Soalan
saya pernah membotakan anak saya ketika usia 3 bulan, tanpa mengadakan
masjlis cukur jambul, adakah rambut tersebut perlu ditimbang dan adakah
dikira sama seperti cukur jambul.
Jawapan
Waalaikumussalam,
Menurut hukum fekah sunat mencukur rambut anak pada hari ke 7 kelahirannya.Pada hari tersebut hendaklah ibubapa yang mampu dari sudut kewangan untuk mengadakan akikah dan mengadakan kenduri sebagai tanda kesyukuran di atas pemberian rezki (anak) oleh Allah SWT.Malah pada hari itu juga digalakkan untuk memberi nama bayi tersebut.Di samping mencukur rambut kemudian ditimbang seterusnya di nilai dengan harga perak semasa.Kesemuanya ini bertujuan untuk mengikut sunnah yang telah diperkenalkan oleh baginda saw.
Berbalik kepada cukur rambut adalah untuk membuang rambut lama yang tumbuh semasa di alam rahim ibu untuk digantikan dengan rambut yang baru tumbuh hasil daripada cukur rambut pada hari akikah tersebut.
Antara hikmat yang dapat dirumuskan ekoran daripada cukur rambut bayi tersebut ialah bagi menjamin agar anak tersebut dapat membesar dengan sempurna dan seterusnya menjadi manusia yang cerdas dan pintar serta menghindarkan daripada sebarang penyakit yang berpunca di atas kepala.
Untuk pengetahuan anda, panel tegaskan bahawa cukur rambut adalah saranan nabi Muhammad SAW iaitu apabila dibuat dapat pahala sunat.Manakala potong jambul adalah perbuatan yang diperkenalkan oleh masyarakat melayu, di mana masyarakat melayu akan cuba gunting sedikit rambut bayi tanpa membotakkan rambut, iaitu mereka masih mengekalkan rambut lama sehinggalah ke akhir hayat.
Justeru panel syorkan agar kita ikut betul-betul amalan sunnah yang telah ditinggalkan oleh nabi bagi meraih ganjaran pahala sunnat seperti yang dituntut oleh syarak.Wallahu a'lam.