Showing posts with label Emas. Show all posts
Showing posts with label Emas. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Keuntungan Hasil Jual Beli Dinar/kepingan Emas

Soalan

assalamualaikum.saya ingin beli dinar emas utk tujuan pelaburan (dlm jangkamasa pnjg. 5 - 10 thn).cthnya sy beli tahun 2012 pd hrga RM700 satu dinar.pd thn 2022 mgkin hrganya meningkat RM1200 satu dinar tersebut.dan sy menjual dinar emas itu secara tunai kpd syrk yg sama untuk mendptkan keuntungan.bagaimana keuntungan hasil jualan dinar emas tersebut ?

Jawapan

Di haruskan dengan syarat saudara benar-benar memiliki emas fizikal, jika emas virtual maka hukumnya haram

Thursday, June 14, 2012

Pembayaran Hutang

Soalan

assalamualaikum. saya mahu bertanya mengenai pembayaran semula hutang. 7 tahun lalu, saya kesempitan wang dan atas bantuan kakak saya beliau memberikan gelang tangan emas kepada saya untuk digadaikan. dan tidak berlaku apa-apa perjanjian atau akad pembayaran semula. Ketika itu, nilai gadaian gelang tangan emas tersebut ialah RM 500. 00.
Kini, kakak saya meminta saya membayar semula nilai emas yang saya gadai dahulu mengikut nilai emas sekarang. mohon pencerahan

Jawapan

Waalaikumussalam,
Roh seseorang yang mati tidak akan terangkat ke lauh Mahfuz /langit jika  hutangnya  tidak dilunas/jelaskan.Jesteru dalam sebuah hadis baginda saw ada bersabda yang bermaksud:
"Kurang berhutang hidup seseorang itu akan bebas/merdeka".
Berdasarkan kepada dua keadaan seperti yang telah dijelaskan, panel nasihatkan agar anda SEGERA membayar atau menggantikan  semula gelang tangan yang telah kakak anda berikan ketika anda susah dahulu.
Sebagai perbandingan 7 tahun dahulu munkin 1 gram emas bernilai RM60 TETAPI sekarang 1 gram emas telah bernilai hampir mencecah RM200. Andaikata anda sukar untuk membayarnya, harga emas tetap naik kerana ia merupakan nilai semasa yang tidak akan turun berdasarkan kepada permintaan dan kegunaan sekarang (dinar emas).
Justeru panel nasihatkan agar anda mengganti semula  dengan kadar SEGERA gelang yang telah anda gadaikan berdasarkan kepada  berat gelang yang telah kakak anda berikan dahulu.Perkara ini bagi mengelakkan terputusnya tali silaturrahim di antara adik beradik.Tambahan pula anda sekarang telah berjaya dan tidak mengalami kesempitan kewangan.Wallahu a'lam.

Monday, January 30, 2012

JUAL BELI EMAS MELALUI BUKU SIMPANAN

Soalan

Salam.Ustaz,apakah hukum melabur dalam akaun pelaburan emas sedangkan pelabur tidak memperoleh emas dalam bentuk fizikal, cuma gram dan amaun sahaja yang dipaparkan dalam buku pelaburan?

Jawapan

Waalaikaumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Pelaburan emas yang disahkan patuh syarak hanyalah
Kuwait finance House dan juga Al-Rajhi sahaja.
Jika pelaburan emas di dalam akaun Maybank atau Public bank keduanya tidak patuh syarak.
Wallahua'lam

Tuesday, January 17, 2012

Perlaburan Emas Di Maybank

Soalan

salam..saya ada buat perlaburan emas di maybank, pihak maybank ada menjual emas fizikal dan juga perlaburan emas tetapi saya memilih perlaburan emas kerana sebab saya tidak mahu mengambil risiko kerana bank menawarkan ia akan menyimpan emas tersebut tetapi semasa saya buka akaun perlaburan pihak bank tidak menunjukkan emas fizikal,dia cuma merekod nilai gram emas yang saya beli sahaja. Ada kenyataan bank menyatakan duit yang saya labur berdasarkan emas fizikal yang telah didepositkan di pamp S.A

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Pelaburan emas samada di Maybank ataupun Public bank tidak patuh syarak.
Bank yang malaksanakan pelaburan emas dan patuh syarak adalah;
Kuwait Finance dan Al-Rajhi bank sahaja
Wallahua'lam

Saturday, December 31, 2011

Berkenaan Emas Untuk Umat Islam

Soalan

As Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya, saya ada terbaca dan terdengar dari beberapa pihak ada yang berkata sebagai umat Islam kita wajib menyimpan emas sekurang-kurnagnya satu dinar kerana emas itu adalah sumber kewangan pada zaman Rasulullah dan emas itu mempunyai auranya yang tersendiri. Adakah pendapat ini benar?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih atas soalan tersebut. Pendapat berkenaan wajib menyimpan emas sekurang-kurangnya satu dinar itu adalah tidak benar sama sekali. Jika perkara ini wajib bagaimana pula hukumnya nanti sekiranya bagi orang fakir dan miskin yang sememangnya tidak mempunyai kemampuan bahkan untuk makan satu hari pun tidak berkemampuan.
Oleh yang demikian, Islam mengajar umatnya agar mencari pekerjaan yang halal dan sekiranya mempunyai harta yang lebih atau cukup haulnya maka zakat adalah diwajibkan ke atasnya. Wallahua'lam