Friday, May 10, 2013

Anencephaly - Perlukah Kandungan Diteruskan Atau Sebaliknya?

Soalan

As salam, isteri sy hamil 3 bln & hasil pemeriksaan mendapati bayi mengalami Anencephaly (bayi kami tiada tempurung kepala & sebahagian otak). Doktor nasihati kami utk gugurkan kerana:
1- bayi akan mati dlm kandungan dgn kehendak Allah
2- bayi akan mati selepas lahir krn tiada sebhgian otak, tubuh bayi tidak berfungsi normal
3- tidak dapat lahir secara normal, hampir semua kes kena bedah Caeser
4- terlebih air ketuban yg menyebabkan ibu sakit2, kencing manis dll
Apa yg harus kami lakukan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, pandangan doktor tersebut adalah lebih wajar untuk anda lakukan. Hal ini kerana beliau lebih mahir di dalam perkara tersebut dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada berfirman, maksudnya:
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”.
(Surah An-Nahl 16:43)

Dari itu, pandangan doktor tersebut adalah pilihan yang paling tepat untuk anda ikuti. Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment