Showing posts with label Bersuci. Show all posts
Showing posts with label Bersuci. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Adakah Air Mazi Yang Sudah Kering Perlu Dicuci Juga ??

Soalan

adakah anggota badan yang terkena air mazi dan bila sudah kering air mazi anggota tersebut masih perlu dicuci juga??

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, oleh sebab air mazi hukumnya adalah najis, maka ia perlu dibersihkan sama ada masa basahnya ataupun masa keringnya.
Oleh itu, mana-mana bahagian tubuh atau pakaian yang terkena air tersebut perlu dibersihkan sama ada semasa masih basah ataupun setelah kering. Wallahu 'Alam.

Najis Dan Penyucian Samak

Soalan

Assalammualaikum,saya nk bertanya mengenai hukum apabila kita menaiki kereta @ menumpang kereta dengan orang bukan beragama islam tetapi kereta tersebut penah dinaiki binatang haram iaini anjing peliharaannya..terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum fekah itu jelas sekiranya tempat anda duduk itu kering dan badan anda juga  kering maka anda tidak perlu samak.
Andaikata jika  salah satu kering iaitu badan anda basah dan tempat duduk kering atau tempat duduk basah dan badan anda kering maka panel nasihatkan adalah lebih baik anda samak badan yang terkena najis mughallazah.Wallahu a'lam.

Saturday, January 26, 2013

Air Kencing Di Toto

Soalan

Kalau budak kencing di toto dan sebagainya. Kalau kita jemur di tengah panas, adakah itu masih air kencing?

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Air kencing adalah tergolong di dalam kategori najis mutawasitah (pertengahan). Najis jenis ini perlu dibersihkan dengan dibasuh menggunakan air yang mutlak sehingga hilang sifat-sifat najisnya (bau, warna dan rasa).
Oleh itu, jika toto tersebut tidak anda cuci dan basuh terlebih dahulu (terus jemur), ia masih dihukumkan najis kerana ain najis yang ada padanya tidak dihilangkan terlebih dahulu.
Ringkasnya, toto tersebut perlu dibasuh sehingga hilang sifat-sifat najis kemudian barulah dijemur di bawah terik matahari.
Setelah kering, toto tersebut telah pun suci dan tidak dihukumkan najis lagi. Wallahu 'Alam.

Monday, January 21, 2013

Bersih Atau Tidak ?

Soalan

Assalamualaikum, setahu kita, syarat-syarat sesuatu benda itu suci dari najis mutawasittah ialah suci dari segi rasa, bau, dan warna. Adakah sesuatu benda itu mesti memenuhi kesemua tiga syarat tersebut ataupun jika salah satu dari syarat tersebut dipenuhi ia dikira suci dari najis tersebut (memandangkan ada sesetengah najis mutawasittah yang sukar dibersihkan) ? Mohon penjelasan daripada pihak panel. Sekian, terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, ketiga-tiga sifat najis tersebut mesti dihilangkan daripada tempat tersebut. jika salah satu daripadanya masih ada, ini bermakna tempat tersebut masih bernajis lagi.
Walau bagaimanapun, jika tidak dapat dihilangkan salah satu daripada tiga sifat tersebut walaupun setelah dibasuh, dicuci dan disental dengan menggunakan bahan-bahan pencuci seperti sabun atau lainnya, maka ia adalah dimaafkan. Wallahu 'alam.

Wednesday, January 2, 2013

Tangan Berbau Najis

Soalan

Assalamualaikum , tuan saya ada persoalan mengenai najis

Begini, selepas membuang air besar, saya sabun tangan, kemudian saya pergi ke masjid untuk solat selepas solat. Saya pun tidak tahu lah mengapa saya bau jari saya, dan saya was-was nie baju najis ke, sabun ke. Hal in menyebabkan saya was-was, saya mengulangi solat, dan membasuh semula tempat yang saya sentuh. semua kain2, dan moto kunci mangga saya hendak basuh. sehinnga jika boleh karpet mashid pun sy hendak basuh :(. adakah ini was2?

Jawapan

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
  1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
Maka jika sudah dicuci berulang kali tetapi masih lagi berbau adalah dimaafkan kerana dharurat dan tidak perlu was-was lagi. Tuan juga tidak perlu untuk membasuh bahan-bahan yang tuan pegang kerana tidak terdapat ain najis tersebut sedangkan yang ada hanyalah bau sahaja.

Friday, October 19, 2012

Syariah-taharah Bersuci-mandi

Soalan

bolehkah mandi wajib disambung mandiannya setelah berhadas kecil ? contohnya, saya buang air kecil setelah selesai mandi wajib, kemudian mendapati bahagian dubur saya belum diratakan dgn air.

Jawapan

Anda boleh berbuat demikian dengan syarat air mandian tersebut masih belum kering lagi. Wallahu 'alam.

Saturday, October 13, 2012

Berkenaan Status Air

Soalan

Tandas saya sempit,jadi baldi air saya letakkan di bwh,sy rasa sy was2 jika sy kencing air kencing terpercik sikit masuk dlm air yg ada dlm baldi,dan air itu digunakan utk mandi..kemudian sy lap pakai tuala,adakah kemudian esok sy kembali tuala itu,adakah ianya najis

Jawapan

Dalam keadaan ini, air di dalam baldi tersebut dihukumkan najis apabila terpercik air kencing ataupun terjatuh ke dalamnya najis sekalipun najis tersebut tidak menyebabkan berubahnya air di dalam baldi tersebut.
Oleh itu, ia sudah tidak boleh digunakan untuk bersuci lagi (termasuk untuk dibuat cebok kencing atau berak). Wallahu 'alam.

Tuesday, October 9, 2012

Pertanyaan Najis Anjing & Babi

Soalan

Assalamualaikum ustaz.saya ada pertanyaan mengenai penyucian najis anjing.sekiranya saya telah terkena najis anjing ditangan.saya segera menyertunya dgn tanah.soalan saya adalah,sekiranya baju sy tersentuh bahagian tangan yang terkena najis anjing bercampur tanah (belum dibilas),adkah saya perlu menyucikan baju sy dgn 6 kali air bersih atau hanya menyucikan seperti biasa.sekiranya hanya disucikan seperti biasa,adakah sah bju tersebut digunakan untuk solat. Terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Anda tidak perlu menyertu pakaian tersebut dan baju itu boleh dicuci seperti biasa serta digunakan untuk solat.

Sunday, August 12, 2012

Membasuh Pakaian Yang Terkena Air Mazi


Soalan
bolehkah saya membasuh pakaian ang terkena air mazi dengan menggunakan mesin basuh bersama pakaian yang lain

Jawapan

Ya boleh sebab air akan dialirkan beberapa kali dan menjadikannya bersih.

Tuesday, August 7, 2012

Kahak Dan Darah Nyamuk

Soalan

As-salam,1)semasa baring2 menunggu azan slps sahur sy batuk&keluarnya kahak.sy xtelan kahak itu krn ingin meludahnya ttp slps itu sy tertidur. sy yakin sy xtelan kahak itu masa tido ttp bila sy sedar(antara sedar&tdk sedar)utk bgn solat subuh kahak itu masih didlm mulut&pd ketika itu dgn tdk sengajanya sy tertelan.batalkah puasa sy?darah nyamuk dilantai agak banyak.keesokannya kakak sy mop rumah tanpa membuangnya terlebih dulu terus mop sekali darah nyamuk.najiskah keseluruhan lantai rumah ini

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam kes ini, jika anda tertelan kahak tersebut dan bukannya disengajakan, maka puasa yang anda kerjakan adalah tidak terbatal.
Dalam pada itu, anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri kepada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan puasa yang dikerjakan terbatal seperti menyimpan terlalu lama kahak atau benda-benda yang boleh menyebabkan terbatalnya puasa apabila menelannya.

2.         Mengenai lantai tersebut, jika padanya terdapat ain darah nyamuk tersebut, maka ia dihukumkan najis. Jika tidak, ia adalah dihukumkan suci daripada najis (darah). Wallahu 'alam.

Wednesday, August 1, 2012

Taharah Berkenaan Istinjak

Soalan

Assalamualaikum,
adakah batal puasa jika ketika istinjak air besar menggunakan air terkentut?

Jawapan

Tidak terbatal puasa itu sebab bukan memasukkan air dengan sengaja.

Sunday, July 29, 2012

Basuh Pakaian Yang Terkena Air Mani

Soalan

assalamualaikum. Bolehkah saya membasuhpakain yang terkena air mani menggunakan mesin basuh bersama baju yang lain.

Jawapan

Ya dibolehkan sebab air mani bukannya najis. Kita hanya perlu asingkan pakaian yang najis sahaja atau basuh dahulu najis sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh seperti baju budak yang terkena kencing.

Monday, July 16, 2012

Niat Bersuci Ketika Buang Air Kecil Atau Besar

Soalan

Salam ustaz..sy ingin kepastian,perlu kah kita niat bersuci ketika membasuh air kecil dan air besar?mohon penjelasan..kalo tidak niat,adalah tidak sah dan tidak bersih.

Jawapan

Sebenarnya setiap perbuatan kita ada lintasan hati utk di buat atau tidak. Jesteru perbuatan di atas telah sah di sisi syarak dan tak perlu kepada niat yang khusus seumpama solat.

Friday, July 13, 2012

Pakaian Yang Di Basuh Dengan Tak Sempurna


Soalan

Seperti yg kita tahu pakaian yg dicampurkan dengan najis basuh dengan mesin basuh mmg tak suci. Bagaimanakah status nya saya menggunakan pakaian tersebut seperti tuala utk lap badan adakah badan saya jd najis, baju dan seluar jika tangan saya basah memegang baju saya itu adakah naji juga

Jawapan

Jika sekiranya pada cucian itu masih terdapat samaada ain (zat), bau atau rasa najis maka segala yang bersentuh dengannya adalah najis jika tidak maka ianya adalah tergolong dalam najis yang dimaafkan kerana sedikitnya. Contohnya jika pakain dibasuh bersama pamers yang terdapat air kencing maka semua pakaian itu berbau air kencing maka jika menggunakannya adalah najis pada ketika itu. Tetapi jika pakain dibasuh bersama pamers yang terdapat air kencing tetapi dibasuh sampai 10x dan semua pakaian itu tidak berbau air kencing maka jika menggunakannya adalah tidak dikira najis pada ketika itu.

Najis Dan Penyucian



Soalan

kasut saya terkena tahi anjing yang telah kering.adakah saya perlu menyamaknya????

Jawapan

Tidak perlu samak kecuali jika terlekat ainnya (Zatnya) maka disamak tempat yang melekat itu sahaja.

Monday, June 18, 2012

Cara Mencuci Air Kencing Di Karpet

Soalan

slm ustz,
ruang bilik saya berkarpet penuh..jika ada setitik air kencing terkena/terjatuh pada karpet tersebut...bagaimana cara untuk mencucinya? utk pengetahuan ustz, saya telah pun mencuci dan memberus (lapisan atas karpet) dengan sabun dan siram air beberapa kali ke bahagian karpet tsebut. saya risau untuk solat di situ kerana karpet tersebut tidak dapat saya alih lagi krn penuh terhampar di bilik saya.

Jawapan

Cara yang saudari buat itu telah memadai. Jika tiada zat, rasa dan bau maka ia telah dikira suci di sisi syarak. guna fabbreeze pun boleh

Terkena Air Percikan Samak

Soalan

apa hukumnye jika semasa kite sedang melakukan proses menyamak, anggota badan atau pakain kite terkena percikan air samak terdebut.ap hukumnye?

Jawapan

Tak mengapa.... teruskan samak sehingga selesai.

Sunday, June 17, 2012

Perlu Samak Atau Tidak..?

Soalan

sy br membeli sebuah kereta terpakai dan pemilik dulu bukan seorang islam......sy tidak berapa pasti sama ada pemilik dahulu pernah membawa anjing dlm kereta itu.. adakah wajib untuk sy menyamak kereta itu?...bagaimana pula caranya sekiranya kereta itu perlu disamak..?mohon nasihat ustaz...terima kasih

Jawapan

Dalam kes ini, anda tidak perlu untuk sertu kereta tersebut malainkan jika terdapat di dalamnya benda-benda yang dihukumkan najis seperti bulu haiwan tersebut ataupun najisnya.
Jika terdapat bulu haiwan tersebut atau kesan najisnya seperti bau, warna ataupun terdapat sesuatu yang dikhuatiri seperti najisnya, maka dalam keadaan ini ia perlu disertu. Cara untuk sertu bahagian dalam kereta:
1.         Bagi bahagian yang boleh dicuci/dibasuh hendaklah dibasuh dengan menggunakan air tanah sebanyak satu kali basuhan dan dibilas dengan enam kali basuhan yang lain dengan menggunakan air mutlak biasa (air paip).

2.         Bagi bahagian yang tidak boleh dicuci/dibasuh, cukup sekadar anda lap bahagian permukaannya dengan menggunakan kain yang dibasahi dengan air tanah. Kemudian dilap semula sebanyak enam kali dengan menggunakan kain yang telah dibasahi dengan air paip.

Semoga jawapan ini dapat memberi jalan keluar kepada anda daripada masalah ini. Wallahu 'alam

Thursday, June 14, 2012

Kawasan Kuku Ada Trkena Dakwat

Soalan

Assalammualaikum.. kalau celah kuku saya ni ada ink. saya cuba potong kuku sehingga betul2 pendek. saya basuh guna sabun. tapi masih tak hilang. malah ia menyebab kan kuku saya lagi sakit. sebab kuku yang terlalu pendek. sah ke tak air sembahyang dan kalau tak sah perlu saya solat balik?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jika dakwat tersebut sudah tidak dapat dihilangkan, maka ia adalah dimaafkan. Dari itu, wudhu’ yang anda ambil adalah sah dan anda tidak perlu untuk mengulang semula solat yang telah didirikan. Wallahu 'alam.

Saturday, June 9, 2012

Terpijak Najis Anjing Kering


Soalan

Soalan saya :
1. Adakah patut kita menyertu jika terpijak najis / tahi anjing yang sudah kering?
2. Bagaimana pula kalau tempat najis kering tersebut basah atau kena air hujan adakah kita diperlukan menyertu kalau kita melalui atau terpijak najis tersebut.
3. Perlukah kita perlu menyertu kawasan laluan bilik air ketika kita ingin menyertu kasut atau selipar najis / tahi tersebut ?
sekian

Jawapan

1.         Dalam masalah ini, jika semasa memijak najis tersebut kaki anda juga berada di dalam keadaan yang kering, maka anda tidak perlu untuk melakukan sertu/samak kerana ia tidak dihukumkan najis.

2.         Jika kawasan najis tersebut basah dan najis tersebut juga berada dalam keadaan yang sama, maka kaki anda perlu disertu kerana ia adalah najis.

3.         Laluan tersebut tidak perlu untuk disertu kecuali jika terdapat/tercicir najis tersebut padanya.
Ringkasnya, jika najis tersebut kering dan kaki anda juga kering, ia tidak perlu disertu jika terpijak/tersentuh dengannya.
Jika najis tersebut kering tetapi kaki anda basah, maka anda perlu sertu kerana ia dihukumkan najis. Begitu juga jika sebaliknya. Wallahu 'alam.