Soalan
assalamualaikum,saya ingin bertanya sekiranya seorg islam yang telah
murtad telah meninggal dunia adakah sah mayat tersebut diurus dan
dikebumikan dgn cara islam atau haram dikebumikan dgn cara islam.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Kubur Islam hanya dikhususkan untuk penganut yang berugama Islam sahaja .Sekiranya seseorang tersebut yang telah murtad dan beliau dapat dipastikan dengan bukti yang terang lagi nyata bahawa ia telah keluar dari agama Islam, maka mayatnya tidaklah boleh diuruskan dengan kaedah sebagai seorang Islam.Perkara ini disebabkan kerana ia telah menjadi kafir dan jenazahnya hendaklah ditanam di tanah perkuburan orang-orang yang bukan Islam.Mayatnya sekarang setaraf dengan mayat orang kafir kerana ia telah murtad dan beliau bukan lagi berugama Islam.Wallahu a'lam.