Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Perlukah Haji Dan Umrah Jika Ada Cara Lain Untuk Dptkan Pahala Seperti Melakukan Haji Dan Umrah?

Soalan

"Sesiapa yang solat fajar secara berjamaah kemudian ia duduk berzikir /mengingati Allah SWT sehingga terbit matahari selepas itu ia mengerjakan sembahyang sunat 2 rakaat,adalah baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah dengan cara yang sempurna sebanyak 3 kali.Hadith sahih riwayat Tirmizi m.s. 1086 hadith 6346.
A) Perlukah kita utk kerjakan haji dan umrah jika sudah ada cara lain utk mendapatkan pahalanya dan bagi yg sudah melaksanakannya perlukah untuk kedua kalinya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Melaksanakan haji itu merupakan rukun islam yang kelima.Ia mesti dilaksanakn di Baitullah iaitu di Makkahtul Mukarramah.Malah tidak sah dilakukan atas sejadah sahaja.Dalam hadis itu cuma menyamakan pahala dan bukannya perlaksanaan amalan yang sejati dan realiti  yang sepatut dan sewajar dilaksanakan oleh seorang islam.
Jadi anda kena lakukan secara praktikal @amali dan bukannya teori hanya atas sejadah.Sempurnakan haji dengan melaksanakan 6 rukunya dengan baik dan teratur.Baharulah rukun islam anda sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh syarak.Wallahu a'lam.

Monday, May 27, 2013

Larangan Selepas Tawaf Wida Semasa Menunggu Kenderaan

Soalan

Selepas melakukan tawaf wida, saya menunggu di lobi hotel untuk bas datang mengambil kami ke lapangan terbang. Saya telah mengambil gambar di lobi hotel. Adakah perlu saya membayar dam kerana perbuatan tersebut?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Apabila anda telah melakukjan tawaf wada',perkara seperti ingin membeli belah adalah dilarang,sebaliknya para jemaah hanya dibenarkan untuk menunaikan hajat seperti membuang air kecil dan besar termasuk membeli  bekalan untuk makan dalam bas. Begitu juga anda diharuskan/dibolehkan  untuk  ambil gambar sekadarnya sahaja.
Perbuatan anda itu tidak dikenakan  dam/denda. Wallahu a'lam.

Wednesday, February 13, 2013

Syarat-syarat Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah Dengan Berhutang

Soalan

apakah syarat-syarat yang menbenarkan seseorang itu mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan berhutang dan apakah hukumnya dan bagaimana ia dipraktikan di malaysia

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai syarat-syarat yang membolehkan seseorang muslim itu membuat pinjaman wang untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah ialah:
1.         Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.

2.         Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba.

Sumber:
Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Thursday, December 22, 2011

Hukum Duit Hiburan Mengerjakan Haji/Umrah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Apakah hukum artis menggunakan dari duit dari Hiburan mereka untuk mengerjakan haji / umrah?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih atas soalan tersebut. Apabila ingin mengerjakan sebarang amal ibadah maka perkara yang penting adalah hati yang ikhlas. Walaubagaimanapun perbuatan dengan niat yang suci dan ikhlas perlu juga diukur. Contoh yang ingin dibawa oleh panel ialah, apabila seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan pasangannya namun mendapat tentangan dari pihak ibu bapa maka kaedah yang digunakan adalah merogol pasangannya agar wanita itu mengandung dan dengan cara sebegini keluarga tersebut akan mengizunkan perkahwinan. Jika dilihat seolah-olah niatnya ikhlas untuk memperisterikan namun cara itu adlaah salah dan berdosa.
Seperti juga kes mengerjakan haji dan umrah. Hal perbelanjaan perlulah dari sumber yang halal agar ibadah yang dilakuakn itu diterima oleh Allah swt. Tidak kira samada ada dia seorang artis atau tidak, jika diizin oleh Allah apabila pulang dari mengerjakan haji dan dia sudah berubah kearah kebaikan maka itu yang diharapkan dan didoakan.
"Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat/dosa dan tidak fasiq, kemudian dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpa dosa)."
Wallahua'lam

Kemampuan Bagi Menunaikan Fardu Haji

Soalan

Assalamualaikum, saya berkemampuan disegi fizikal dan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menunaikan haji. Bagaimanapun saya belum mempunyai rumah kediaman sendiri untuk isteri dan anak saya. Mana yang lebih wajib, menyediakan kediaman untuk keluarga dulu atau menunaikan fardu haji?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Menunaikan haji itu merupakan ibadah bagi yang berkemampuan. Tanggungjawab suami adalah menyediakan keperluan asasi terlebih dahulu kepada ahli keluarga iaitu, menyediakan rumah, pakaian, makanan, pendidikan dan perubatan. Oleh yang demikian, saudara perlu menyediakan terlebih dahulu semua keperluan tersebut barulah bersedia untuk mengerjakan ibadah haji dengan tenang dan sempurna. Wallahua'lam

Friday, February 18, 2011

HAJI DAN UMRAH DENGAN DUIT PINJAMAN

Soalan; Ustaz, Saya ingin bertanya mengenai hukum mengerjakan haji dan umrah di bawah pakej pinjaman islamik yang ditawarkan. Tetapi dari segi tanggungan sedia ada tidak terganggu cuma ingin menunaikan haji/umrah dengan lebih segera. Jika ingin dikumpulkan wang mungkin mengambil masa. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu. Ini berdasarkan firman Allah (bermaksud); "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempoh ia mengerjakan haji.

2. Walaupun tidak dituntut berhutang, namun jika seseorang itu meminjam/berhutang untuk mengerjakan haji/umrah, para ulamak menegaskan; hukumnya adalah harus (yakni tidak haram dan tidak juga makruh, walaupun yang terbaik ialah tidak meminjam) dan haji/umrahnya sah (jika memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan) serta gugur kewajipan haji/umrah darinya. Hendaklah dipastikan pinjaman itu bukan pinjaman yang berteraskan riba. Jika tidak, si pemimjam telah melakukan dosa besar dan mengurangkan pahala haji/umrahnya.

3. Apa yang terbaik ialah dengan kita menghimpun wang dari masa ke semasa dan apabila wang yang dikumpul mencukupi barulah kita menunaikan haji. Cara ini dapat mengelakkan kita dari menanggung hutang di mana berhutang di dalam Islam sekalipun diharuskan tetapi tidak digalakkan.

Rujukan;

1. Fatwa Dar al-Ifta' Mesir (www.dar-alifta.org), no. 1333.
2. Fatwa (islamweb.com), no. 13608, 7090, 12865, 58684.