Showing posts with label Faraid. Show all posts
Showing posts with label Faraid. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Pembahagian Wang Ibu Bapa

Soalan

Assalamualaikum... Saya terdiri dari 3 adik beradik perempuan. Tiga bulan yang lalu kakak sulung saya meninggal dunia. Sebelum meninggal kami 3 beradik ada membuat simpanan (tabung) iaitu hasil pendapatan daripada peninggalan arwah ibu bapa kami di tolak 10 % drp hasil yg dibahagi samarata antara kami tiga beradik yang mana kami bersetuju bahawa wang tersebut akan digunakan apabila perlu. Soalan saya adakah anak arwah kakak saya wajib menuntut wang bhg ibunya... terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pembahagian harta pusaka boleh dibuat atas dua cara iaitu:
1.Ikut hukum faraid
2.Pembahagian secara adat @ sama rata bagi menjaga hubungan silaturrahim
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,anak saudara (anak kakak) anda berhak untuk tuntut bahagian ibunya mengikut yang telah dipersetujui.Justeru panel nasihatkan agar anda  berbincanglah dengan cara baik untuk melaksanakan pemberian tersebut supaya tiada persengketaan yang berlaku.Wallahu a,lam.

Sunday, December 30, 2012

Pembelian Tanah

Soalan

Assalammualaikum wbt...
Bapa telah membeli sebidang tanah secara ansuran namun telah meninggal dunia ketika sekitar 5% pembayaran dilakukan.
Ibu mengambilalih hal pembayaran dan setelah 20 tahun membuat pembayaran, hutang berjaya dilunaskan dan geran berpindah keatas nama ibu.
Kini setelah ayah meninggal lebih 30 tahun, keluarga sebelah ayah datang untuk menuntut sebahagian tanah tersebut atas alasan ia milik ayah sebelum meninggal. Mohon penjelasan ustaz mengenai hak keluarga ayah itu. TK

Jawapan

Waalaikumusalam,
Saudara sebelah bapa tidak layak untuk tuntut harta/tanah tersebut.
Jika diperhatikan ikut hukum faraid jika ayah meninggal  dunia ,ibu masih hidup dan mempunyai  anak-anak  samada lelaki atau perempuan,kemudian  bapa dan emak ayah  masih ada.Maka mereka ini sahaja yang layak untuk mewarisi pembahagian harta pusaka.
Cuma yang menjadi keliru sekarang ialah kerana ibu anda tidak membuat pindah milik atas geran tanah yang telah beliau lunaskan hutangnya.
Panel cadangkan jika mereka (saudara bapa ) masih tidak puas hati, ibu anda boleh melantik peguam bagi  menguruskan kes ini .Insya'Allah jika ibu anda berada di tempat yang benar ia akan berjaya.Wallahu a'lam.

Friday, October 19, 2012

Wang Perlindungan Insuran Simati Perlu Difaraidkan Antara Adik Beradik

Soalan

adik lelaki saya telah meninggal dunia akibat kemalangan dan telah mendapat perlindungan insuran. adakah ibu bapa saya yang berhak 100% atas wang insuran tersebut.

Jawapan

Dalam persoalan ini, sekiranya insurans tersebut adalah insurans yang dibenarkan oleh islam (Takaful), maka ia adalah termasuk di dalam harta tinggalan arwah adik anda dan perlu diagihkan mengikut kaedah pengagihan harta pusaka di dalam islam.
Namun, jika ia bukan dari jenis Takaful maka ia (jumlah keseluruhan wang ) tidak dikira sebagai wang tinggalan arwah adik anda. Hanya wang pendahuluan dan juga wang bulanan yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut sahaja yang dikira sebagai hartanya dan perlu diagihkan mengikut sistem fara’id kepada semua ahli warisnya.
Ringkasnya, wang tersebut bukan menjadi milik ibu dan ayah anda sepenuhnya. Setelah diasingkan di antara wang arwah adik anda dengan wang ganjaran insurans yang diperolehi, ia perlu diagihkan kepada semua ahli waris yang berhak menerimanya. Wallahu 'alam.

Bahagi Duit Kwsp Mengikut Faraid

Soalan

asalammulaikum ustaz ,saya ingin bertanya bagi pihak adik ipar saya(lelaki) yg baru kematian isteri yg meninggalka duit kwsp tanpa penama bagaimana hendak dibahagi mengikut faraid ,simati tinggalkan 1anak ,suami,ibu & bapa dan adakah adik beradik simati berhak terhadap wang tersebut..terima kasih ,saya harap ustaz dpt memberikan kiraan pembahagiannya ,saya sangat kesian tentang adik ipar yang dlm kebuntuan ...terima kasih sekali lagi...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, maklumat yang diberikan di dalam solan agak
Tidak jelas terutamanya dari segi ahli waris yang ditinggalkan oleh si mati.
Namun begitu, sebagai panduan umum, berikut dinyatakan bahagian yang diterima oleh ahli waris yang dapat panel nyatakan:
1.       
Anakk: lelaki atau perempuan?
*Kalau lelaki sahaja: 'Asobah (menerima baki harta pesaka).
*Kalau perempuan sahaja: seorang-1/2. lebih daripada seorang dan tiada waris lain-2/3
*Kalau lelaki dan perempuan: 'Asobah.
Suami: 1/4
Ibu: 1/6
Bapa: 1/6
Adik-beradik: Mereka terdinding disebabkan si mati masih ada bapa.


Sila rujuk kepada mahkamah syariah yang berdekatan untuk pengesahan dan dapatkan penjelasan lanjut mengenainya. Pembahagian harta tersebut juga boleh dilakukan di sana. Wallahu 'alam.

Tuesday, July 17, 2012

Pembahagian Faraid

oalan

Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai pembahagian peninggalan simati yg
wajib difaraid kan.Simati ada meninggal kan seorg isteri ,seorg anak perempuan(1thn 4bln).dan simati
mempunyai adik beradik kandung lelaki 6 org, pmpuan 4 org.simati
mempunyai kwsp,khairat kematian,insuran, dan wang pampasan dr pihak majikan. hutang melebihi kwsp.apa kah semua peninggalan simati tersebut wajib dibahagikan secara farait

Jawapan

Dalam keadaan hutang melebihi semua harta peninggalan lakukan 1. Wajib bayar semua hutang dengan semua harta pusaka yang ada 2. Baki hutang di faraid mengikut bahagian masing-masing dan WAJIB di bayar oleh ahli warisnya.

Friday, March 30, 2012

Adat Pepatih VS Faraid


Soalan

Apa hukumnya jikalau ikut hukum adat pepatih dan buka hukum Islam? Contohnya ibu meninggal dunia, rumah pergi ke anak perempuan bukan ikut faraid? Ada juga kata kerana hak milik/ status tanah. Jikalau benar, kenapa pihak kerajaan tidak menukr undang2 yg bukan saja kolot tapi tidak berdasarkan / berpandukan ajaran Islam sebenar?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum dunia ini terbahagi kepada dua,Hukum Allah dan hukum manusia (adat).Sebagai contoh tentang pembahagian harta peninggalan ibu atau bapa yang telah meninggal.
1. Jika yang meninggal itu ayah, yang masih tinggal seorang isteri/ ibu,2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Katakan ayah meninggalkan duit dalam bank RM48,000.Sekiranya harta itu dibahagi menggunakan hukum Allah iaitu faraid (Berdasarkan ketetapan al-Quran), ini bermakna ibu dapat 1/6 (RM8,000) daripada harta yang ditinggalkan oleh suaminya yang meninggal.Manakala anak lelaki dapat 2/3 (RM26,666.67)dan anak perempuan dapat 1/3 (RM13333).Itulah keadilan yang hakiki yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana orang Islam yang waras.
2.Sekiranya anak beranak tidak mahu menggunakan pembahagian harta dengan cara faraid disebabkan rasa tidak adil. Ini kerana anak lelaki mendapat bahagian yang agak lebih berbanding anak perempuan maka islam mengharuskan (tidak salah) umatnya menggunakan kaedah/cara hukum adat. Iaitu pembahagian yang sama rata demi menjaga kerukunanan dan tali siulaturrahim sesama adik beradik selagi hayat masih ada.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, setahu panel adat perpatih yang dimaksudkan sebenarnya mereka mengikut hukum manusia(adat) yang diharuskan oleh agama Islam. Cuma kadangkala kita rasa kurang selesa /adil disebabkan rumah yang ditinggalkan oleh ibu yang mati menjadi milik anak perempuan secara turun temurun dan bukannya menjadi milik anak lelaki atau dibahagi secara saksama sesama adik beradik.
Situasi ini sebenarnya adalah untuk menjaga hubungan kekeluargaan dan silaturrahim antara adik beradik.Rasionalnya apabila rumah ibu sudah menjadi miliki anak lelaki besar kemunkinan ia dijual.Jadi apabila ada majlis kenduri kendara terutama semasa perkahwinan ,hariraya atau kematian rumah itu bukan lagi menjadi tempat berkumpulnya adik beradik setelah kematian ibu.Justeru hubungan kekeluargaan semakin hari semakin renggang dan jauh. Oleh sebab itulah kebanyakan golongan cendikiawan dan agamawan di negeri berkenaan mengharuskan kaedah dan adat sedemikian diamalkan di negeri Sembilan.
Panel syor berdasarkan prinsip agama Islam, janganlah anda dek kerana hendak kejar harta pusaka yang tidak seberapa kita sanggup buang saudara dan bermusuhan sampai ke mati ,fikir-fikirkan kebaikan apabila dilaksanakan hukum manusia (adat) di negeri berkenaan.Wallahu a'lam.