Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Perlukah Haji Dan Umrah Jika Ada Cara Lain Untuk Dptkan Pahala Seperti Melakukan Haji Dan Umrah?

Soalan

"Sesiapa yang solat fajar secara berjamaah kemudian ia duduk berzikir /mengingati Allah SWT sehingga terbit matahari selepas itu ia mengerjakan sembahyang sunat 2 rakaat,adalah baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah dengan cara yang sempurna sebanyak 3 kali.Hadith sahih riwayat Tirmizi m.s. 1086 hadith 6346.
A) Perlukah kita utk kerjakan haji dan umrah jika sudah ada cara lain utk mendapatkan pahalanya dan bagi yg sudah melaksanakannya perlukah untuk kedua kalinya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Melaksanakan haji itu merupakan rukun islam yang kelima.Ia mesti dilaksanakn di Baitullah iaitu di Makkahtul Mukarramah.Malah tidak sah dilakukan atas sejadah sahaja.Dalam hadis itu cuma menyamakan pahala dan bukannya perlaksanaan amalan yang sejati dan realiti  yang sepatut dan sewajar dilaksanakan oleh seorang islam.
Jadi anda kena lakukan secara praktikal @amali dan bukannya teori hanya atas sejadah.Sempurnakan haji dengan melaksanakan 6 rukunya dengan baik dan teratur.Baharulah rukun islam anda sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh syarak.Wallahu a'lam.

Saturday, December 21, 2013

Bertanya Mengenai Umrah

Soalan

Assalamualaikum,Saya Ingin bertanya,bolehkah seseorang yang ingin pergi ke mekah,update status di facebook nya,seolah2 dia ingin memberi tahu kepada semua orang yang dia akan pergi menunaikan umrah,adakah itu riak??

Jawapan

Waalaikumuusalam,
Pada pandangan panel tidak perlu berbuat sedemikian.apa yang penting niat anda Allah yang tahu.Cuma panel hendak nasihatkan agar anda delete apa jua perkara yang kurang baik   yang terdapat dalam akaun FB anda.Ini sebagai langkah ke arah membersihkan diri dan  nama anda sebelum melamhkah  ke tempat suci lagi barkah.Wallahu a'lam

Thursday, November 14, 2013

Umrah Utk Bayi.

Soalan

assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..
saya ada kemushkilan yg ingin ditanya. saya ada anak kecik yang berumur 2 tahun setengah. insyaallah tahun depan kami sekeluarga ingin menunaikan umrah. anak saya masih belum bersunat dan masih memakai pampers. saya ada dengar org kata tak sah jika menunaikan umrah sambil mendukung anak yang masih blm bersunat dan pakai pampers.. mintak penjelasan.. terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak  dan para sarjana dalam bidang fekah , telah merumuskan bahawa jika anda membawa anak ketika menunaikan umrah,mohon supaya dipastikan anak tersebut
1.Bersih daripada menanggung najis-kena tukar pampers  baru bagi  kanak-kanak.
2.Mohon supaya ibubapa tolong ambilkan wuduk anak  seterusnya dipakaikan kain ihram
3.Ajarkan anak untuk ikut lafaz niat umrah  di miqat dan mohon supaya beliau jaga pantang larang semasa tunaikan umrah.
4.Semasa melakukan tawaf  umrah,bagi ibu atau bapa yang bawa anak pastikan ibu atau bapa atau salah seorang sudah sempurnakan tawaf  umrah untuk diri sendiri, sebelum memimpin anak bagi menemai beliau pula yang tawaf.Dalam hal ini pastikan anak dalam keadaan berwuduk.
5.Manakala semasa saie,diharuskan/ bolehkan anak tidak berwuduk,dan mereka boleh lakukan saie sebanyak 7 kali secara santai sehingga  selesai seterusnya  diakhiri dengan tahallul.
Wallahu a'lam.

Saturday, July 13, 2013

Umrah Untuk Kedua Ibu Bapa.

Soalan

Assalammualaikum, Saya mendapat duit kwsp, bolehkah sy menggunakan duit tersebut untuk menghantar kedua ibu bapa saya untuk mengerjakan umrah. Harap dapat membantu, Terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda boleh/harus menggunakan duit KWSP untuk hantar ibubapa anda bagi tujuan  tunaikan umrah.Malah mengikut hadis baginda saw umrah pada bulan ramadan sama pahala   dan ganjarannnya dengan haji.
Bantuan duit tersebut sebagai menghargai,membalas jasa dan pengorbanan mereka yang telah bertungkus lumus menjaga,mendidik dan memelihara anda sewaktu anda kecil sehingga anda dapat berdikari.
Malah perlu panel nyatakan bahawa pahala anda memberi  bantuan bagi meringankan bebanan  kewangan kepada kedua ibubapa   anda akan dibalas pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan ibadah tersebut.Wallahu a'lam.

Monday, May 27, 2013

Larangan Selepas Tawaf Wida Semasa Menunggu Kenderaan

Soalan

Selepas melakukan tawaf wida, saya menunggu di lobi hotel untuk bas datang mengambil kami ke lapangan terbang. Saya telah mengambil gambar di lobi hotel. Adakah perlu saya membayar dam kerana perbuatan tersebut?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Apabila anda telah melakukjan tawaf wada',perkara seperti ingin membeli belah adalah dilarang,sebaliknya para jemaah hanya dibenarkan untuk menunaikan hajat seperti membuang air kecil dan besar termasuk membeli  bekalan untuk makan dalam bas. Begitu juga anda diharuskan/dibolehkan  untuk  ambil gambar sekadarnya sahaja.
Perbuatan anda itu tidak dikenakan  dam/denda. Wallahu a'lam.

Friday, April 19, 2013

Tunaikan Umrah

Soalan

bolehkah saya tunaikan umrah (lelaki,27 tahun) sedangkan ibu dan bapa saya belum lagi berkesampaian ke sana?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Harus anda tunaikan umrah dahulu walaupun ibubapa anda belum ke sana lagi.Umrah kali pertama itu adalah umrah wajib.Ini kerana antara syarat untuk tunaikan umarah atau haji ialah:
1.Berkemampuan  dari segi kewangan dan tenaga
2.Selamat dalam perjalanan  pergi dan balik
3.Sihat tubuh badan
4.Waras atau siuman
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, sekiranya anda mempunyai simpanan yang melebihi daripada keperluan, panel nasihatkan agar anda sponserlah bayaran tambang umrah kedua ibubapa anda sebagai tanda bagi menghargai sumbangan mereka yang telah melahir,menjaga,mendidik dan membesarkan anda dengan rasa kasih dan sayang.Wallahu a'lam.

Monday, April 8, 2013

Umrah Dan Persoalannya

Soalan

Salam ustaz/ustazah, siapakah yg wajib dibawa terlebih dahulu oleh seorg anak lelaki jika dia ingin menunaikan umrah? Ibubapa/isteri/adikberadik

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mengerjakan umrah bagi kali  pertama itu merupakan umrah yang wajib.Syarat utama yang perlu ada bagi mereka yang ingin menunaikan umrah ialah :
1.Berilmu dan berpengetahuan tentang ibadat yang akan dilaksanakan,
2.Berkemampuan  dari segi kewangan dan tenaga,
3.Aman dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik
4.Kesihatan yang mengizinkan
Berbalik kepada soalan siapakah individu yang perlu dibawa ketika menunaikan umrah? Sekiranya kewangan dan kemampuan anda dari segi perbelanjaan lebih daripada mencukupi eluklah dibawa ibubapa anda dahulu,sekiranya ada lebihan boleh juga diikhtiarkan untuk membawa isteri.
Manakala adik beradik yang lain bukannya menjadi tanggungjawab anda sebaliknya ia bergantung kepada duit @ wang yang mereka kumpulkan yang tergolong dalam istilah Istitaah/berkemampuan.Wallahu a'lam.

Tuesday, March 5, 2013

Umrah Bagi Wanita Hamil

Soalan

saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada 8hb April 2013. pada waktu itu saya mengandung 8 minggu. adakah saya boleh meneruskan niat saya itu memandangkan terlalu ingin mengerjakan umrah bersama kedia ibu bapa saya.untuk pengetahuan, sy telahpun mendapatkn suntikan berkaitan pada tahun lepas seblm mengerjakan umrah kali pertama..mohon pendapat.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan bahawa sijil kesihatan untuk melayakkan anda pergi umrah telahpun dibuat pada tahun lalu.Untuk pengetahuan ,tempoh sah Sijil ini mampu bertahan selama 5 tahun .Tetapi apa yang penting anda telahpun bersedia dari segi spiritual dan mental/minda sebelum menunaikan umrah wajib.
Sesuatu umrah tersebut  akan dikira   sah apabila anda menyempurnakan 5 rukun umrah yang utama iaitu:
1.Niat di miqat
2.Tawaf  sebanyak 7 keliling.
3.Saie sebanyak 7 kali
4.Tahallul
5.Tertib
Di samping itu juga panel nasihatkan agar anda tidak lupa untuk  mematuhi   kesemua pantang larang semasa berihram.
Justeru pada pandangan  panel adalah lebih baik anda pergi ketika usia kehamilan masih di tahap awal dan  panel berpesan agar anda perlu berhati-hati ketika bersesak-sesak ketika tawaf dan saie bagi  mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.Mudah-mudahan panel doakan semuga umrah anda diterima  Allah SWT  dan dipermudahkan segala urusan.Wallahu a'lam.

Thursday, February 28, 2013

Umrah Tanpa Mahram

Soalan

Assalammualaikum Ustaz..Disini saya ingin bertanya soalan.Saya bekerja sebagai seorang pramugari.Baru2 ini saya ditugaskan terbang ke Jeddah,jadi saya mempunyai 2 malam di Jeddah.Saya dan rakan pramugari yg lain mengambil kesempatan utk mengerjakan umrah.Persoalannya kami pergi tanpa Mahram,tanpa seorang lelaki.Adakah umrah tersebut sah?sekiranya tidak,perlukah kami membayar dam?bagaimana/bila perlu di bayar dam tersebut?Terima Kasih Ustaz..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kerajaan Saudi  telah meletakkan syarat setiap wanita yang bukan dari negara berkenaan perlu diiringi oleh mahram bagi tujuan untuk menunaikan umrah.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, anda telah menunaikan umrah tanpa ditemani oleh mahram,adkah sah umrah anda.Jawapannya adalah sah,ini kerana rukum umrah   5 iaitu,
1.niat di miqat,
2.tawaf di sekeliling kaabah,
3.saie,
4.tahallul dan
5.Tertib.
Justeru anda tidak perlu bimbang tentang amalan umrah anda,cuma panel nasihatkan adalah lebih baik dan eluk sekiranya anda pergi menunaikan umrah bersama mahram.Ini  kerana ia lebih terjamin dari segi keselamatan dan anda mempunyai tempat rujukan kepada individu tertentu sekiranya berlaku  sesuatu perkara yang tidak diingini.Anda tidak perlu membayar denda/dam.Wallahu a'lam.

Wednesday, February 13, 2013

Syarat-syarat Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah Dengan Berhutang

Soalan

apakah syarat-syarat yang menbenarkan seseorang itu mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan berhutang dan apakah hukumnya dan bagaimana ia dipraktikan di malaysia

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai syarat-syarat yang membolehkan seseorang muslim itu membuat pinjaman wang untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah ialah:
1.         Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.

2.         Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba.

Sumber:
Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Monday, January 21, 2013

Umrah Ditaja Tapi Banyak Hutang

Soalan

salam, bolehkah seseorang pergi mengerjakan umrah kerana ditaja perbelanjaanya sedangkan dia mempunyai hutang yang banyak.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, dia harus untuk menerima tawaran tersebut dan umrah yang dikerjakannya adalah sah.
mengenai hutang yang ditanggungnya, ia tidak ada kena mengena dengan tawaran umrah tersebut kerana ia bukan menggunakan hartanya sendiri tetapi pihak yang menawarkan kepadanya yang menanggung segala kos perbelanjaan umrahnya. Oleh sebab itu dia boleh menerima tawaran tersebut dan umrah yang dikerjakan mengikut sebagaimana yang diperintahkan adalah sah. Wallahu 'alam.

Thursday, December 6, 2012

Ijab Qabul Semasa Melakukan Umrah...

Soalan

Bagaimana kalau kita nk ijab kabul semasa menunaikan umrah dan peraturan2 yg perlu di lakukan untuk ijab qabul di sana.....

Jawapan

Dalam persoalan ini, jika ijab qabul yang dimaksudkan adalah ijab qabul nikah, orang yang sedang berihram sama ada ihram umrah ataupun haji adalah dilarang (diharamkan) untuk melakukannya.
Jika dia melakukannya juga, ijab qabul tersebut adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, jika yang dimaksudkan dengan ijab qabul tersebut adalah ijab qabul dalam urusan jual beli, maka mereka adalah tidak dilarang untuk melakukannya dan ijab qabul tersebut adalah diakui sah di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Thursday, November 15, 2012

Mengenai Umrah.

Soalan

Saya bekerja sebagai pramugara. Salah satu destinasi tugasan adalah Jeddah. Bermalam di Jeddah selama 3 malam sebelum balik ke Kuala Lumpur. Di sini saya ingin mengambil peluang melakukan Umrah. Boleh ke? Kalau boleh, di mana tempat Miqat Makani saya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda boleh melakukan umrah wajib (bagi yang pertama kali mengerjakannya @ umrah sunat jika sudah pernah mengerjakan sebelum ini) semasa singgah  bermalam di JEDDAH. Mengikut ulamak fekah anda boleh berniat ketika berada di tempat menginap di JEDDAH.
Jika memang anda sudah tahu sejak awal lagi , penerbangan daripada KLIA  untuk  menuju ke JEDDAH, sewajarnya  dan sebaik-baiknya anda berniat ketika 1-2 jam lagi untuk mendarat, di suatu tempat yang bernama Qarnu manazil.Wallahu a'lam.

Menunaikan Umrah Dan Haji Tetapi Masih Berhutang

Soalan

Assalamualaykum w.b.t Tuan, Saya ingin menunaikan umrah dalam masa terdekat. tetapi benarkah saya tidak boleh menunaikan ibadah umrah sekiranya saya masih berhutang? (loan rumah, loan kereta dll). bagaimana pula jika saya ingin menunaikan ibadah haji? adakah saya perlu selesaikan semua hutang2 saya dan baru boleh menunaikan ibadah umrah dan haji?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pandangan tersebut tidak benar , hutang yang gerenti/mampu  bayar  secara potongan gaji bulanan seperti bayaran rumah atau kereta tidak menghalang seseorang itu untuk menunaikan umrah dan haji.
Mengikut pandangan ulamak Islam sebaik-baiknya dijelaskan kesemua hutang jika mampu untuk berbuat sedemikian,jika tidak mampu untuk bayar sekaligus,seseorang itu  tetap boleh tunaikan haji dan umrah,apa yang penting hutang itu tetap dibayar melalui potongan gaji yang telahpun dilaksanakan saban bulan dan tahun.Wallahu a'lam.

Wednesday, October 3, 2012

Meminjam Untuk Mengerjakan Umrah

Soalan

Assalamualaikum,
Saya sepatutnya mengerjakan umrah pada bulan Feb tahun depan. Saya telahpun membayar separuh dari pakej umrah tersebut. Tiba-tiba saya mengalami masalah kewangan yang teruk. Bapa saya sebelum ini ada meminjam duit dari saya, tapi saya tidak sampai hati untuk meminta darinya semula. Bolehkah saya meminjam duit dari keluarga saya yg lain untuk meneruskan umrah saya atau saya lupakan saja niat saya untuk mengerjakan umrah tersebut.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Mengerjakan umrah itu satu tuntutan. Meminjam duit untuk mengerjakan umrah adalah tidak salah sekiranya jumlah hutang itu adalah berjadual dan mampu dibayar sekiranya pulang dari mengerjakan ibadah umrah.
Namun sekiranya jumlah hutang itu bakal membebankan anda setelah pualang dari mengerjakan umrah maka adalah lebih baik anda menunggu sehingga wang anda cukup dan boleh meneruskan ibadah umrah dengan lebih tenang dan dipermudahkan.

Saturday, June 9, 2012

Hukum Umrah Untuk Remaja Dan Kanak-kanak


Soalan

adakah boleh remaja ataupun kanak-kanak menunaikan umrah ?

Jawapan

Remaja dan kanak-kanak yang masih belum baligh boleh mengerjakan umrah.
Dalam hal ini, bagi remaja yang telah akil baligh ibadat umrah yang mereka kerjakan adalah diterima dan mereka mendapat pahala mengerjakan umrah.
Namun, bagi kanak-kanak yang mengerjakan umrah, pahala ibadat tersebut adalah untuk ibu dan bapa mereka. Hal ini adalah disebabkan mereka masih belum digolongkan di dalam kategori seorang mukalaf yang menanggung segala kewajipan di dalam Islam. Wallahu 'alam

Tuesday, May 22, 2012

Kemusykilan Umrah

Soalan

Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan dan berharap dapat di jawab pihak Tuan.
1. Bolehkah kalau kita tawaf tapi tak pakai ihram jika tawaf itu bukan niat buat umrah dan sekadar tawaf.
2. Larangan ihram adakah sepanjang berada di mekah atau larangan tersebut tamat selepas habis bercukur?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Jika tawaf tersebut adalah tawaf sunat seperti tawaf qudum dan tawaf wida’, ia boleh dilakukan dengan memakai baju biasa sahaja (tanpa perlu memakai ihram).

2.         Larangan di dalam ihram hanya kepada mereka yang sedang berihram (haji atau umrah). Apabila mereka telah bertahalul (bercukur), maka segala perkara yang dilarang semasa berihram telah tamat.
Wallahu 'alam.

Thursday, December 22, 2011

Hukum Duit Hiburan Mengerjakan Haji/Umrah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Apakah hukum artis menggunakan dari duit dari Hiburan mereka untuk mengerjakan haji / umrah?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih atas soalan tersebut. Apabila ingin mengerjakan sebarang amal ibadah maka perkara yang penting adalah hati yang ikhlas. Walaubagaimanapun perbuatan dengan niat yang suci dan ikhlas perlu juga diukur. Contoh yang ingin dibawa oleh panel ialah, apabila seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan pasangannya namun mendapat tentangan dari pihak ibu bapa maka kaedah yang digunakan adalah merogol pasangannya agar wanita itu mengandung dan dengan cara sebegini keluarga tersebut akan mengizunkan perkahwinan. Jika dilihat seolah-olah niatnya ikhlas untuk memperisterikan namun cara itu adlaah salah dan berdosa.
Seperti juga kes mengerjakan haji dan umrah. Hal perbelanjaan perlulah dari sumber yang halal agar ibadah yang dilakuakn itu diterima oleh Allah swt. Tidak kira samada ada dia seorang artis atau tidak, jika diizin oleh Allah apabila pulang dari mengerjakan haji dan dia sudah berubah kearah kebaikan maka itu yang diharapkan dan didoakan.
"Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat/dosa dan tidak fasiq, kemudian dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpa dosa)."
Wallahua'lam

Friday, February 18, 2011

HAJI DAN UMRAH DENGAN DUIT PINJAMAN

Soalan; Ustaz, Saya ingin bertanya mengenai hukum mengerjakan haji dan umrah di bawah pakej pinjaman islamik yang ditawarkan. Tetapi dari segi tanggungan sedia ada tidak terganggu cuma ingin menunaikan haji/umrah dengan lebih segera. Jika ingin dikumpulkan wang mungkin mengambil masa. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu. Ini berdasarkan firman Allah (bermaksud); "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempoh ia mengerjakan haji.

2. Walaupun tidak dituntut berhutang, namun jika seseorang itu meminjam/berhutang untuk mengerjakan haji/umrah, para ulamak menegaskan; hukumnya adalah harus (yakni tidak haram dan tidak juga makruh, walaupun yang terbaik ialah tidak meminjam) dan haji/umrahnya sah (jika memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan) serta gugur kewajipan haji/umrah darinya. Hendaklah dipastikan pinjaman itu bukan pinjaman yang berteraskan riba. Jika tidak, si pemimjam telah melakukan dosa besar dan mengurangkan pahala haji/umrahnya.

3. Apa yang terbaik ialah dengan kita menghimpun wang dari masa ke semasa dan apabila wang yang dikumpul mencukupi barulah kita menunaikan haji. Cara ini dapat mengelakkan kita dari menanggung hutang di mana berhutang di dalam Islam sekalipun diharuskan tetapi tidak digalakkan.

Rujukan;

1. Fatwa Dar al-Ifta' Mesir (www.dar-alifta.org), no. 1333.
2. Fatwa (islamweb.com), no. 13608, 7090, 12865, 58684.