Soalan
Assalamualaikum , tuan saya ada persoalan mengenai najis
Begini, selepas membuang air besar, saya sabun tangan, kemudian saya
pergi ke masjid untuk solat selepas solat. Saya pun tidak tahu lah
mengapa saya bau jari saya, dan saya was-was nie baju najis ke, sabun
ke. Hal in menyebabkan saya was-was, saya mengulangi solat, dan membasuh
semula tempat yang saya sentuh. semua kain2, dan moto kunci mangga saya
hendak basuh. sehinnga jika boleh karpet mashid pun sy hendak basuh :(.
adakah ini was2?
Jawapan
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang
keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu
dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu:
"Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat),
misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis
yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air
kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
-
Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
-
Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
Maka jika sudah dicuci berulang kali tetapi masih lagi berbau adalah
dimaafkan kerana dharurat dan tidak perlu was-was lagi. Tuan juga tidak
perlu untuk membasuh bahan-bahan yang tuan pegang kerana tidak terdapat
ain najis tersebut sedangkan yang ada hanyalah bau sahaja.