Showing posts with label rujuk. Show all posts
Showing posts with label rujuk. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Rujuk Dan Cerai

Soalan

adakah sah rujuk sampai bila bila setelah 6bulan becerai,tetapi didapati isteri mengandung semasa talak di buat

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang suami hanya boleh rujuk isteri yang telah diceraikannya selama beliau masih di dalam tempoh iddah sahaja. Apabila tempoh iddahnya telah tamat, maka mereka perlu bernikah dengan nikah yang baru (aqad, saksi dan mas kahwin yang baru) sekiranya hendak kembali sebagai sepasang suami isteri yang sah.
Sila rujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Wallahu 'Alam.

Tuesday, March 19, 2013

Lafaz Rujuk Tanpa Saksi Dan Lafaz Di Depan Pegawai Pejabat Agama

Soalan

assalammualaikum. pd 1 dis lepas saya diceraikan dgn talak 1 tanpa saksi & lepas seminggu suami melafazkan rujuk 'saya rujuk awak kembali' juga tanpa saksi & kami telah bersama. kemudian atas nasihat ibu mertua kami failkan cerai tersebut di mahkamah syariah, disahkan jatuh talak 1 oleh hakim.kami terus rujuk kembali di depan pegawai pejabat agama tanpa memaklumkan tentang rujuk yg telah dilafaz suami sebelum itu. soalan saya apakah hukum dan sahkah rujuk kami kerana berlaku 2 kali lafaz?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, cerai dan rujuk yang telah anda berdua lakukan sendiri adalah sah (jika mahkamah putuskan ia adalah sah) dan apa yang dilakukan di mahkamah hanyalah proses merekod sahaja. proses merekod atau pendokumanan yang dibuat tidak menyebabkan terjatuhnya talaq atau rujuk yang baru.
Semoga selepas ini hubungan anda dan suami akan menjadi lebih intim dan rapat. Selamat berbahagia hingga ke syurga Allah, amin. Wallahu 'alam.

Wednesday, January 9, 2013

Cerai & Rujuk Ketika Haid

Soalan

Salam..soalan saya, bagaimana sekiranya suami telah melafazkan talaq 1 ketika isteri sedang haid dan merujuk isterinya kembali juga dlm tempoh haid tersebut..Adakah sah talak tersebut dan juga sah kah rujuk tersebut..

Jawapan

Wassalam,
Dalam hal ini, talaq dan rujuk yang dilakukan oleh suami tersebut adalah sah. sila rujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut dan rujuk juga boleh dibuat di mahkamah tersebut. Wallahu 'alam.

Tuesday, October 30, 2012

Talak Sms Dan Rujuk

Soalan

Salam Ustaz.Saya nak tanye,seminggu sebelum puasa saya bergaduh dgn suami.saya ugut(melalui sms)kalau dia tak ceraikn saya,saya akn lari.xlama lepas tu dia balas berbunyi "aku ceraikan kau (nama penuh saya) dgn talak 1.aku puaskan hati kau.ko nk sgt kn."sebelum tu kami ade berjimak dan saya belum mandi wajib lg.adekah talak tu jatuh?lepastu saya ade berjumpa suami dn dia ade mencumbui saya.adekah perbuatan itu dikira rujuk?sebulan selepas itu suami sms"saya nk baik balik dgn awk saya sayang awk.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
perkara ini perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda. Sms yang dikirimkan oleh suami anda perlu dipastikan terlebih dahulu sama ada yang menghantar tersebut adalah dirinya ataupun sebaliknya.
Selain itu, persetubuhan yang telah anda lakukan dengannya tidak menjadi batu penghalang untuk terjatuhnya talaq ke atas diri anda sekalipun waktu itu anda masih belum melakukan mandi wajib lagi.
Demikian juga dengan perbuatan bercumbu dengan anda, ia tidak dianggap sebagai perbuatan rujuk di dalam Mazhab Syafi’i. Menurut mazhab ini, rujuk perlu dilakukan dengan menggunakan lafaz (kata-kata). Sila ke Mahkamah Syariah untuk penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu 'alam.