Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Darah kepada non muslim

 SOALAN:

"Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum menderma darah kepada non-muslim?..."

 JAWAPAN :

Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Menderma darah hukumnya harus. 2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam 3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. Keterangan/Hujah: 1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”. 2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan. 3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut: “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”. 5. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

Wednesday, January 8, 2014

Berkerja Dengan Tangan Kiri

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Saya bekerja dengan tangan kiri sejak dari kecil contoh nya menulis, Dalam hal2 ibadat saya menggunakan atau mendahulukan tangan kanan.
Soalan: Adakah hasil dari berkerja tangan kiri tidak berkat,berdosa atau haram ?
Mohon penjelasan dari ustaz

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nabi Muhammad saw menjelaskan, yan bermaksud:
Janganlah  kamu makan dan minum  menggunakan tangan kiri,ini kerana syaitan makan dan minum  menggunakan tangan kiri.
Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,bahawa   tabiat syaitan itu sentiasa mendorong umat islam supaya terperangkap dengan jerat yang dipasang.Jika anda sudah ikut tabiat syaitan,ia akan rasa  bangga dan seronok,KECUALI JIKA TANGAN ANDA KUDUNG ATAU TERPOTONG DI SEBELAH KANAN,maka ketika itu diharuskan untuk anda menggunakan tangan yang ada walaupun kiri atas dasar keperluan.Perkara ini amat berbeza dengan keadaan  yang anda ceritakan.
Perlu panel tegaskan biasakanlah,melaksanakan sesuatu itu  ikut tangan kanan dan didik serta ajarlah yang betul ikut sunnah baginda saw.Jika dah buat baru boleh bicara tentang berkat,kerana ia melibatkan tabiat musuh manusia iaitu syaitan.Wallahu a'lam.

Larangan Banyak Ketawa

Soalan

Salam, kenapa umat Islam tak boleh banyak ketawa? Apakah sebab dan akibat daripada banyak ketawa?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut hadis nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud,
Janganlah kamu banyak ketawa,ini kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati
Sebenarnya   bukan tidak boleh ketawa sebaiknya jangan sampai terbahak-bahak sehingga lupa dunia .Jika ketawapun jangan sampai terbahak-bahak/terbatuk-batuk.Jika banyak ketawa akan memalapkan hati seseorang sehingga hatinya malap dan gelap untuk menerima ajaran Islam.
Oleh itu perlu dihadkan/bataskan ketika ketawa ingat pesan dan larangan Rasulullah saw.Wallahu a,lam.

Suami Menghalang Masuk Islam

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yang harus seorang isteri lakukan jika dia berminat dengan Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi dihalang oleh suaminya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama islam negeri .Ini bertujuan untuk mengetahui dan  diberi taklimat berkaitan dengan agama Islam  secara menyeluruh.
Sekiranya tidak jadi keberatan, anda boleh mohon untuk mengikuti kelas permulaan   berkaitan ugama Islam   serta hukum asas, yang diajar oleh guru atau kakitangan   di jabatan berkenaan.
Setelah anda yakin dengan ugama islam dan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat dan hukum,  baharulah anda zahirkan untuk memeluk  agama  Islam.
Setelah  memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang Islam,anda kena ceritakan kepada pegawai yang mengislamkan diri anda tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada  bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam,apa yang penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima kasih.

Berdosa Tak Kalau Melayani Bisikan Was Was?

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah berdosa jika melayani bisikan2 waswas syaitan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam surah an Nas dinyatakan bahawa syaitan dengan jelas sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia dalam keadaan was-was atau ragu-ragu.Justeru disarankan agar anda dapat menghindarkan daripada menjadi saudara syaitan dengan menjadikan ayat-ayat alQuran sebagai kaedah terbaik untuk menghalang daripada perasaan ragu-ragu tersebut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda tahu itu merupakan kerja syaitan dan anda sengaja ikutkan tanpa berusaha untuk menghindar/menghalangnya maka anda telah berdosa.Justeru bertindak bijak dengan mengamalkan ayat alQuran untuk menghalang perasaan was-was tersebut daripada terus sebati dalam diri anda.Wallahu a'lam.

Saturday, December 21, 2013

Nanah Dan Jerawat

Soalan

Assalamualaikum , adakah nanah dan darah membatalkan wuduk?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nanah  dan darah tidak sesekali membatalkan wuduk,cuma yang  perlu andabasuh dan bersihkan.Wallahu a'lam.

Menjawab Salam Yang Diberi Melalui Rakaman

Soalan

As salamu alaikum... sekiranya kita mendengar salam dari rakaman video yang diulang tayang berkali-kali, perlukah kita menjawabnya setiap kali mendengar salam itu? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus menjawab salam walaupun dalam bentuk rakaman.Wallahu a'lam.

Air Dlm Baldi Mungkin Masuk Air Percikan

Soalan

Assalamualaikum.dah habis bersuci qada' hajat semua lama juga lps tu sy teringat kdg2 bila ada org dibilik air sebelah mrk akan ambil air ditoilet.jd baldi tmpt menadah air tu mrk akan tarik tp xtahu mrk tarik ke blkg@tepi.sy anggarkan ms mrk angkat wuduk pasti air mercik masuk dlm baldi tu.jd sahkah air yg digunakan tu utk basuh kencing&berak semua?dlm keadaan kaki basah semua pijak lantai rumah,lantai rumah turut menjadi xsuci ke?mohon pencerahan.t/kasih

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sah air itu untuk basuh kencing/berak/untuk mandi/membasuh dan juga mengambil air sembahyang.  lantai rumah juga menjadi suci dengan memijak melalui kaki yang basah tersebut.   Sekalipun dengan jumlah yang kecil sehingga tidak dapat dikenal pasti kekotoran/najis seperti ini terkena pada anggota badan dengan tidak terdapat bau dan warnanya maka ia dimaafkan.

Knape Kita Perlu Bekerja

Soalan

knpe kite kne b'kje???klu kite x b'kje slh ke???

Jawapan

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya ada dalam minda/kepala kita sendiri.  Ada orang memberi jawapan kerana nak cari duit untuk makan, beli kenderaan, beli rumah,kahwin. melancung, bantu ibu bapa dan keluarga, enjou, mendapat kepuasan, kawan dan sebagainya.  Tak salah kalau kita tak kerja kerana ia adalah hak asasi manusia tetapi fikir-fikirkanlah mahu kerja ke atau tak mahu kerja? Jika tak mahu kerja, hendak buat apa? mencuri/merompak/merogol? itu juga kerja.  Ahli falsafah mengatakan orang yang tidak berkerja itu adalah orang yang mati sebelum mati.
Hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan yang bermaksud "berkerja dan beramalkan kamu untuk dunia ini seoralah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerja serta beramalkan kamu untuk akhirat seolah-olah olah kamu akan mati bisok hari" Wallahuaklam.

Mengikut Pandangan Mazhab Lain

Soalan

Blh kah sy mengikut mazhab lain selain syafie dlm bab najis berat iaitu hanya air liur anjing saja najis?sama seperti zakat yg kebanyakan org dimalaysia ni tidak mengikut pandangan imam shafie..?k2 tahun sy memgalami penyakit was2 tentang najis berat..kerana sy lihat mazhab lain lebih ringan tentang hal ini..tolong saya ustaz..hari2 sy bersertu kerana keaadaan di luar jika kita lihat mmg x dpt dielakkan dri terkena najis berat ni..afa ustaz ckp itu hanya kiyas..kita bleh ikut mana2 pun..

Jawapan

Kita bukan boleh sewenang-wenang menggunakan/mengambil mazhab lain selain dari mazhab Syafie dalam membuat sesuatu keputusan sekalipun ada ruang membolehkannya kecuali sesuatu yang amat-amat terdesak/dharurat dan paling ringan dengan tidak melibatkan orang lain.  Hal ini tidak sama dengan isu zakat yang telahpun diputuskan orang kerajaan dan juga jawatankuasa fatwa kebangsaan.  Persoalan disini adakah tuan selalu dan teramat kerap dengan sentuhan anjing/najis mughalazah sehingga terpaksa setiap masa disertukan? dan bagaimana tuan memahami situasi najis yang terkena kepada anggota badan dan lain-lain samaada pakaian atau kenderaan atau rumah dan sebagainya? dan apakah tuan faham dalam situasi tertentu dalam mazhab Syafie membolehkan/melonggarkan/dimaafkan kita tidak perlu sertu jika terkena najis mughalazah.  Sebagai contoh:  Kesan Najis mughallazah berada pada air dijalan raya yang ketika itu tuan sedang memandu kenderaan yang sudah pasti kesan najis tersebut terkena pada bodi/enjin kenderaan tersebut atau pun jika tuan bersalaman dengan orang kafir di restoran yang baru sahaja selesai memakan najis mughalazah adakah tuan mengelak dari bersalam atau sebaliknya? ataupun ketika anda sedang berjalan tiba-tiba sisa najis mughallazah termasuk dalam mulut tuan atau termakan najis mughallazah tersebut dan hal ini adakah dalam mulut tuan itu juga perlu disertukan?.  Syarak memberi kelonggaran sehingga membolehkan kita tidak perlu disertukan atas alasan-alasan yang munasabah.  Oleh itu dalam mazhab syafie juga ada kelonggaran-kelonggaran tertentu pada pandangan ulama sehinggakan kita tidak perlu disertukan atas situasi sedemikian samaada melibatkan dharurat atau sebagainya.  Walau bagaimanapun dalam hal tuan ini ada ruang-ruang yang membolehkan kita tidak payah kita menyertuinya sekalipun tidak menggunakan mazhab lain.  Penal berpandangan jika kita gunakan mazhab lain dibimbangi boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain sehingga ia dianggap mempermudah-mudahkan hukum sehingga boleh menjadi ikutan dan amalan kepada orang lain

Mana Satu Yg Perlu Diikut

Soalan

Adakah sah ibadat org yg mengikut pandangan imam maliki kerana tak sertu apabila pegang anjing dlm keadaan basah?sedangkan imam syafie mngtakan perlu sertu..mana yg benar dalam kedua2 mazhab ini?atau slh 1 nya sahaja yg betul dlm pndangan ini..?atau kedua2 nya betul?

Jawapan

Kedua-duanya adalah pandangan mazhab masing-masing berdasarkan hujah-hujah tertentu.  Oleh itu tiada yang betul dan tiada pula yang salah, tetapi bagi kita yang bermazbah syafie maka pandangan mazhab syafielah yang perlu diikuti.

Hak Penjagaan Ibu

Soalan

salam..adakah hilang hak penjagaan seorang ibu terhadap anaknya jika dia bernikah lain dgn lelaki yang bukan mahram kepada anaknya? Dan bagaimana jika terdapat unsur-unsur pengabaiyan terhadap kanak-kanak tersebut?

Jawapan

Waalaikumussalam.  Tidak hilang hak penjagaan ibu terhadap anaknya jika ia berkahwin lain kecuali berlaku penganiayaan terhadap anak tersebut serta atas kebenaran Mahkamah Syariah.  Sekira pun wujud pengabaian terhadap anak tersebut maka hak ibu juga tetap diutamakan kecuali ibu dengan sukarela menyerahkan anak tersebut kepada bekas suaminya atas kepentingan masa depan anak tersebut dan anak tersebut boleh membuat pilihan jika ia meningkat akil baligh.

Applikasi Google

Soalan

assalamualaikum. adakah applikasi islam di google play boleh dipercayai dan tiada unsur memutarbelit agama. saya risau untuk mendownlod kerana sya kurang pengetahuan tntng agama. adakah senarai applikasi islam yang tidak betul. d minta pihak jakim dpt mengkaji perkara ini. sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Cadangan anda akan pihak kami panjangkan kepada Suruhanjaya komunikasi Dan Multimedia Malaysia.Ini kerana badan ini yang bertanggungjawab tentang perkara ini.Walau bagaimanapun panel yakin majoriti yang di paparkan dalam engine google in boleh dimanfaatkan oleh pengguna islam .Wallahua'lam.

Thursday, November 14, 2013

Masalah Ajaran Sesat

Soalan

Salam.
Saya ingin bertanya berkenaan isu ajaran sesat yg semakin berleluasa kini. Apakah tindakan yg diambil oleh pihak Jakim utk mengatasi masalah ini terutamanya di setiap daerah/ kawasan pendalaman? Ini kerana masih lagi terdapat kawasan2 pendalaman yg serba kekurangan yg tidak merasai pembangunan teknologi. Kawasan2 ini yg selalunya mudah terpengaruh & menjadi tumpuan penyebaran ajaran sesat. Diharap pihak jakim boleh menghantar kakitangan utk membendung kes ini.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan, kuasa untuk membenteras ajaran sesat  terletak kepada bidang kuasa kerajaan negeri.Perkara ini  berdasarkan kepada peruntukan Akta / Enakmen dan Ordinan yang wartakan  di negeri tersebut.
Justeru anda kena melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama, di negeri tempat anda tinggal.Pihak jabatan agama berkenaan, akan mendapatkan segala info yang tepat, daripada anda, bagi membolehkan mereka mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bahagian penguatkuasa  Jabatan Agama Islam Negeri,  akan melakukan initipan dan serbuan  serta tangkapan  jika segala yang anda laporkan tepat dengan maklumat yang diberi.Sedangkan Jakim tidak boleh melakukan tangkapan kerana, tiada peruntukan kuasa, yang kebanyakann terletak di bawah akta atau enakmen atau ordinan di negeri-negeri  berkenaan.Wallahu a'lam.

Friday, November 8, 2013

Hukum Besarkan Payudara

Soalan

Berdosakah seorang isteri membesarkan payudaranya atas suruhan/arahan suami...dimana suami meminta supaya isteri menggunakan krim utk menegang dan membesarkan payudara untuk kepuasannya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus membesarkan payudara hanya untuk suami dan bukannya untuk tatapan /tontonan masyarakat luar/orang ramai  TETAPI DENGAN SYARAT  bukanya untuk mengubah ciptaan Ilahi.
Perbuatan anda itu tidak berdosa selagimana suami tidak menyuruh ke arah maksiat dan derhakakan  Allah swt.Wallahu a'lam.

Cara-cara Bagi Saudara Baru Memeluk Islam

Soalan

Saya ada kenalan yg berminat memeluk Islam. Dimana sy bole dapatkan bantuan kerana diri sendiri tidak arif. Sila nasihat.

Jawapan

Al-Hamdulillah, jika dia mendapat hidayah, saudara boleh membawanya kepada mana-mana pejaabt agama terdekat dan maklumkan bahawa dia hendak mememluk Islam, mereka akan menguruskannya nanti, terutama mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah serta menyediakan kelas bimbingan untuknya. Semoga dirahmati Allah.

Status Darah Selepas Mengalami Keguguran

Soalan

salam.saya ingin bertanya tentang status darah selepas keguguran.saya ada terjumpa TERLAMPAU banyak sumber mengatakan darah tersebut adalah nifas jika cukup sifat dan dikira darah istihadhah jika tidak sempurna atau kurang dari tempoh tertentu.ada juga sumber mengatakan darah tersebut dikira darah haid.saya keliru, darah haid atau istihadhah? kerana kedua-dua status darah mempunyai kewajipan berlainan.mohon pencerahan,terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam mazhab Syafie jika dia melahirkan bayi yang telah mati atau keluar seketul daging, sama ada berbentuk manusia atau tidak dan para bidan mengatakan itu adalah daging manusia, maka sabitlah hukum nifas terhadapnya.

Mewarna Rambut Haram Atau Halal ?

Soalan

Assalamualaikum , apakah hukum mewarna rambut . Saya terbaca dalam internet bahawa perbuatan mewarnakan rambut tidak haram . betul atau tidak ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum mewarnakan rambut itu adalah harus, dengan syarat bahan yang digunakan terdiri daripada yang dihalalkan oleh syarak. Di samping itu pewarna rambut tersebut tidak najis dan sifat pewarna itu tidak  sesekali menghalang daripada air wuduk atau mandi wajib dariada sampai kepada anggota tubuh badan.
Orang islam dibolehkan mewarakan rambut selain daripada warna hitam. contohnya perang,cokelat,kuning dan seumpamanya.Wallahu a'lam.

Sunday, October 27, 2013

Membakar Al Quran Yang Tidak Diguna Oleh Sesiapa

Soalan

Assalamualaikum, Ustaz . Apakah Hukum Membakar Al Quran Yang Tidak Lagi Dipakai Atau Dibaca ?? =)

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak berpandangan terdapat  bebarapa cara untuk hapus al-Quran lama,
Pertama, Mushaf /Quran  itu dikubur dalam tanah.
Perkara ini berdasarkan  keterangan madzhab hanafi dan hambali.
Al-Hasfaki, ulama madzhab hanafi mengatakan,
الْمُصْحَفُ إذَا صَارَ بِحَالٍ لَا يُقْرَأُ فِيهِ : يُدْفَنُ ؛ كَالْمُسْلِمِ
Mushaf yang tidak lagi boleh  terbaca, dikubur, sebagaimana seorang muslim.” (ad-Dur al-Mukhtar, 1:191).
Ulama lain yang memberikan catatan kaki untuk ad-Dur al-Mukhtar mengatakan,
أي يجعل في خرقة طاهرة ، ويدفن في محل غير ممتهن ، لا يوطأ
Maksudnya, lembaran mushaf itu diletakkan pada kain yang suci, kemudian dikubur di tempat yang tidak dihinakan (seperti tempat sampah), dan tidak boleh dipijak.
Al-Bahuti mengatakan,
“Jika ada mushaf Alquran yang sudah usang maka dia dikubur, berdasarkan ketegasan dari Imam Ahmad. Imam Ahmad menyebutkan bahwa Abul Jauza mushafnya telah usang. Kemudian beliau menggali di tanah masjidnya lalu menanamnya dalam tanah.” (Kasyaf al-Qana’, 1:137)
Hal ini pula yang difatwakan Syaikhul Islam,
وأما المصحف العتيق والذي تَخرَّق وصار بحيث لا ينتفع به بالقراءة فيه ، فإنه يدفن في مكان يُصان فيه ، كما أن كرامة بدن المؤمن دفنه في موضع يصان فيه
Mushaf yang sudah lama atau rusak sehingga tidak boleh dibaca, lalu  kubur di tempat yang terlindungi. Sebagaimana kehormatan jasad seorang mukmin, dia harus dikubur di tempat yang terlindungi (bukan tempat kotor dan tidak boleh diinjak) (Majmu’ Fatawa, 12:599).
Kedua, mushaf yang rusak itu dibakar.
Ini merupakan pendapat Malikiyah dan Syafiiyah. Tindakan ini meniru yang dilakukan oleh Khalifah Utsman radhiyallahu ‘anhu, setelah beliau menerbitkan mushaf induk ‘Al-Imam’, beliau memerintahkan untuk membakar semua catatan mushaf yang dimiliki semua sahabat. Semua ini dilakukan Utsman untuk menghindari perpecahan di kalangan umat islam yang tidak memahami perbedaan cara bacaan Alquran.
Salah satu saksi sejarah, Mus’ab bin Sa’d mengatakan,
أدركت الناس متوافرين حين حرق عثمان المصاحف ، فأعجبهم ذلك ، لم ينكر ذلك منهم أحد
Ketika Utsman membakar mushaf, saya menjumpai banyak sahabat dan sikap Utsman membuat mereka heran. Namun tidak ada seorangpun yang mengingkarinya (HR. Abu Bakr bin Abi Daud, dalam al-Mashahif, hlm. 41).
Di antara tujuan membakar Alquran yang sudah usang adalah untuk mengamankan firman Allah dan nama Dzat Yang Maha Agung dari sikap yang tidak selayaknya dilakukan, seperti dipijak, dibuang di tempat sampah atau yang lainnya.
وفى أمر عثمان بتحريق الصحف والمصاحف حين جمع القرآن جواز تحريق الكتب التي فيها أسماء الله تعالى ، وأن ذلك إكرام لها ، وصيانة من الوطء بالأقدام ، وطرحها في ضياع من الأرض
Perintah Utsman untuk membakar kertas mushaf ketika beliau mengumpulkan Alquran, menunjukkan bolehnya membakar kitab yang disitu tertulis nama-nama Allah ta’ala. Dan itu sebagai bentuk memuliakan nama Allah dan menjaganya agar tidak terpijak oleh  kaki atau terbuang sia-sia di tanah (Syarh Shahih Bukhari, 10:226)
Yang tidak boleh dilakukan
As-Suyuti menjelaskan beberapa hal yang tidak boleh dilakukan,
إذا احتيج إلى تعطيل بعض أوراق المصحف لبلى ونحوه ، فلا يجوز وضعها في شق أو غيره ؛ لأنه قد يسقط ويوطأ ، ولا يجوز تمزيقها لما فيه من تقطيع الحروف وتفرقة الكلم ، وفي ذلك إزراء بالمكتوب … وإن أحرقها بالنار فلا بأس ، أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه

Beliau menyarankan supaya al-Quran dikubur atau dibakar, keduanya memiliki alasan yang kuat. Yang lebih tepat adalah memilih cara yang paling efektif, yang paling cepat menghilangkan hurufnya dan dapat menghormati kemuliaannya.
Ibnu Utsaimin mengatakan,
التمزيق لابد أن يأتي على جميع الكلمات والحروف ، وهذه صعبة إلا أن توجد آلة تمزق تمزيقاً دقيقاً جداً بحيث لا تبقى صورة الحرف..
Menghancurkan mushaf harus sampai lembut, sehingga hancur semua kata dan huruf. Dan ini sukar, kecuali jika ada alat untuk menghancurkan yang lembut, sehingga tidak ada lagi tulisan hurup yang tertinggal(Fatawa Nur ala ad-Darbi, 2:384)
Wallahu a'lam.

Memberi Hadiah Kepada Ajnabi

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah hukumnya seorang perempuan memberi hadiah contohnya Al-Qur'an kepada seorang ajnabi tanpa pengetahuannya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukumnya harus atau dibolehkan selagi mana tidak berlaku fitnah,jika berlaku fitnah ekoran daripada pmberian hadiah tersebuat adalah lebih baik tidak dilakukan demi   untuk  menjaga maruah dan akhlak anda sebagai seorang muslimah.Wallahu a'lam.