Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

Apakah Batas Aurat Org Kafir?

Soalan

Assalamualaikum...saya tusyen di 1 tempat dimana guru saya adalah seorang kafir...apakah batas auratnya bagi perempuan dan lelaki yang melihat??adakah kita juga perlu menjaga mata apabila dengan seorang kafir??

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, oleh sebab guru tersebut bukan beragama Islam, maka dia tidak terikat dengan cara berpakaian di dalam Islam.
Walau bagaimanapun, guru tersebut boleh diminta supaya tidak memakai pakaian yang terlalu seksi semasa mengajar sebagai satu penghormatan kepada anak muridnya yang beragama Islam. namun, jika guru tersebut enggan dan tidak dapat berkerjasama maka adalah dinasihatkan supaya anak muridnya yang beragama Islam mencari guru yang lain demi untuk menjaga hak dan mengutamakan hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Allah berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.
(Surah Ali Imron 03: 102)

Allah menjelaskan lagi di dalam firmannya tentang kemuliaan orang yang bertaqwa (takut dan taat) kepadanya di dalam firmannya di bawah ini, maksudnya:
“...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...”
(Surah al-Hujurat 49:13)

Semoga anda dapat memilih dan mengutamakan apa yang lebih utama di dalam hidup ini. Hidup tidak sudahnya dengan ujian dan dugaan. Diharap kita lulus di dalam ujian yang telah ditakdirkan untuk diri kita dan menyebabkan kita bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Wallahu 'alam.

Sunday, February 24, 2013

Berbaju Kebaya Tetapi Amat Longgar

Soalan

Assalamualaikum wbt. bolehkah seseorg wanita memakai baju yg potongannya mengikut bentuk badan (cth: baju kebaya) tetapi pakaian tersebut amatlah longgar jika dipakai sehingga tidak menampakkan bentuk badan yg sebenar?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hujkum fekah telah menetapkan bahawa Wanita berugama Islam wajib menutup aurat.Menutup aurat itu mestilah dengan pakaian yang sesuai.Antara syarat pakaian yang dipakai  hendaklah meliputi perkara berikut:
1.Pakaian tidak terlalu ketat sehingga dapat dilihat otot @ anggota badan si pemakai
2.Tidak terlalu jarang sehingga menampakkan kulit badan pemakai.
3 .Tidak terlalu nipis sehingga boleh dilihat tubuh badan pemakai secara terus.
4.Tidak terlalu singkat dan pendek sehingga menampakkan aurat si pemakai.
Sekiranya kebaya @ kebarung yang anda pakai,tidak mempunyai syarat-syarat yang telah panel nyatakan maka anda bolehlah pakai, pakaian tersebut,Hukum memakai kebaya yang longgar itu adalah  diharuskan.Wallahu a'lam,.

Adab Berpakaian Di Dalam Rumah

Soalan

salam....ustaz nak tanya mcm mana aurat n adab berpakaian bagi seorang adik perempuan dgn abangya..sy sebagai kakak ipar tidak berasa selesa apabila adik ipar saya memakai seluar pendek n memakai baju tnpa lengan di dalam rumah...nak tegur mcm serba salah...tq..

Jawapan

wassalam,
dalam persoalan ini, aurat adik ipar anda di hadapan suami anda adalah seperti aurat ketika berada di hadapan mahram, iaitu dibenarkan membuka tudung, memakai baju t-shirt ataupun pakaian yang dia selesa dengan syarat aman dari fitnah.
Kelonggaran ini adalah berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur, maksudnya:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau oranggaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Oleh yang demikian, selagi adik ipar anda masih berpakaian seperti yang anda nyatakan di dalam soalan (tidak mendedahkan seluruh tubuhnya), ia masih diharuskan kerana suami anda adalah abang kandungnya dan auratnya di hadapan abang kandungnya  ada dinyatakan di dalam maksud ayat al-Quran di atas. Ringkasnya, beliau harus untuk mendedahkan rambutnya dan perhiasan tubuhnya kepada abang kandungnya sendiri. Wallahu 'alam.

Sunday, December 30, 2012

Fesyen Wanita Muslim

Soalan

Assalamualaikum . Saya ingin bertanya tentang fesyen wanita muslim . Apakah hukum jika memakai tudung pendek sehingga menampakkan buah dada dan berbaju ketat dan pendek ?. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum menutup aurat itu wajib.
Walau bagaimanapun menurut hukum Islam sebaik-baiknya pakaian mestilah bercirikan perkara berikut:
1.Tidak terlalu nipis, sehingga terbayang bentuk badan pemakai
2.Tidak terlalu jarang sehingga ternampak susuk badan
3.Tidak terlalu ketat sehingga sukar membezakan antara pakaian dan badan
3.Tidak terlalu singkat sehingga menampakkan alur dan buah dada,pehab dan betis.
Justeru menurut para sarjana dan ulamak fekah ,seseorang wanita itu hendaklah memakai pakaian yang sesuai tidak terlalu nipis,tidak terlalu  jarang dan tidak terlalu ketat sehingga menampaklan otot pemakainya.Wallahu a'lam.

Tuesday, December 18, 2012

Hukum Bersentuhan Dengan Adik Beradik Mak Kedua

Soalan


assalamualaikum ustaz..saya mempunyai ibu kandung dan ibu tiri..apakah aurat saya dengan adik bradik mak tiri??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allahh swt
Hubungan anda dan adik beradik tiri kepada ibu kedua adalah mahram kerana mereka sebapa tapi berlainan ibu. Oleh yan demikian aurat antara anda dan mereka adalah seperti hubungan adik-beradik biasa.

Wednesday, November 28, 2012

Memakai Baju Yang Jarang

Soalan

assalamualaikum... bolehkah jika saya memakai baju yang jarang tetapi didalamnya saya memakai baju berlengan panjang ?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
pakain yang jarang ialah yang masih boleh menampakkan anggota tubuh. Sekiranya sudah dilapik atau dipakai dengan pakaian lain dan tidak menampakkan anggota tubuh maka ia dibolehkan.

Saturday, November 17, 2012

Baju Yang Berlengan Pendek.

Soalan

assalamualaikum..sye ingin bertanye..bolehkh seseorg perempuan itu memakai t-shirt berlengan pendek di rumah walhal ayah nya berada di rumah..adakah itu dikira x menutup aurat?minta penjelasan..

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hubungan anak perempuan dengan ayahnya adalah hubungan muhrim yang mana mereka adalah golongan yang haram bernikah walau apa keadaan sekalipun berlaku.
Aurat anak perempuan dengan ayah adalah dari dada sehigga ke lutut seperti aurat ibu dengan anak-anaknya. walaubagaimanapun pemakaian anak perempuan perlulah sopan dan tidak menjolok mata sehingga membuatkan bapa atau adik-beradik lelaki rasa tidak selesa dan terganggu dengan penampilan tersebut.

Apabila Ibubapa Tidak Menegur Aurat Anaknya.itu Bererti Ibubapa Tidak Sayang Terhadap Anaknya?

Soalan

apabila ibubapa tidak menegur tentang aurat anaknya.adakah itu bererti ibubapa itu tidak menyayangi anaknya?sedangkn dia sudah membesarkan anaknya bagai tatang minyak yang penuh.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Tanggung jawab ibu bapa bermula daripada anak itu lahir sampailah anak tersebut bernikah.Teguran untuk tutup aurat itu adalah wajib selagimana anak tersebut masih di bawah jagaan kedua ibubapa.Suruhan supaya anak tutup aurat itu memang  disyariatkan oleh Allah dalam al-Quran.Ia merupakan suatu  tuntutan agama dan bukannnya ciptaan manusia.
Justeru bapa kena tegur aurat anak walaupun anak tidak hendak ikut ,tetapi apa yang penting tanggungjawab bapa sudah terlepas dan tidak boleh dipersalah bapa di hari akhirat kelak.Jika bapa buat diam seribu bahasa, maka ibubapa masih dipersalahkan di hari akhirat.Wallahu a'lam.

Friday, November 9, 2012

Aurat Kakak Dgn Adik Lelaki

Soalan

slm,
buat ustz jelaskan :
i) aurat seorang kakak dengan adik beradik lelaki?
ii) aurat seorang anak perempuan dengan bapa?
terima kasih ustaz...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Aurat seorang kakak ketika bersama adik lelakinya adalah seperti berikut:
Wajib bagi seorang kakak ketika berada di hadapan adik lelakinya untuk menutup badannya melainkan muka, kepala, tengkuk, dua tangan hingga ke tapak tangan, kaki hingga ke lutut.
Ini bermakna, dada, payudara, belakang, pinggul, paha dan faraj adalah wajib ditutup.

Manakala bagi adik lelaki tersebut pula, auratnya ketika berada di hadapan kakaknya ialah anggota yang berada antara bahagian atas pusat dan bawah lutut.
Dari itu, bahagian yang berada di bawah pusat adik lelakinya adalah aurat dan haram bagi kakaknya untuk melihatnya.

2.         Aurat anak perempuan dengan bapanya:
Tidak ada batasan aurat di antara seorang anak perempuan dengan bapa kandungnya. Perkara ini dapat dilihat pada firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam Surah An-Nur di bawah ini, maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”.
(surah an-Nur 31)

Melalui ayat ini kita dapat fahami bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan yang tersembunyi pada tubuh mereka melainkan kepada suami, bapa kandung, bapa mertua dan senarai berikutnya seperti mana yang terdapat di dalam maksud ayat di atas. Wallahu 'alam.

Thursday, September 27, 2012

Aurat Anak Susuan Perempuan Dengan Suami Ibu Susuan

Soalan

Salam. Saya ingin bertanya panel tentang aurat antara anak susuan perempuan dengan suami ibu susuannya. Harap panel dapat membantu. terima kasih.

Jawapan

Auratnya dgn suami ibu susuan sama seperti dengan bapanya dan haram berkahwin

Tuesday, September 11, 2012

Hukum Tidur Sekatil Bersama Isteri Dan Adik Ipar Perempuan

Soalan

hukum tidur sekatil bersama isteri dan adik ipar perempuan

Jawapan

Jika adik ipar masih kanak-kanak dan masih tak menegentahui tentang aurat adalah dibolehkan jika dah besar maka haram.

Friday, September 7, 2012

Abang Ipar Tinggal Sekali

Soalan

kakak&suami tinggal bersama kami sekeluarga.xtahulah sbb xmampu ke apa.mslhnya hr2 bekerja cuma tinggal sy ibu&abg ipar sy tu.ibu sy pula setiap pg menghadiri ceramah agamala,kuliah tajwid,baca kitab dll.berdosakah sy tinggal dgn ipar sy tu dirumah.abg ipar sy tu xbekerja.apa yg perlu sy lakukan.kdg2 sy menonton tv didepan ipar di bilik.kdg2 sy duduk je dlm bilik.rasa agak kurang selesa jugala bg sy.mak sy tahu hukum tp tetap tinggalkan saya juga setiap hr

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, hukum anda tinggal bersama abang ipar anda di rumah sementara kakak anda keluar bekerja dan ibu anda keluar dengan urusannya adalah tidak berdosa kerana ia memang tidak dapat untuk dielakkan.
Walau bagaimanapun, anda perlu menutup aurat anda apabila berada di hadapan abang ipar anda sekalipun semasa menonton televisyen. Wallahu 'alam.

Sunday, September 2, 2012

Bersentuhan Dengan Tunang

Soalan

Aslkum,
Adakah dibolehkan seseorang yng dlm tempoh bertunang berpimpin tangan dgn tunangannya.
Wasalam

Jawapan

Ianya adalah haram, kena kahwin dahulu.

Tuesday, July 31, 2012

Aurat Anak Saudara Lelaki Dengan Makcik Sebelah Ibu

Soalan

Apakah hukumnya bila mana seorang ibu saudara yang masih bujang (ibu saudara adalah adik kandung kepada ibu si lelaki) mencium kedua belah pipi dan memeluk anak saudara lelaki yang telah berumur 30 tahun dan mempunyai isteri dan 2 orang anak. Perbuatan itu telah menimbulkan tandatanya kepada anak-anak lelaki tersebut.

Jawapan

Adalah harus bagi ibu saudara tersebut untuk memeluk dan mencium anak saudaranya kerana hubungan mereka adalah hubungan mahram. Namun begitu, janganlah tindakan yang dilakukan menyebabkan ahli keluarga yang lain tertanya-tanya (sampai menimbulkan fitnah di dalam keluarga).
Walau bagaimanapun, anak-anak lelaki tersebut perlu didedahkan tentang hubungan kekeluargaan di dalam Islam. pengertian mahram dan ajnabiah perlu dijelaskan kepada mereka agar dapat mereka jadikan panduan di dalam mengharungi hidup seharian. Wallahu 'alam.

Monday, July 16, 2012

Solat Tetapi Tidak Menutup Aurat Diluar

Soalan

Assalamualaikum . Saya ada terbaca artikel mengenai solat perempuan yang tidak menutup aurat itu tidak diterima . Bagaimana sekiranya seseorang perempuan itu menjaga solatnya , tetapi apabila keluar rumah dia tidak menutup auratnya . Adakah solat yang dikerjakan selama ini adalah tidak sah dan tidak diterima oleh Allah ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, mengikut hukum fiqhnya, jika solat yang dikerjakan memenuhi segala rukun dan syarat sahnya, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
Walau bagaimanapun, mengenai wanita yang sentiasa menjaga solatnya tetapi masih tidak menutup auratnya sudah tentu wanita tersebut mempunyai masalah yang lain. Hal ini amat bersalahan dengan apa yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam frimannya yang bermaksud:
"Bacalah   serta   ikutlah   (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan  mungkar;   dan  sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya   dan   kesannya);   dan (ingatlah)  Allah  mengetahui  akan apa yang kamu kerjakan".
(Surah al-'Ankabut 45)

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa solat yang didirikan oleh wanita tersebut masih terdapat kekurangan yang masih belum mencapai sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Dari itu, dia perlu perbaiki mutu solatnya lagi agar janji Allah di dalam ayat di atas berjaya dimilikinya. Wallahu 'alam.

Saturday, May 19, 2012

Aurat Anak Angkat Lelaki

Soalan

As salam. Suami mempunyai seorang anak angkat lelaki (yang merupakan anak luar nikah yang tiada hubungan kekeluargaan lansung) semasa beliau bersama dengan bekas isterinya dulu kerana ketiadaan anak dan kini anak tersebut berumur 9 tahun. Setelah saya berkahwin dengannya, saya kini mengandung dan akan melahirkan anak pada hujung tahun ini. Bagaimanakah batas aurat di antara saya, anak saya dan anak angkat? Bila anak angkat ini telah dewasa nanti macamana? Harap dapat dibantu. Terima kasih.

Jawapan

Dalam persoalan ini, aurat anda dan anak anda (jika perempuan) dengan anak angkat suami anda adalah sebagaimana aurat anda di hadapan lelaki yang bukan mahram. Ringkasnya, perlu tutup seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Wallahu 'alam.

Aurat Antara Wanita Dan Ipar (lelaki) Yang Tggl Serumah

Soalan

salam...sblum ini sy seorang yg free hair dan stelah itu sy bru mula mahu blajar utk mnutup aurat dgn smpurna dan dgn itu sya sudah mula memakai hijab.antara aurat sya dgn abg ipar sya..sbelum sy berhijab,abg ipar sya tinggal serumah dgn kami sekeluarga.abg ipar sy tggl di sini sblum sy berhijab dan telah berhijab.ini sudah mnjadi kbiasaan kpd sy tdk b'jilbab sms brada didlm rumah ktika adanya dia.adakah bdosa besar sy tdk mnitik berat tntg aurat slpas sy berhijab?

Jawapan

Wassalam, hukum menutup aurat adalah diwajibkan ke atas setiap mukalaf (aqil baligh dan berakal) apabila bersama dengan orang yang bukan mahram.
Oleh sebab hubungan anda dengan abang ipar adalah hubungan yang bukan mahram, ini bermakna anda wajib memakai tudung/hijab ketika bersama  dengannya.
Oleh yang demikian, anda perlu mengubah kebiasaan    dengan memakai tudung apabila dia ada bersama di dalam rumah. Jika tidak, ia bermakna anda telah mendedahkan aurat anda kepadanya dan sudah pastilah anda akan menerima dosa atas perbuatan tersebut.
Semoga anda terus istiqamah dengan perubahan yang anda alami dan terus berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. Wallahu 'alam.

Monday, May 14, 2012

Terbuka Aurat Ditiup Angin Kipas

Soalan

Kalau semasa solat, aurat berhampiran punggung terbuka sedikit kerana baju ditiup angin ketika sujud, sah ke batal solat jika saya tidak tutup balik baju saya sebab agak susah hendak tutup kerana saya sedang sujud. Terima kasih.

Jawapan

Dalam situasi ini, baju yang terbuka sehingga mendedahkan aurat perlu ditutup dengan kadar yang segera. Jika dibiarkan terbuka dalam tempoh yang agak lama, solat yang dikerjakan adalah terbatal. Hal ini adalah kerana menutup aurat adalah salah satu daripada syarat sah mengerjakan solat.
Oleh itu, baju, kain atau segala jenis pakaian yang dipakai semasa mengerjakan solat yang terbuka sehingga mendedahkan aurat perlu ditutup dalam kadar yang segera. Jika dibiarkan terbuka, ia membatalkan solat. Wallahu 'alam.

Tuesday, January 31, 2012

Seluar Lelaki Menampakkan Aurat.

Soalan

Assalamualaikum,

Mohon pertanyaan berkenaan aurat lelaki. Saya dapati jahitan pada bahagian tepi seluar saya tidak dijahit dengan rapat dan akan menampakkan lubang2 kecil sepanjang dari paha ke betis. Ketika berdiri lubang itu tidak nampak tetapi ketika duduk tahiyat akan ada sedikit lubang. mohon penjelasan adakah itu dikira aurat walaupun lubangnya kecil sahaja dan tidak ketara kelihatan seperti tidak menutup aurat?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang diahmati Allah swt
Syarat sah solat ialah menutup aurat. Aurat lelaki ialah diantara pusat dan lutut. Jika aurat itu tersingkap sama ada kain itu terkoyak, berlubang tidak kira kecil atau besar dan yakin ianya sudah berlubang maka adalah lebih baik solat itu diqada'.
Panel menasihatkan agar berpakaian sempurna terutama ketika beribadah atau mengadap Allah swt.

Friday, January 27, 2012

Cara Perumpuan Islam Memakai Tudung

Soalan

Assalamualaikum Perumpuan Islam boleh memakai tudung di dalam clubing atau karaoke yang adalah minuman haram?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah
Perintah memakai tudung atau pun menutup aurat bagi wanita telah termaktub di dalam al-quran. Menutup aurat adalah wajib walau di mana sahaja berada melainkan di dalam rumah yang tidak mempunyai lelaki ajnabi atau wanita non muslim.
Berkenaan tempat, wajib bagi orang muslim tidak kira sama ada wanita atau lelaki, hendaklah dijauhkan sekiranya tempat tersebut mendatangkan fitnah dan tidak yang mendatangkan sebarang faedah.
Wallahua'lam