Soalan
Ketika saya hendak mandi wajib,saya mandi biasa dulu bagi membuang
kotoran badan peluh,daki,kelemumur dan lain-lain.Kemudian saya niat
mandi wajib dalam hati.Saya siram bermula dari atas kepala rambut dan
sekali siraman sebanyak 3 kali sahaja.Saya fikir itu sudah cukup memadai
kerana syarat mandi wajib mestilah air diratakan keseluruh badan.Jadi
memandangkan saya sudah mandi biasa sebelum itu sudah tentu air sudah
diratakan keseluruh badan.Adakah mandi wajib saya tersebut dikira sah?
Jawapan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, mandi wajib yang dilakukan dikira sah apabila memenuhi
dua perkara, iaitu niat mandi wajib sebaik sahaja air terkena badan dan
juga meratakan air ke keseluruhan tubuh badan.
Oleh yang demikian, jika anda yakin air telah disampaikan ke
keseluruhan badan anda maka mandi wajib yang anda lakukan adalah sah.
Walau bagaimanapun, sebenarnya anda tidak perlu untuk membersihkan
tubuh badan anda daripada segala kekotoran, peluh, daki dan sebagainya
terlebih dahulu kerana ia boleh dilakukan semasa mandi wajib dikerjakan.
Ringkasnya, kerja-kerja pembersihan tersebut boleh dilakukan serentak
dengan mandi wajib dilakukan.
Sesungguhnya Islam itu mudah bagi mereka yang mengetahuinya. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang
sebenar-benarnya, Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan
agamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan
susah payah Dalam perkara agama...”
(Surah Al-Hajj : 22:78)