Showing posts with label Poligami. Show all posts
Showing posts with label Poligami. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Berpoligami Dan Kahwin Di Narathiwat

Soalan

Makcik saya telah berkahwin di Narathiwat, Thailand. Sebelum beliau berangkat, beliau berpesan pada bapa saudara saya supaya bersedia untuk dihubungi untuk mewakilkan wali. Malangnya, bapa saudara saya tidak dihubungi sehingga perkahwinannya selesai. Soalan saya ustaz: sahkah perkahwinan itu sekiranya wali sedia utk memberi wali tetapi tidak digunakan? adakah Jarak Kelantan dgn Narathiwat mencukupi 2 marhalah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda pastikan pejabat yang menguruskan pernikahan di thailand tersebut memang diiktiraf oleh pejabat agama di Kelantan bagi tujuan pendaftaran perkahwinan nanti setelah pasangan kembali ke Kelantan.
Perlu panel ingatkan bahawa,Jika jarak Kelantan dengan Narathiwat tidak sampai  2 marhalah maka pernikahan tersebut tidak sah,manakala pasangan itu perlu dipisahkan sehinggalah wali mujbir/berhak mewakil walikan kepada jurunikah di sana.Wallahu a'lam.

Thursday, January 12, 2012

Poligami,perkahwinan

Soalan

Adakah sah nikah seorang janda yang menikah di luar negara di indonesia engan suami orang tanpa izin isteri tanpa wali dan sijil cerainya.menurutnya surat tersebut hilang...dan ader kemusykilan status janda itu mungkin dia di gantung tak bertali sebab skg ader kes mahkamah tentang jatuh talak dan hak jagaan anak dari suami dulu..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Pernikahan itu dikira sah sekiranya cukup rukunnya iaitu
1.Bakal suami
2.Bakal isteri
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dab Qabul
Pernikahan tersebut hendaklah diantara lelaki bujang atau suami orang yang isterinya belum cukup 4 orang dan bakal isteri yang masih gadis/ anak dara atau janda yang telah diceraikan oleh suami atau kematian suami.
Jika wanita itu belum diceraikan oleh suaminya maka pernikahan itu terbatal.
Pernikahan di luar negara perlu didaftarkan di Malaysia bagi tujuan untuk mendapatkan sijil nikah dan memudahkan urusan pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, kes seperti ini perlu dirujuk dengan segera ke Pejabat Agama Islam yang berhampiran agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Wallahua'lam