Showing posts with label Qasar. Show all posts
Showing posts with label Qasar. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Solat Jamak Bagi Suami Isteri Duduk Berasingan

Soalan

Assalammualaikum...
Saya dan isteri duduk berasingan lebih 150km kerana kerja. adakah boleh saya solat jamak di rumah isteri(rumah mentua) semasa pulang bersamanya hari setiap cuti hujung minggu dan sebaliknya jika pulang ke rumah kami? dan bagaimana jika saya keluar berjalan-jalan keluar dari mukim tersebut (rumah mentua), bolehkah jamak? Mohon jelaskan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk melakukan jamak dan qasar di rumah mertua anda dengan syarat anda tidak berada di rumah tersebut melebihi daripada tiga hari.
Demikian juga halnya dengan isteri anda.
Ringkasnya, anda dan isteri boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar dengan syarat tidak berada di rumah mertua/rumah anda melebihi daripada 3 hari.
Mengenai perjalanan yang dimulakan daripada rumah mertua, anda boleh terus melakukan Solat Jamak dan Qasar.
Namun bagi isteri anda pula, kebenaran untuknya melakukan Solat Jamak dan Qasar adalah bergantung pada jarak perjalanan yang ingin ditempuhi. Jika kurang daripada 2 marhalah (kurang 90 KM), maka beliau tidak layak untuk melakukannya.
Sila rujuk dalam buku panduan Solat Jamak dan Qasar untuk penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'alam.

Thursday, August 16, 2012

Solat Musafir, Jamak, Qasar

Soalan

assalamuaalaikum..saya ingin bertanya..saya akan menaiki bas untuk pulang ke kelantan pada pukul 9.memang saya akan tinggal di kelantan melebihi 3 hari.sekarang saya tinggal di selangor..jadi,boleh ke kalau saya menjamakkan solat maghrib dengan solat isyak secara jamak qasar sebelum saya menaiki bas pada pukul 9 nanti?? maksudnya saya akan solat jamak di selangor,bukan semasa dalam perjalanan tersebut berlangsung??terima kasih..

Jawapan

Ya boleh sebab itu di kira telah dalam musafir dan perlu dilakukan jamak dan qasar itu di luar dari qaryah saudara di Selangor. Contohnya jika tinggal di Subang Jaya maka selepas keluar dari Subang Jaya dah boleh Jamak Qasar

Sunday, August 12, 2012

Solat Jamak N Qasar

Soalan

Salam..
1) Saya keluar berkerja ke JB selama 10 hari, melebihi 90km, bolehkah sy melakukan solat jamak dan qasar selama sy di sana.
Jawapan
1).. Jawapan : Boleh hanya 3 hari.

assalamualaikum tuan,
merujuk kpd jawaban diatas yg sy faham beliau ke JB selama 10 hari ( niat) so,APABILA SAMPAI didestinasi beliau dah dikira bermukim dan x layak utk jamak/qasar..no more first 3 days..wallahhualam...sy musykil..betulkan sy jika salah.

Jawapan

Di sini timbul khilaf di kalangan ulamak dalam pentafsirannya, Tetapi pendapat yang banyak di pakai hanya boleh 3 hari sahaja. sebab walaupun dirancang 10 hari tetapi kebarangkalian berubah jadual adalah satu kemungkinan, seumpama tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan dan sebagainya justeru itu ulamak mengharuskan 3 hari tersebut.

Friday, June 22, 2012

Solat Jamak Dan Qasar Semasa Bekerja Di Laut.

Soalan

Saya berkerja di laut selama 45 hari kadang-kadang hingga 60 hari, adakalanya posisi kapal atau tongkang tempat saya bekerja berubah dan adakalanya tetap di suatu tempat, dalam kapal ada disediakan surau bilangan pekerja yg beragama islam kurang dari 40 orang, masa bekerja pula ialah 12 jam sehari sama ada shift siang ataupun malam. Soalan saya: Sepanjang bekerja saya mengerjakan solat jamak dan qasar samada zuhur dan asar ataupun magrib dan isyak, adakah ianya dibolehkan?

Jawapan

dalam hal ini, jika jarak perjalanan daripada rumah anda ke tempat kerja (di tengah laut) melebihi jarak 2 marhalah (90 KM), maka anda dibolehkan untuk mengerjakan Solat Jamak dan qasar (dalam perjalanan).
Akan tetapi, sekiranya anda mengetahui kapal atau tongkang  tersebut akan berada pada sesuatu tempat (berhenti) selama 4 hari atau lebih, maka dalam masa ini anda sudah tidak boleh untuk mengerjakan Solat Jamak dan qasar lagi (di atas kapal/tongkang). Ini bermakna anda perlu solat dalam raka’at yang sempurna dan dalam waktunya yang khusus.
Walau bagaimanapun, apabila kapal atau tongkang yang anda naiki itu memulakan perjalanannya semula, maka anda sudah boleh mengerjakan semula Solat Jamak dan qasar.
Semoga penjelasan yang ringkas ini dapat menjadi panduan anda. Wallahu 'alam.

Monday, January 30, 2012

Solat Jamak Semasa Berada Didalam Hutan

Soalan

.assalamualaikum.
.saya suka mengembara didalam hutan dan apa yang memusykilkan saya ialah bila saya tengok ader segelintir dari para pendaki yang membuat solat jamak.apa yang saya ingin tanyakan adalah ; adakah solat jamak didalam hutan diharuskan ? selain itu jarak diantara tempat tinggal saya ke dalam hutan adalah lebih kurang 41 Km sahaja dan tidak melebihi 2 marhalah.adakah sah solat jamak itu ? dan anda perjalanan mendaki gunung kami melebihi 5 hari, adakah solat jamak dibolehkan ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Solat Jamak boleh dilakukan di dalam hutan sekiranya memenuhi syarat yang mengharuskan untuk mengerjakannya.
Antara syarat yang membolehkan Solat Jamak dan qasar dilakukan ialah jarak perjalanan yang akan ditempuhi mestilah mencapai jarak 2 marhalah (antara 85KM - 90KM).
Oleh yang demikian, perjalanan yang ditempuhi oleh kumpulan yang anda sertai masih tidak memenuhi syarat yang mengharuskan untuk melakukan Solat Jamak. Ringkasnya, Solat Jamak tidak boleh dilakukan dalam perjalanan tersebut. Wallahu 'Alam.

Friday, January 27, 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Soalan

Salam.
Sy seorang yang jahil agama.. Kini sy berkerja di Sarawak.. Apabila ke banda terdekat, iaitu Kuching, dimana jaraknya hampir 100km, bolehkah saya menunaikan solat jamak di Kuching..? Apakah beza Jamak dan Qasar?? Dan bagaimanakah cara untuk menunaikan solat ini..?

Jawapan

Wassalam,
Anda boleh melakukan Solat Jamak dan qasar di dalam perjalanan ke Kuching kerana memenuhi syarat untuk melakukannya.

Berikut adalah penjelasan mengenai Solat Jamak dan qasar serta cara untuk melakukannya:

Panduan Dan Syarat Solat Qasar Dan Jamak

1. Solat Qasar
* Pengertian:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

* Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
1. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101, maksudnya;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang oleh orang kafir”.

2. sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
“Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-       Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan       kita berada dalam keamanan?”
Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-       Nya”.
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

* Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah (lebih kurang 90 kilometer).

* Syarat Solat Qasar
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh       syara’.
2. Jarak perjalanan itu tidak kurang daripada      dua marhalah (90 kilometer).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna/jemaah tempatan).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat        empat rakaat.

2. Solat Jamak
* Pengertian
Makna Jamak ialah menghimpunkan.

Solat Jamak terbahagi kepada 2:
1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar       dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam       waktu Maghrib.

2.         Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar        dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam        waktu Isya’.

* Syarat Solat Jamak
1. Solat Jamak Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat        Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
ii.Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama        sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul        ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur        atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang        kedua (Asar atau Isya’).

2. Solat Jamak Ta’khir
i.Hendaklah berniat jamak dalam waktu pertama iaitu        Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi       salam solat yang kedua.

* Niat Solat Jamak Dan Qasar
  1. Jamak Taqdim:
a. Melakukan solat asar dalam waktu Zuhur
Lakukan solat zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.
Niat untuk solat zuhur ialah:
"Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala".

b. Melakukan solat Isyak dalam waktu Maghrib.
Niat untuk solat magrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala".

Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

2. Jamak Ta’khir:
a. Melakukan solat zuhur dalam waktu asar.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu: "Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat zuhur 2 rakaat.

Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk solat Zuhur:
"sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

b. Melakukan solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu Maghrib:
“Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak"
Lakukan solat Isyak 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat Maghrib 3 rakaat.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan (dipendekkan). Ia tetap 3 raka’at.
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak ta’khir kerana Allah Tallah".

Niat untuk solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak ta’khir kerana Allah Talla".

* Peringatan:
1. Solat Subuh tidak boleh dijamak dan diqasarkan.
2. Jika berhenti di sesebuah tempat, tempoh yang dibenarkan untuk melakukan Jamak dan Qasar hanya 3 hari dan 2 malam sahaja. Jika lebih, perlu bersolat seperti biasa (solat sempurna/tam)

Nota:
Sila dapatkan buku panduan mengerjakan Solat Jamak dan qasar di kedai buku agama yang berdekatan. Wallahu 'Alam.

Thursday, January 5, 2012

Solat Jamak Dan Qasar

1. saya musafir ke kampung halaman dan mengikuti imam solat asar. habis empat rakaat saya buat qasar untuk zohor (jamak takdim) adakah dibolehkan?
2. saya musafir, tetapi tidak buat jamak dan qasar. adakah boleh?
3. bolehkan melakukan solat sunat qabliah dan ba'diah pd. solat jamak dan qasar (dlm musafir)
4. bolehkah diangkat menjadi imam semasa kita musafir? makmum tidak tahu. bagaimana pula jika makmum tahu kita sedang bermusafir.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudara yang dirahmati Allah
1. sekiranya mengikut imam yang bermukim, maka sembahyang wajib ditunaikan dengan bilangan yang empat rakaat yang sempurna dan tidak harus diqasarkan.
2.Solat Jamak merupakan satu rukhsah iaitu kelonggaran yang diberikan oleh Allah swt, dan sebagai hamba kita patut menerimanya.
3. Solat Qabliah dan ba'diah hanyalah solat sunat, jika tidka menimbulkan sebarang kesusahan ianya tidak menjadi perkara yang salah untuk dikerjakan.
4. Orang yang bermusafir menjadi imam kepada orang yang bermukim. Imam tersebut hendaklah mengaqasarkan solatnya dan dia disunatkan supaya segera memberitahu para makmum sebaik sahaja selesai sembahyang qasar dua rakaat dengan berkata: sempurnaka sembahyang kamu, sesungguhnya aku adalah orang yang bermusafir.