jimak isteri saya ketika dalam masa Nikah Gantung itu dan menggunakan kondom untuk mengelakkan daripada hamil. Apakah hukumnya?

2. Selepas berlakunya jimak itu dengan menggunakan kondom, adakah nafkah zahir, saya perlu tanggung?

Terima kasih uztaz...

Jawapan

Waalaikumussalam.
Dalam Islam tiada istilah nikah gantung, cuma dalam adat kita apabila menyebut nikah gantung itu ia bermaksud nikah tanpa kenduri kahwin dan ada juga tidak tinggal bersama sebagai suami isteri seperti isteri dan suami tinggal dirumah ibu bapa masing-masing.  Dalam Islam/syarak apabila kita berkahwin dengan seseorang maka kita diikat dengan ikatan perkahwinan tersebut seperti memberi nafkah zahir dan batin termasuk makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. maka dengan ini tidak timbul diharamkan jimak semasa nikah gantung dengan maksud boleh kita berjimak dalam apa suasana sekalipun dan tidak perlu pakai kondom dan tidak perlu mengelak dari hamil.  Persoalan disini kenapa pula kita hendak mengelak dari hamil sehingga kita ingin memakai kondom semasa berjimak? dan apa pula alasan yang boleh menyebabkan kita ingin berbuat sedemikian? sedangkan anak yang lahir dalam masa nikah gantung itu pun sudah sah sebagai anaknya.  Penal beranggapan perbuatan sedemikian (nikah gantung) mungkin ada alasan yang tersendiri seperti tidak cukup duit untuk membuat kenduri atau tinggal berjauhan atau masih lagi menuntut di Universiti atau dirasakan umur masih muda atau tidak bersedia untuk berkahwin dan sebagainya.  Alasan sedemikian itu adalah hanya rempah ratus dalam kehidupan rumah tangga yang perlu kita hadapi dalam membentuk kematangan hidup dan perasaan tanggung jawab yang sebenar-benarnya.  Cuma kita boleh merancang sesuatu perkara atas alasan untuk kepentingan bersama pasangan suami isteri dengan syarat ia dipersetujui bersama dan tidak membebankannya.  Ketahuilah bahawa rezeki seseorang itu adalah ditangan Allah dan diharap dipercepat-cepatkan rezeki tersebut dan anak itu adalah sebahagian dari rezeki Allah terhadap kita  manakala bala pula perlu dihindari dan sekiranya bala itu ketentuan Allah maka biarlah ia dilambat-lambatkan serta dikurang-kurangkan.

Jurunikah Menjadi Saksi Pernikahan

Soalan

Assalamualaikum... 1. Bolehkah jurunikah yang mewakili wali dalam akad nikah sekaligus menjadi saksi akad? 2. Bolehkah jurunikah yang tidak mewakili wali dalam akad nikah menjadi saksi akad yang dijalankan wali itu sendiri? Terima kasih atas bantuan panel..

Jawapan

Waalaikumussalam
Syarak tidak membolehkah/Tidak boleh jurunikah dalam masa yang sama samada mewakili wali atau tidak mewakili wali menjadi saksi terhadap pernikahan yang di akadkannya,  Sekalipun ada pendapat yang membulihkannya, ia adalah pendapat yang lemah dan ia tidak boleh diamalkan.

Status Perkahwinan Orang Bukan Islam Yang Masuk Islam Adakah Perlu Nikah Semula

Soalan

Adakah suami isteri yang bukan islam masuk islam keduanya perlu nikah semula mengikut cara islam.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Suami isteri yang memeluk ugama islam,mengikut ulamak mereka tidak perlu  mengulangi nikah yang baharu.Malah pernikahan yang terdahulu diiktiraf oleh islam,ini kerana kedua-dua telah masuk islam bersama  pasangan yang sama.Wallahu a'lam.

Thursday, November 14, 2013

Hukum Menikahi Seorang Pelacur

Soalan

apa hukumnya mengahwini seorang pelacur,niat ingin bimbing ke jalan yg diredhai.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pandangan ulamak dengan mengambil kira pendekatan pandangan  ayat al-Quran mengatakan bahawa,
Tidak boleh menikah dengan pezina/pelacur samada perempuan  mahupun lelaki sehingga kedua-duanya bertaubat.Justeru jika seorang pelacur  sama ada perempuan  atau lelaki  tidak bertaubat daripada perbuatan terkutuk itu , maka tidak sahlah pernikahan  tersebut.
Allah تعالى berfirman  yang bermaksud:
“Laki-laki yang berzina tidak menikahi melainkan dengan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. ” (QS. An-Nuur: 3)
Allah memberitahu bahwa lelaki penzina  tidak ada yang ingin  menikah dengannya  melainkan  dari kalangan perempuan yang  juga menjadi pelacur/ pezina.
Justeru panel nasihatkan,demi menjaga maruah dan akhlak  anda yang baik ,eluklak jangan anda teruskan niat anda untuk bernikah.Ini kerana perkara itu telah ditegur melalui  al-Quran dan hadis nabi Muhammad saw.Perkara ini ada hikmat yang tersirat daripada tersurat ,hasil daripada pengharaman daripada Allah dan rasulnya,yang tidak diketahui oleh manusia.Wallhu a'lam.

Saturday, September 21, 2013

Menjalankan Pernikahan

Soalan

Boleh atau tidak bapa kepada perempuan menikahkan anaknya dengan pengantin lelaki di saksikan dua orang saksi tanpa kadi..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setiap negara termasuk Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturana,kedua-dua ini disediakan bertujuan untuk  kemudahan dari segi urusan pentadbiran dan kemaskini rekod pernikahan.
Mengikut hukum memang sah,tetapi menyalahi pihak berkuasa agama.Ini kerana kadi memang dilantik khusus untuk menguruskan sebarang pernikahan dan merekodkan butiran berkaitan pernikahan termasuk mengisi borangbyang dijadikan asas dokumen.Ini bagi memudahkan untuk proses kad nikah dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Justeru panel syorkan agar anda ikut prosedur yang  telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama di negara ini demi untuk  kebaikan bersama.Wallahu a'lam

Perkahwinan Dengan Adik Kepada Kakak Ipar

Soalan

Assalamu'alaikum. No rujukan jdifg. Saya hendak bertanya. Adakah sah jika saya berkahwin dengan adik kepada kakak ipar saya?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sah berkahwin dengan adik kakak ipar tetapi tidak boleh berkahwin dua isteri adik beradik.

Bercinta Dengan Duda Anak Dua

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada seorang kawan yg berkawan dengan duda...sebelum ini dia pernah memarahi kakaknya kerana berkahwin dengan duda, dan hal ini telah menyebabkan kakaknya dihalau oleh ayahnya..skrg dia pula bercinta dengan duda...dia bertanya pendapat saya adakah patut unutk dia meneruskan perhubungan ini??......disini saya ingin bertanya bagaimana pendapat ustaz???

Jawapan

WAALAIKUMUSALAM,
Anak gadis sesuai dengan pemuda yang kacak/tampan dan bukanya duda.Ini kerana banyak kes yang berlaku perceraian duda@ janda   akan cuba buat perbandingan dengan bekas/mantan pasangan yang terdahulu.
Implikasinya anda akan jadi mangsa keadaan,justeru pada pandangan panel tidak salah untuk anda lupakan supaya perkara negatif tidak akan terjadi.Sebagai pilihan anda lakukan solat istikharah kepada Allah untuk mohon petunjuk.Wallahu a'lam.

Saturday, September 14, 2013

Kemusykilan Sah Nikah

Soalan

Adakah sah nikah seorang khunsa yg disahkan sbagai lelaki oleh jabatan patologi dan jabatan pendaftaran malaysia untuk menikahi seorang pempuan.......
Sedangkan dier bleh berjimak dengan perempuan itu walaupun zakarnyer bersaiz kecil.......
Dier mempunyai zakar yg kecil dan dua testis seperti lelaki biasa.....

Jawapan

Sah perkahwinan tersebut atas situasi sedemikian.  Sebaik-baiknya pasangannya perlu diberitahu tentang kedudukan lelaki tersebut khususnya untuk ia membuat pertimbangan dan pilihan yang tepat.

Saturday, August 31, 2013

Ingin Nikah Semula Bekas Isteri

Soalan

Assalammualaikum... sy sdh dekat 1 thn berpisah. sy ingin menikahi semula bekas isteri sy. Tetapi masalahnye ke dua2 pihak keluarga kami tdk bersetuju. Kami mempunyai 1 org ank yg berumur 11 thn. Bagaimana kah caranya jika kami hdk bernikah tanpa pengetahuan kuarga. Kami ingin membina semula rmh tgga kami supaya kedua2 pihak kuarga kami akn npk sendiri yg kami blh bahagia. Kami dh 2 kali bercerai krn org ke 3 meracun fikiran kami seblm bercerai ttp setelah bercerai br kami tahu hasat dengki.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Persetujuan untuk kembali bernikah bukannya perlu mendapat keizinan ibubapa sebaliknya memadai dengan persetujuan bekas isteri.Cuma dari segi akhlak eluk dapat restu mereka bagi jaminan kerukunan dan kebahagian rumah tangga yang bakal dibina.
Panel cadangkan anda pergi ke mana-mana pejabat agama  islam  yang berhampiran bagi mengisi dokumen berkaitan untuk bernikah semula termasuk untuk mendapatkan kepastian wali yang berhak lagi layak berdasarkan situasi yang anda hadapi setelah kedua-dua keluarga melarang/menegah untuk anda kembali bersatu menjadi suami isteri.Panel doakan semuga anda berjaya untuk menjadi pasangan suami isteri.Wallahu a'lam.

Wednesday, August 21, 2013

Wali Nikah Selepas Cerai

Soalan

as salam..saya mengenali seorang wanita dan berhasrat untuk berkahwin dengannya. Namun, kedua ibu bapa wanita tersebut sudah pon bercerai semenjak dia berumur 6 tahun lagi dan tinggal bersama ibunya. Untuk pengetahuan panel, wanita tersebut masih lagi berhubung dengan ayah kandungnya. So, saya nk tanya, apakah saya perlu berjumpa dengan ayahnya untuk menyampaikan hasrat saya atau saya hanya perlu berjumpa dengan ibunya sahaja? Apakah ayahnya masih lagi layak menjadi wali untuk kami berkahwin?

Jawapan

Saudara perlu berjumpa dengan kedua ibu bapa bakal pasangan anda untuk berbincang, tetapi wali untuk berkahwin adalah bapanya. Sekiranya bapanya enggan, maka pohon dengan mahkamah permohonan wali halim sebab bapa enggan.

Berkahwin Di Mekah

Soalan

Assalamualaikum...saya dan pasangan bercadang untuk menunaikan umrah bersama mak dan ayah pasangan serta mak saya...Selepas umrah, kami bercadang untuk bernikah di sana..apakah dokumen yang kami perlukan sebelum dan selepas bernikah di sana bagi mengelakkan kesulitan untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia?Ayah pasangan ada sebagai wali, cuma dari segi saksi, macam mana yer?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh beruat demikian (berkahwin di Mekah) dengan mendapat kelulusan dari jabatan agama berserta dukomen yang diperlukan seperti surat kebenaran untuk berkahwin disana dan pada kebiasaanya boleh berkahwin melalui kedutaan Malaysia di Mekah dan saksi boleh diperolihi disana.

Keuzuran Sewaktu Bernikah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Saya kurang pasti adakah pengantin perempuan yang bernikah di masjid sedangkan masa itu dia dalam keuzuran. Bolehkah pengantin tersebut masuk ke dalam masjid?

Terima kasih ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Dalam keadaan begini dibolehkan walaupun ada sesetengah pendapat tidak dibolehkan.

Saturday, June 22, 2013

Pernikahan Melalui Pertolongan Jabatan Agama

Soalan

asslamualaikum. sy mpunyai mslah dgn seorg lelaki yang mrupakan pasangan zina sy selama 2 tahun.sy memnta dia utk btanggungjwb dan menikahi sy,tapi dia menolak dan mengatakan sy bukan tanggungjawab dia. alasan dia sbb sblum ini sy prnah di nodai dgn lelaki lain sblum sy bertemu dia. oleh sbb itu, dia mengatakan dy tdk perlu btanggungjwb atas diri sy. sy cukup terkilan dan dah bnyk nasihat tapi dia ibarat dah terpesong dr agama, sy tetap nak dy nikah dgn sy,mcm mna cranya spaya dy fhm dan sedar?

Jawapan

Waalaikumussalam...  Saudari, Islam mengaharamkan perzinaan dan meletakkan nya sebagai salah satu dosa-dosa besar, maka WAJIB kita menjahui perkara berkaitan zina ini dalam semua keadaan. Dalam kes saudari bagus jika saudari mengadu kepada keluarga atau abang kandung dan meminta mereka berhubung dengan pasangan zina saudari, jika saudari boleh di satukan sebagai suami isteri Al-Hamdulilah, jika tidak maka wajib saudari menjahui nya untuk mengelakkan perzinaan itu dari terus berlaku. WAJIB saudari bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya, atas kesalahan yang telah saudari lakukan itu. Sifat lelaki yang tidak bertanggung jawab dan mengambil kesempatan di atas perempuan adalah seperti contoh di atas itu, oleh itu jika ada lelaki yang mahukan saudari, minta mereka meminang dan berkahwin serta mudahkan urusan kahwin itu. Bertawakkal lah kepada Allah untuk urusan masa depan. Semoga kita semua di berkati Allah.

Saturday, May 18, 2013

Poligami Dengan Warga Asing

Soalan

Assalamualaikum, suami sy telah mengaku bernikah dengan seorang warga Indonesia yang mempunyai permit kerja di Malaysia. Suami mengaku yang dia bernikah di dalam surau dengan seorang imam dan juga saksi2 tetapi dia tidak berterus terang dimana tempat dia bernikah kecuali mengatakan ia dilakukan di Malaysia bukan dinegara lain. Persoalan saya, adakah pernikahan tersebut sah dari segi syarak? adakah sijil nikah yang dikeluarkan itu sah digunakan jika dia mahu mendaftarkannya di mahkamah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, untuk mengetahui sama ada pernikahan tersebut sah ataupun tidak, anda diminta untuk merujuknya kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat anda. Sila bawa bersama segala dokumen yang berkaitan ke mahkamah tersebut. Wallahu 'Alam

Friday, May 10, 2013

Wali Bapa Saudara Sebelah Bapa Pengantin Perempuan

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya..adakah sah perkahwinan jika pengantin perempuan berwalikan bapa saudara sebelah bapa pengantin perempuan jika bapa pengantin perempuan telah meninggal dunia walaupun pengantin perempuan mempunyai abang kandung?mohon penjelasan terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Bapa perempuan adalah wali yang paling berhak/mujbir untuk menikahkan anak  perempuanya  sendiri.Sekiranya bapa pengantin  perempuan telah mati maka wali berikutnya jatuh kepada datuk lelaki iaitu ayah kepada bapa,jika datuk juga telah  mati maka susunan wali yang  paling  layak selepas  itu  ialahsaudara  kandung  lelaki seibu dan sebapa.
Andaikata tiada saudara kandung  lelaki baharulah  pernikahan  tersebut diwalikan oleh  bapa  saudara.  Pernikahan itu  sah  cuma keluarga anda  telah  membelakangkan susunan  wali yang betul-betul  berhak  ikut ulamak  feqah.Wallahu a'lam.

AKAD NIKAH KALI KEDUA DENGAN PASANGAN YANG SAMA

Soalan

SATU PASANGAN ( JANDA DAN SUAMI ORANG) TELAH BERKAHWIN DI THAILAND SELAMA 4 TAHUN DAN BELUM DAFTAR, BELIAU INGIN BERKAHWIN SEMULA DI MALAYSIA ( AKAD NIKAH KALI KEDUA) KERANA KEKURANGAN WANG UNTUK BAYAR DENDA.
1- ADAKAH AKAN SAH PERNIKAHAN TERSEBUT?
2- PERLUKAH LAFAZ CERAI TERLEBIH DAHULU SEBELUM DINIKAHKAN SEMULA SETELAH HABIS EDAH?

Jawapan

Apabila perkahwinan pertama (perkahwinan di Thailand) itu sah dari segi hukum syarak (wali, saksi, ijab dan kabul) maka pekahwinan kedua itu tidak sah (isteri yang sama), cuma persoalan disini ialah perkahwinan tidak didaftarkan kerana takutkan denda dan sebagainya.  Dalam enekmen kesalahan syariah perkahwinan tanpa kebenaran boleh didenda tidak melebihi RM 1000.00 bagi setiap kesalahan (iaitu kahwin poligami, kahwin tanpa kebenaran, dan tidak mendaftar kahwin dalam tempuh 6 bulan dari tarikh perkahwinan).
Tidak  perlu lafar cerai untuk berkahwin dengan isteri tersebut selepas edah kerana jika anda berbuat demikian lagi banyak denda dikenakan iaitu (denda kerana menipu borang permohonan nikah iaitu janda dikatakan anak dara, sudah berkahwin dikatakan tidak berkahwin dan sebagainya)
Pinal sarankan supaya anda mendaftarkan pernikahan tersebut dan denda boleh dikurangkan oleh hakim atas alasan yang munasabah, lagi pun tarikh perkahwinan sebenar menepati dengan tarikh yang diperakukan oleh mahkamah syariah dan begitu juga dengan status isteri dan anak-anak jika ada anak.

Tuesday, March 19, 2013

Wali Ab'ad Kepada Wali Akrab

Soalan

bagaimana keadaan yang membolehkan wali ab'ad menjadi wali akrab dlm menikahkan seorang perempuan

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, antara sebab yang membolehkan wali ab’ad menjadi wali kepada seseorang wanita yang ingin bernikah ialah apabila wali aqrab wanita tersebut gagal dicari atau tidak dapat dihubungi.
Walau bagaimanapun, sila rujuk perkara ini kepada Pejabat Agama Daerah yang berdekatan untuk dapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'alam.

Melangsungkan Nikah Gantung

Soalan

sy msih blajar d'sbuah IPTA.kekasih sy b'hsrat nk snting sy sbgai is3.tp bla sy brthu pd fmly sy,mreka bntah.mreka mnta sy hbiskn dlu pngajian sy.tp sy kerap kali berjumpa dgn kekasih sy.kekasih sy sdah b'krja & mmpu utk menyara sy.kami seboleh mgkin nk hindari dari dosa2 kecil yg ada dgn p'khwinan nih.abah sy benarkan sy berkahwin tp dgn syarat sy harus keluar & jgn jejak lagi ke rumah. soalan sy bolehkah kalau sy kahwin gantung dlm msa skrg.skrang2nya kami halal bila berjumpa..

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam Islam tidak terdapat istilah nikah gantung,cuma perkataan ini merupakan ungkapan yang banyak digunapakai di kalangan masyarakat melayu tempatan terutama di semenanjung Malaysia.
Ugama Islam merupakan ugama yang mudah,justeru jika terdapat kufu' (persamaan dari segi keturunan,pendidikan,adat resam,kebudayaan dan seumpamanya) maka anda berdua boleh merancang untuk bernikah secara sah.
Perlu panel tegaskan adalah haram hukumnya jika anda berdua sering bertemu dan bermesra tanpa ada ikatan yang sah dari segi hukum perkahwinan.
Justeru berbincanglah dengan baik bersama kedua ibubapa  anda.Ini kerana bapa anda merupakan wali  mujbir/yang berhak untuk menikahkan anda berdua.Jangan anda sekali-kali membelakangkan mereka berdua,mohonlah restu dan persetujuan mereka untuk anda merealisasikan hasrat anda.Minta petunjuk daripada Allah bagi dilembutkan hati mereka untuk menerima calun suami anda.Wallahu a'lam.

Friday, March 8, 2013

Menambah/mengganti Nama Pada Saat Ijab Kobul,

Soalan

Apakah sah, pada saat ijab kabul menggunakan nama lain / menambah nama yg bukan aslinya, namun di dokumen pernikahan ttp nama asli sesuai ktp? Penggantian nama itu sudah disepakati kedua belah pihak demi kemaslahatan rumahtangga!

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, aqad nikah yang dilakukan adalah sah.
Ringkasnya, apa yang penting di dalam setiap aqad nikah ialah 5 rukun nikah itu sahaja. jika salah satu daripadanya kurang atau tidak sempurna, maka aqad nikah yang dilakukan adalah tidak sah.
Sila rujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah atau Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat anda untuk maklumat yang lebih jelas. Wallahu 'alam.